Wayoung mengetuk pennya berulangkali diatas meja. Kepalanya ligat memikirkan gerangan yang bernama Jeon Jungkook.
Apa yang lelaki itu masih tidak puas hati dengan dirinya? Alah, setakat kena baling dengan kasut apalah sangat. Dia yang kena langgar sampai jatuh terduduk masih terasa sakitnya dipunggung! Apa dia ingat jatuh terduduk ni tak bahaya ke? Eh, boleh membawa kepada lumpuh tahu tak?!
Wayoung menyerabutkan rambutnya. Rasa menyesal pun ada kerana mencari gaduh dengan lelaki itu. Tapi dimana silapnya? Dia hanya mencari keadilan buat dirinya sendiri. Memang dia sedar, 50% juga adalah salahnya. Tapi, apa salahnya jika mengucap kata-kata maaf? Susah sangatkah?
"Ego tinggi melangit!" Kutuk Wayoung. Pen yang berada dalam gengaman dilempar kasar diatas meja belajar. Memang semua buaya darat egonya tinggi melangit ya?
Tok tok tok!
Wayoung memalingkan wajahnya ke muka pintu biliknya. Kerusi ditolak lemah lalu dia berdiri dan melangkah perlahan ke arah pintu biliknya. Masa dia ingin meluah perasaan inilah ada sahaja yang ingin menganggunya.
"Ya papa?" Wayoung menyoal. Wajah Tuan Lee yang berada di muka pintu disoal lembut. Pelik juga Wayoung melihat wajah papanya yang tersenyum manis.
Ni mesti ada apa-apa ni. Bisiknya dalam hati.
"Boleh papa cakap dengan Wayoung sekejap?" Tuan Lee menyoal. Wajah anak gadisnya ditatap lembut.
"Boleh. Masuklah papa." Wayoung membuka pintu biliknya luas. Setelah itu dia melangkah kearah katilnya. Punggung dilabuhkan perlahan diatas katilnya yang empuk.
Tuan Lee melangkah masuk. Ruangan bilik anak gadisnya diperhati. Kemas.
Dia menarik kerusi belajar anaknya lalu duduk berhadapan dengan Wayoung. Dia tersenyum lagi.
Wayoung memandang Tuan Lee pelik.
"Kenapa senyum-senyum ni papa?" Wayoung menyoal Tuan Lee. Dahinya berkerut ditemani senyuman kekok.
"Salah ke papa senyum?" Senyuman Tuan Lee masih setia tertampal di wajahnya.
Oh my, papanya semakin pelik. Ni mesti papanya ada udang disebalik mee udang.
"Tak salah. Cuma pelik. Cuba papa cakap apa yang papa nak cakapkan pada Wayoung." Dahi Wayoung berkerut memandang Tuan Lee.
"Okay, macam ni," Tuan Lee menarik tangan anak gadisnya ke dalam genggaman. Berharap agar Wayoung bersetuju dengan rancangannya dan Tuan Jeon pada tengah hari tadi.
"Kamu kahwin dengan anak kawan papa ya." Tuan Lee berkata tenang.
Tapi lain pula bagi Wayoung, dia ibarat tercekik biji durian. Apa papanya sudah hilang akal? Papa mahu dia berkahwin? Pada umurnya yang masih muda remaja? No, no, no, usul itu ditolak sama sekali oleh Wayoung.
"Papa ingat papa nak satukan kamu dengan anak kawan baik papa. Wayoung setuju?" Tuan Lee menyambung lagi.
Wayoung menarik tangannya. Dia ketawa kekok.
"Kejap, Wayoung salah dengarkan? Cuba papa ulang sekali lagi." Wayoung menelan air liurnya. Haraplah telinganya yang error sebentar tadi dan bukan otak ayahnya. Tak sanggup dia berkahwin pada usia semuda ini. Nanti tak pasal-pasal masuk dewan kuliah dengan perut yang besar. Erghhh, seram. Membayangkan perkara itu sahaja sudah mampu membuatkan bulu romanya menegak.
"Papa nak kamu kahwin dengan anak kawan baik papa. Tarikhnya lebih kurang dua minggu dari sekarang." Ya, itulah yang telah dirancang olehnya dengan Tuan Jeon sebentar tadi. Mereka akan mengadakan perkahwinan Wayoung dan Jungkook dua minggu daripada sekarang.
YOU ARE READING
✔ Playboy Paling Hot + jjk
FanfictionCharacteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Chameleon boy. 5. Broken promise. 6. Mr. Future. Hmmm, memang kena sangatlah characteristics itu dengan seorang lelaki yang bernama Jeon Jungko...