6

12.5K 167 1
                                    

Pagi itu kedengaran rancak rumahnya apabila semua berkumpul untuk bersarapan. Maklumlah hujung minggu, Khaliq dan ayahnya cuti bekerja.

Aulia yang baru sahaja melangkah turun ke dapur berasa kekok. Sudah lama dia tidak bersemuka dengan keluarganya. Kerusi disebelah Khaliq ditarik dan meletakkan punggung disitu. Di hadapan Aulia kini adalah ayah, sebelah ayah pula adalah ibunya merangkap isteri tersayang Datuk Mustapha.

"Lia nak roti sapu apa?" Tanya Datin Raihana untuk mengawal suasana yang tiba tiba krik krik

"Macam abang" ringkas jawabnya. Ibunya mengangguk faham. Jam peanut & cocholate disapu dan diratakan pada permukaan roti. 2keping roti itu diletak atas piring kecil lalu berganti tangan dengan Aulia.

Datuk Mustapha dan Khaliq Haiqal memerhati saja 2 orang itu. Mereka bukannya tidak tahu apa yang terjadi pada Datin Raihana dan Aulia Haziqah. Datuk Mustapha menarik nafas dalam-dalam kemudian dihembus perlahan.

"Liaaa.." Aulia menoleh empunya suara itu
"Ayah minta maaf ya sebab A-a" Datuk Mustapha menghentikan ayatnya apabila terasa tangannya digenggam oleh Aulia

"Ayah tak payah minta maaf. Aulia yang patut minta maaf sebab tak bersyukur dengan status Lia sekarang" mereka saling membalas senyuman.

"Thanks mak ayah for everything" wajah 2 insan yang setengah umur itu dipandang silih berganti. Mereka mengangguk dan senyuman ikhlas diukir.

Khaliq Haiqal menonton Astro Oasis yang real dan bukan rekaan semata mata di hadapan matanya

"CUT!" Sampuk Khaliq sambil tangan dipangkah seolah-olah membuat gaya menamatkan sesi shooting. Semua mata memandangnya. Suasana sepi sebentar. Dan ketawa mereka pecah jua.

***

"Serius lah?!" Terkejut Eisha setelah mendengar berita terbaru dari sahabatnya, Aulia. Apa lagi kalau bukan about 'anak angkat'. Kepala diangguk 2kali untuk menjawab soalan yg dihulurkan Iesha.

"So macam mana sekarang? Kau ok ke?" Tanya Iesha ingin tahu.

"Ok je. Masa mula mula dapat tahu tu pehhh tak sangka weh. Aku ego gila bila dah tahu. Tapi aku fikir balik, tak payahla besarkan masalah" jujur Aulia panjang lebar. Iesha tersenyum mendengar semua itu.

"Hmm wey..." dihujung ayatnya Aulia tersengih seperti kerang busuk. Iesha mengerutkan dahi dan membuat muka kau-dah-kenapa? Kening Iesha dijongket sebelah supaya Aulia berterus terang.

"Kat tempat kau ada kerja kosong tak?" Tanya Aulia sambil membuat muka simpati. Meluat pula tengok dia ni.

"Ada. Tapi.. bukan kau malas nak kerja ke?" Wajah Iesha beriak pelik. Ada apa apa ke makcik ni tiba tiba je nak kerja.

"Ayah aku ugut aku doh. Dia kata kalau aku tak kerja dia nak aku kahwin. Pastu dia yang carikan calon pulaktu. Eeee taknak aku!!" Jelas mimik muka Aulia tidak setuju dengan ayahnya. Bantal Iesha ditumbuk tumbuk dengan kedua tangan secara selang seli. Geram!

Nasib baik mereka bukan di rumah Aulia. Kalau tidak.. memang kantoi habis dengan ayahnya. Lagi lagi si Khaliq yang sentiasa menjadi tulang belakang Datuk Mustapha, ayah.

Mulut Iesha membuat bentuk O sambil mengangguk kepala beberapa kali. Selang itu, Iesha ketawa sedikit. Kesian melihat nasib sahabatnya. Lol. Kesian tapi gelak.. wtf?

"Gelak pulak kau"
"Hehehe" tak takut dengan teguran Aulia.
"Kalau kau nak, isnin nanti datangla kerja dengan aku. Kau interview dulu" sambung Iesha.
"Caraa bosku!" tangan kanan Aulia membuat thumbs up lalu dihayunkan ke kanan.

"Kau tak terfikir ke siapa mak ayah kandung kau?" Tiba tiba soalan itu keluar.

Aulia tersentak. Ye tak ya kan. Kenapa aku tak pernah fikir? Mak dengan ayah tahu tak siapa keluarga kandung aku?

"Hmmmm" itu sahaja yang berbunyi dari mulut Aulia. Iesha faham. Bukan nak lebih lebih tapi sekadar bertanya.

SILA VOTE KALAU NAK NEXT UPDATE HEHE

Engkau Syurga AkuWhere stories live. Discover now