Cerita 08 || Food > Bae?

49 2 0
                                    

Watak Utama: Badrul(Rul), Dania

Kalau korang ingat, Badrul ni pernah muncul dalam Cerita 2. Kawan hero. So dalam cerita ni, dia pulak jadi hero.

°■°■°

"Aku bosan betul la dengan makanan kantin." Rungut Hilmi, rakan baik Badrul.

"Ha pastu?" Badrul tengok Hilmi dengan curiga.

"Nak bekal kau sikit?"

Badrul menarik bekalnya jauh daripada Hilmi.

"Ah takleh takleh. Penat aku bangun awal-awal buat bekal pastu bagi orang makan."

"Rasa sikit je. Lagipun sharing is caring kan."

"Eeeh semak ah kau. Rasa sikit je." Badrul meletakkan dua sudu nasi gorengnya.

"Em sedap bodoh! Kalau kau perempuan, dah lama aku suka kau."

Badrul mengetuk kepala Hilmi. "Bukan perempuan je yang kena pandai masak la. Kalau besar nanti, duduk rumah sorang-sorang takkan nak beli makanan everyday. So belajar la masak."

"Adoii, yelah yelah."

Hilmi terbuat eye-contact dengan Ain, girlfriend dia. Ain memandang tempat lain, malu.

Hilmi cepat-cepat pandang ke sebelah Ain, Dania.

"Kalau la aku boleh makan dengan berselera macam Dania."

"Hmm asal?" Badrul pandang ke arah Dania.

"Dia makan makanan dengan selera duh. Aku tengok dia makan, boleh buat aku kenyang dah."

"Kalau gitu, tak perlu la aku kongsi bekal aku."

"Ala Badrul kita kan kawan. Kau masak macam Gordon Ramsay weyh! Cenggini ha!" Hilmi memberi thumbs up.

"Nanti aku buat lebih ah untuk kau minggu depan." Kata Badrul, malas nak layan perangai mengada Hilmi.

"Cenggini la kawan aku! Terima kasih master chef."

°■°■°

"Bodoh Hilmi ni."

Hari yang Badrul bawak bekal, hari tu jugak Hilmi tak hadir ke sekolah.

"Aku ingatkan nak bagi orang tapi..." Badrul mengeluh. Orang yang dia offerkan bekal semua tolak, katanya mereka nak makan nasi ayam kantin special edition punya.

Jadi Badrul makan bekalnya. Bekal lagi satu diletak tepi in case ada yang mahu. Sayangnya, kawan Badrul semua kenyang.

'Memang aku kerjakan si Hilmi ni. Membazir je. Dah la aku bangun extra awal harini. Eh memang nak kena betul.'

Tinggal 10 minit lagi sebelum rehat habis. Kebanyakkan orang sudah beredar ke tempat lain untuk lepak sementara tunggu habisnya waktu rehat. Badrul dan beberapa orang sahaja lagi yang tinggal di kantin bersama mak cik kantin dan krewnya.

Badrul mengeluh. 'Naik kelas dulu lah.'

Dia baru nak berjalan ke arah tangga apabila terserempak dengan Dania.

"Ya Allah sori! Saya tak perasan awak."

"Eh takpe takpe."

"Um kantin ada jual makanan lagi tak?"

"Mak cik kantin dah mula simpan dah. Kan tinggal 10 minit lagi sebelum rehat tamat."

"Tidaaaaaaaaaaaaaaak!" Dania jatuh tersungkur lalu dia menghentak lantai. "Kalau saya siapkan homework akaun mesti tak kena hold back huhuhu."

Badrul menggaru rambutnya.

Apa patut dia buat?

Memang salah dia tak siapkan homework, takkan nak kata salah cikgu tu sebab denda macam tu? Tapi dalam masa yang sama, kesian pulak dia ni tak makan lunch lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah-Kisah Pendek Romantik Orang MelayuWhere stories live. Discover now