3

13.5K 175 0
                                    

Kelihatan susuk tubuh lelaki yang sangat dikenali dengan wajahnya dikenakan kaca mata hitam, memakai bomber jacket hitam, berseluar jeans biru muda serta dilengkapi dengan sneaker airmax full black. Lelaki itu menarik bag bagasinya menuju ke arah keluarga Aulia.

Aulia mengangkat tangannya lalu dilambai laju supaya dapat menarik perhatian lelaki itu.
"Abangggg!!!" Melompat lompat Aulia memanggil abangnya yang bernama Khaliq Haiqal.

Sudah lama mereka tidak berjumpa kerana abangnya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam aliran keusahawanan. Kini abangnya berumur 24tahun, Aulia pula 22tahun.

"Comelnya adik abang sekarang ni" hidung Khaliq dilagakan pada dahi Aulia. Ketinggian mereka sangat jauh bezanya. Terpaksa Aulia menjengketkan kakinya untuk memeluk abangnya. Kepalanya disandarkan pada dada sasa Khaliq.

Ibu dan ayahnya tersenyum sahaja melihat anaknya 2orang ini. Sentiasa bermesra.

"Ehem!" Ibunya berdehem. Sikap anak lelakinya itu macam tidak menyedari kehadiran ibu ayahnya. Datin Raihanah mula menarik muka. Datuk Mustapha menggeleng sahaja melihat isterinya.

Habis sahaja sesi peluk memeluk, mereka pergi menjamu selera. Rancangannya ingin memakan makanan western.. Sudah lama tidak meluangkan masa begini. Rindu tak terkata

Sedang menghidang makanan, kedengaran bunyi kerusi ditolak kebelakang. Ibu, ayah dan abang Aulia memandang pelaku suara tersebut.
"Hehe nak pergi toilet jap" izin Aulia pada keluarganya. Datuk Mustapha menganggukkan kepala.

Taktahu kenapa nak pergi ke tandas, bukan ada yang perlu dibuang pun. Aulia berjalan menuju ke tandas tanpa matanya memandang kehadapan. Ralit memerhati orang disana, disitu, disini.

"Aduh. Sorry"
"Sorry sorry. Jalan tu pakai matalah! Bukan pakai lutut!" Tengking lelaki yang bertubuh tegap di hadapan Aulia Haziqah.
"Maafkan saya. Saya salah" ucap Aulia bila sahaja bangun dari jatuh terduduk tadi.

Sheikh Rayyan
Sempat Aulia mengerling nametag lelaki itu sebelum dia ditinggalkan sendiri. Matanya diputarkan ke atas bila teringat kejadian sebentar tadi.

'Bukan nak tolong. Marah orang macam dia pulak yg jatuh. Harap je muka handsome tapi tak sweet langsung!!' gumam hati Aulia panjang lebar.

Eish geramnya!

Pelayan yang berdiri tidak jauh dari Aulia terusan memandangnya. Aulia memandang pelayan itu dengan pandangan kau-nak-apa. Mata pelayan itu pantas beralih. Takut dengan pandangan maut Aulia. Meleret senyuman Aulia melihat gelagat pelayan itu. Tahu takut!

Engkau Syurga AkuWhere stories live. Discover now