CHAPTER 48

4.1K 515 85
                                    

Wayoung mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Entah kenapa hatinya berasa gelisah sejak Jungkook bertolak ke hospital untuk menjenguk Taehyung. Walaupun baru 20 minit Jungkook meninggalkannya, dia mahu lelaki itu segera pulang.

Perlahan-perlahan punggungnya dilabuhlan di birai sofa. Tangannya yang sejuk meraup wajahnya sendiri. Nafas panjang dihembus lama.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke tingkat atas, matanya terpandang bayang seseorang di sebalik tingkap yang ditutup dengan langsir tipis. Jantungnya mula berdegup laju. Pantas kakinya berlari ke tingkap atas lalu memasuki biliknya.

Telefon yang berada di atas meja kecil diambil lalu nombor Jeon Jungkook didail. Dia harus menyuruh Jungkook segera pulang!

"Jungkook, angkatlah." kata Wayoung dengan nada separuh merayu. Sayup-sayup kedengaran ringtone telefon Jungkook berbunyi di tingkat bawah.

Wayoung mengeluh risau. Pasti Jungkook tertinggal telefonnya di ruang tamu kerana bergegas ke hospital. Tangan dan dahinya mula dibasahi peluh dingin. Sungguh dia takut yang teramat sangat. Dia risau jika Eunwoo mencarinya ketika dia berseorangan diri.

"Wayoung~" mendayu-dayu suara seseorang memanggil nama gadis itu membuatkan bulu romanya menegak.

"Eunwoo." bisik Wayoung perlahan. Badan gadis itu mula menggigil ketakutan. Bagaimana lelaki itu dapat memasuki rumahnya?! Dia teramat yakin yang dia telah mengunci semua pintu rumah.

"Aku lupa nak kunci pintu bilik." bisik Wayoung dalam hati. Matanya dipejam erat.

'Bodoh, Wayoung. Kenapa kau tak kunci pintu tadi?' marahnya dalam hati kepada diri sendiri. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah pintu supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Belum sempat tangannya menyentuh tombol pintu, pintu biliknya dan Jungkook telah terbuka luas.

"Sayang." panggil Eunwoo bersama senyuman yang menakutkan. Kakinya mula melangkah menghampiri Wayoung. Namun semakin dia mendekat, semakin Wayoung menjauh.

"Awak nak apa Eunwoo?! Keluar dari rumah saya!" marah Wayoung berani. Gadis itu menepis kasar tangan Eunwoo tatkala jari-jemari lelaki itu bermain di wajahnya.

"Saya nak apa? Saya nak awak, Wayoung. Saya nak awak."

Jungkook berlari memasuki hospital setelah memakirkan keretanya. Wad yang Taehyung diami dituju dengan langkah laju. Bibirnya diketap. Dia fikir Eunwoo tidak akan berani lagi untuk mengacau Taehyung setelah lelaki itu menjadi buruan polis. Namun Cha Eunwoo tetap Cha Eunwoo. Lelaki itu tidak takutkan apa-apa. Sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan diri.

"Taehyung!" jerit Jungkook tatkala melihat badan Taehyung yang terbaring lemah di sisi bawah katil.

Mukanya lebam-lebam menandakan lelaki itu telah dipukul dengan kejam tanpa belas kasihan.

"Kenapa kau datang sini Jungkook? Kenapa kau datang sini?" soal Taehyung lemah. Kepalanya dipangku oleh Jungkook.

"Aku tahu Eunwoo yang buat kau macam ni! Mana dia! Mana orang gila tu?! Keluarlah bodoh!" tengking Jungkook kuat sambil memandang sekeliling wad pesendirian Taehyung. Mencari di mana lelaki gila itu bersembunyi.

"Jungkook, maafkan aku. Maafkan aku. Aku kawan yang tak guna. Maafkan aku." rayu Taehyung lemah sambil memegang tangan Jungkook.

"Apa kau merepek ni?" soal Jungkook tidak senang.

"Eunwoo, dia pergunakan aku untuk perangkap kau. Kau dah masuk dalam perangkap dia sebab aku, Jungkook. Maafkan aku, aku kawan yang tak guna. Aku lemah sebab tak dapat lindungi kawan-kawan aku." rayu Taehyung lagi bersama mata yang memerah.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now