It's Not Over.. Yet

899 78 27
                                    

Felis menguap. Mengantuk. Matanya semakin layu dan kuyu.

Bam!!

Terus dia terjaga. Matanya kembali segar bugar.

"Oi! Kau ni tak bertanggungjawab betul! Boleh pula tidur saat menyuarat penting!!" jerkah Zen.

Rupanya pakcik dia yang menghentak meja. Ke semua orang di meja bulat itu memandang ke arah Zen dan Felis.

"Ehem.." Maharaja Fen berdehem.

Ya, mereka sedang menghadiri menyuarat penting saat itu. Mesyuarat yang bakal menentukan nasib kerajaan dan negara mereka.

"Ish.. apa yang susah sangat. Permaisuri negara sebelah tu dah lama sukakan Maharaja Fen. Setiap tahun tanpa putus asa dia hantar rombongan meminang. Mana ada perempuan lain yang berani macam dia. Terima je la!" bentak Felis. Malas mahu meneruskan menyuarat tersebut.

"Senang je kau cakap! Kalau dia menipu macam mana?! Dia mungkin nak kuasai negara ni!" marah Zen.

"Pakcik ni fikir lebih la! Nampak sangat permaisuri tu ikhlas. Kalau tak, tak ada la dia bersungguh macam ni." bidas Felis lagi.

"Ehemm!!" Maharaja Fen berdehem dengan lebih kuat.

"Sebab dia terlalu bersungguh la dia pelik! Kenapa?! Dia sebenarnya mungkin ada maksud tersirat!" Zen masih dengan pendiriannya.

"Betul tu! Kita tak boleh sesuka hati menerima orang luar!" sokong pembesar yang lain.

"Eh eh.. suka je kau orang cakap macam tu. Kan lebih senang dari awal beritahu yang tak mahu terima orang luar?!" ejek Felis.

"Memang! Permaisuri tu tak boleh dipercayai!" sekumpulan pembesar mengiyakan.

"Mana kalian tahu?! Tuanku Maharaja Fen patut terima pinangan permaisuri tu. Ini perkara yang baik untuk menyatukan dua negara!" sebahagian pembesar lain pula berpendapat sebaliknya.

"Ehemm!!!!!!!" Maharaja Fen berdehem untuk kali ketiga.

Akhirnya barulah semua orang perasan. Mereka kembali memberikan perhatian pada Maharaja Fen dan suasana kembali sunyi.

"Beta lihat.. ramai yang berpendapat Beta tak patut terima pinangan ini. Tapi ramai juga yang mahu Beta terima." ujar Maharaja Fen.

Masing-masing mengangguk.

"Tapi.. ada sesiapa tak yang bertanya tentang pendapat Beta?!" soal Maharaja Fen.

Semua orang terdiam. Barulah mereka sedar akan kesalahan mereka. Mereka telah melebihi garis yang sepatutnya.

Maharaja Fen mengeluh lalu bangun dan meninggalkan menyuarat tersenyum. Masing-masing di meja bulat itu tercengang.

"Fiuh!" Felis menghela nafas lega lalu bangun dari kerusinya dan keluar.

Dia berjalan laju untuk pulang semula ke kediamannya. Maharaja Fen nak berkahwin atau tidak itu bukan masalahnya. Felis malas mahu ambil tahu.

Sudah bertahun. Bertahun masa berlalu di dunia magik. Dia tidak pasti berapa masa di dunia manusia telah berlalu namun dia masih tetap merindui gadis itu.

Tidak. Barangkali si kecil dalam ingatannya itu sudah besar. Mungkin sudah dewasa dan bekerja. Mungkin juga telah berkahwin dan ada anak.

Cuma Felis saja yang masih sama dan tidak berubah hatinya.

Cuma Felis saja yang tidak mahu mara ke hadapan dan masih di titik yang sama.

Cuma Felis saja yang sangat mencintai gadis itu.

Felidae: Felis Catus (Completed)Where stories live. Discover now