Cerita 02 || Kau paling comel!

571 13 2
                                    

Watak utama: Ain, Hilmi

Ni Ain dari cerita sebelum ni. Kali ni cerita pasal love life dia pulak.

°■°■°

"Eh? Tak sangka plak aku yang kau nak masuk kelas ni." Kata Ain apabila dia masuk ke kelas barunya.

Ain telah memilih kelas ST, iaitu kelas yang menawarkan course GKT(Grafik Komunikasi Teknikal) atau SK(Sains Komputer) kerana keputusan PT3 dia biasa-biasa sahaja.

"Haah aku nak ambik SK sebab tahun lepas korang tak habis-habis puji kehebatan aku menggunakan komputer." Kata Hilmi.

Hilmi dan Ain sekelas dari form 3, sebab itu mereka berdua kenal antara satu sama lain.

°■°■°

"Eh kau satu kelas ngan Hilmi? Macam jodoh la!" Kata Shaza waktu rehat.

"Asal plak?" Tanya Ain.

"Yelah sebab tahun lepas classmate kite tak habis-habis ship kau dengan dia."

"Ish korang la! Hanya sebab dia offer aku makanan waktu aku hilang duit, terus korang ship."

"Cute la kau ngan dia! Sape je tak nak awek cute kan?" Kata Hannah, kawan baik Shaza dan Ain.

"Dahtu kau dengan Iezy tu ape?" Usik Ain.

"Hish serabut la! Jangan mention name dia plis. Panas hati aku dengar name dia." Kata Hannah.

°■°■°

Hari Sabtu.

Ain terpaksa datang ke sekolah kerana hendak menceriakan kelasnya yang buruk tu.

Sudah tentu classmate dia yang lain datang juga.

"Ain~ tolong cat dinding luar kelas boleh? Kau suh la sape-sape tolong kau. Aku kene bereskan dinding ni dulu." Kata Aini, ketua kelas 4ST1.

"Boleh je tapi kau kene belanja aku heah." Kata Ain.

Ain memandang sekeliling, mencari kelibat classmate yang free.

'Grup budak laki free tapi segan la nak mintak tolong diaorang. Dah la tak pernah cakap ngan diaorang... Kecuali Hilmi!'

"Hilmi! Tolong aku cat dinding luar kelas boleh?" Tanya Ain.

"Boleh boleh. Lagipun aku free." Kata Hilmi.

"Wuuuu Ain minta tolong Hilmi la!" Kata salah seorang gang lelaki.

"Dah kenapa kawan kau tu?" Tanya Ain dengan pelik.

"Kau tak yah layan la. Diaorang memang camtu." Kata Hilmi.

Mereka berdua cat dinding kelas dengan diam... Diam yang sangat awkward.

'Aduh awkwardnya... Walaupun pernah sekelas, aku jarang cakap ngan dia ni...' Bisik hati Ain.

"Cantik duh kau lukis." Puji Hilmi tiba-tiba.

"Hah? Manade. Biasa-biasa je la." Kata Ain.

"Aku serious la. Sejak tahun lepas aku perhati je kau, kalau time seni bukan main lagi bersemangat kau lukis."

"Eh eh tak dek kerja eh perhatikan aku haaa kantoi!" Ejek Ain.

"M-manade aku perhatikan lukisan kau tu je!" Kata Hilmi dengan pipi merah sambil tergagap.

"Hihi thank you sebab pujian kau. Kau punya skill dalam komputer pun hebat ape."

"Takdelah. Bukannya special sangat." Nafi Hilmi.

"Eleh mulut je cakap tak, hidung kembang." Kata Ain lalu dia ketawa.

Hilmi tersenyum melihat Ain ketawa. "Kau ni comel betul la."

Kisah-Kisah Pendek Romantik Orang MelayuWhere stories live. Discover now