I am a man yet a cat

955 82 21
                                    

Kepalanya terasa berpinar. Namun suara yang memanggil namanya berulang kali itu membuatkan dia berusaha juga untuk membuka matanya. Satu wajah yang sangat asing menyapa pandangan mata.

"Amy?" panggil lelaki yang sedang memangku kepalanya itu.

"......"

Amy mahu berkata sesuatu namun mulutnya terasa berat. Badannya juga terasa sakit dan lenguh.

"Amy? Awak ok?" soal lelaki itu sekali lagi.

Amy hanya mampu memandang lelaki di hadapannya itu. Rambut hitam dengan anak mata berwarna emas. Serupa dengan kucing kesayangannya Styx.

"Amy?" sekali lagi suara si lelaki menyapa telinga.

Amy memejamkan matanya untuk seketika dan kemudian membuka semula matanya. Si lelaki telah hilang. Terkebil-kebil Amy melihat sekelilingnya. Lelaki serba hitam itu telah tiada sebaliknya cuma kelibat seekor kucing hitam saja yang berada disisi.

Amy mengeluh. Mungkin sebab dia sakit jadi dia bermimpi dan berangan benda yang bukan-bukan. Ya, Styx cuma kucing. Tak mungkin Styx boleh bertukar jadi manusia dan selamatkan dia. Berangan sampai tahap dewa kayangan dah Amy ni.

"Meow~"

Kucing hitam itu bergesel dengan lengan Amy membuatkan Amy tersenyum.

"Styx.. kau cari aku sampai sini?" soal Amy lalu mengangkat kucing itu ke dalam pelukannya. Rasa lembut dan halus bulu milik Styx membuatkan Amy rasa selesa mendakap si kucing.

Saat itu satu bau haruman menusuk hidung Amy. Ya bau wangi milik Styx. Pelik tapi benar. Amy sendiri rasa musykil dengan Styx yang sentiasa berbau harum. Satu bau wangian asing yang Amy sendiri tak pasti bau apa. Tapi Amy sukakan bau itu. Rasa selesa dan tenang.

"Styx.." ujar Amy masih tidak mahu meleraikan pelukannya.

*****************

Felis rasa nak menjerit. Tapi dia diamkan saja. Tahan suara dalam anak tekak. Cis! Dia baru saja bahagia sebab dah terlerai sumpahan dia bertukar jadi kucing tapi sekarang ni apa?! Dia masih lagi jadi kucing!

Grrr...

Haru kenakan dia. Dia pasti Haru saja mengenakan dia. Nasib lah Amy tak nampak dia bertukar jadi kucing. Malunya!!!

Amy asyik dengan mengusap bulu hitam kucing kesayangan. Kadang-kadang Amy mencium kepala kucing tersebut.

Tak dapat dinafikan. Kalau Felis dalam rupa dirinya yang asal, dah merah macam buah tomato dah.

Hey, I'm still a man even though I look like a cat!!! Ok I'm a cat right now.

Urgh.. Felis nak gigit Haru. Cakar muka dia dengan kuku. Penipu betul magician tu. Sengaja bagi harapan palsu.

Haru~

******************

Melihat Amy yang sedang nyenyak tidur di atas katil, Haru menghela nafas lega. Luce bawa Amy pulang dengan selamat. Bila Haru tanya, Luce beritahu kucing Amy yang tunjukkan padanya tempat Amy berada.

"Amy masih tidur?" soal R.

Haru mengangguk. "Penat sangat kot. Walaupun dia tak cedera parah. "

"Haru ok? Masih sakit lagi?" riak wajah R mula bertukar risau.

Haru tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

Felidae: Felis Catus (Completed)Where stories live. Discover now