A dream is not a dream.

884 83 10
                                    

Haru mencebik. Merajuk.

"Haru, janganlah macam ni." Ayi memujuk.

Tapi apa yang Haru kisah? Dia anak tunggal. Kenapa dia perlukan abang dan kakak? Tak cukupkah dia sebagai anak kepada kedua ibubapanya? Kenapa Aki dan Ayi perlu ambil anak angkat?

"Haru, mereka berdua kehilangan ibubapa dalam kemalangan. Tak salah kalau kita tolong mereka.. betul tak?" Aki tersenyum sambil mengusap rambut Haru.

Dean dan Leila. Mereka lebih tua dari Haru. Sejak itu, Haru jadi anak bongsu.

***************

Haru memandang Aki dan Ayi yang tersenyum gembira. Nampaknya abang dan kakaknya itu akan berkahwin. Mereka berdua datang dari rumah anak yatim yang sama. Mereka berkawan sejak kecil dan akhirnya akan berkahwin.

Tapi Haru tak rasa apa-apa. Baginya majlis itu hanyalah satu majlis.

"Tahniah." cuma itu saja yang diucapkan oleh Haru kepada Dean dan Leila.

***************

Haru melihat Leila yang sedang sarat mengandung. Matanya entah mengapa tidak boleh berhenti dari memerhatikan perut yang besar itu.

Leila tersenyum lalu memanggil Haru untuk mendekatinya. Haru mengetap bibir. Tak sangka dia akan tertangkap mencuri pandang.

"Tak lama lagi Haru akan dapat anak buah." ujar Leila.

Haru mengangguk.

"Nak pegang?" soal Leila.

"Eh?" Haru memandang Leila, terkejut.

Leila hanya tersenyum. Dia mengambil tangan Haru lalu diletakkan ke atas perutnya.

"Hah?!" Haru yang terkejut kerana merasai sesuatu, lantas menarik semula tangannya.

Leila ketawa.

"Alahai.. nakalnya.. dia tendang pula.." ujar Leila.

Haru tak pasti reaksi wajahnya saat itu seperti apa tapi Leila nampak sangat gembira. Ya, gembira. Haru yang selama ini seperti tidak mengalu-alukan kedatangan mereka di dalam keluarga, buat pertama kalinya tersenyum.

Haru tersenyum apabila bayi di dalam kandungan itu bergerak.

*****************

"Haru, balik sekolah nanti jangan lupa pergi ke hospital. Kakak kamu akan lahirkan anak." ujar Aki.

"Un!" Haru mengangguk sambil dia memakai kasut. Dia sudah lambat untuk ke sekolah.

***************

Haru berlari ke wad bersalin namun saat kakinya melangkah menghampiri bilik 2-3B, langkah kakinya terhenti. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya. Setelah itu dia berjalan perlahan-lahan. Pintu bilik dibuka dan dia masuk ke dalam.

Kelihatan ibubapanya sedang tersenyum kepada bayi di dalam dakapan Leila. Dean pula duduk disisi Leila. Mereka kelihatan gembira.

"Haru, mari ke sini.." panggil Leila, yang mana merupakan orang pertama yang menyedari kehadiran Haru.

Haru mencebik. Namun dia tetap mendekati Leila. Leila menunjukkan bayi di dalam dakapannya.

Felidae: Felis Catus (Completed)Where stories live. Discover now