"Wayoung." Jungkook memegang tangan Wayoung.
Wayoung mengangkat keningnya. Ada apa dengan lelaki ini?
"Ada sesuatu yang aku nak cakap." kata Jungkook. Dia memegang bahu Wayoung. Anak mata Wayoung ditatap.
Jungkook memejamkan matanya erat.
Tuhan, aku yakin dengan keputusan aku.
"Awak nak cakap apa?" tanya Wayoung setelah melihat Jungkook berdiam diri lama.
Daripada pandangan matanya, Jeon Jungkook seperti menanggung sesuatu yang berat.
"Wayoung, aku minta maaf."
Wayoung terkedu. Kenapa Jeon Jungkook meminta maaf? Adakah lelaki itu mahu berpisah dengannya? Tidak, dia tidak mahu itu berlaku. Tidak mungkin perkara yang paling dia takuti sebelum ini akan menjadi kenyataan.
"A-awak nak ceraikan saya?" tanya Wayoung bergetar sambil menatap mata cantik Jungkook.
"Jangan lepaskan saya Jungkook." bergetar suara Wayoung menahan tangis. Dia mengengam kedua-dua belah tangan Jungkook erat.
"Saya taknak berpisah." tangis Wayoung. Suaranya seakan-akan merayu. Dia tidak mahu kehilangan Jeon Jungkook. Dia sanggup merayu.
Jungkook melihat air mata Wayoung yang mengalir di pipi mulus gadis itu. Perlahan-lahan jari-jemarinya menghampus air mata itu.
Badan Wayoung ditarik ke dalam pelukannya. Dia membelai rambut gadis itu lembut. Jujur, dia amat suka membelai rambut Wayoung. Wangi dan lembut.
"Kau cintakan aku?" soal Jungkook tanpa selindung. Dia inginkan jawapan Wayoung. Jawapan yang mungkin akan mengubah kehidupan mereka berdua kelak.
Wayoung terkedu dengan soalan yang keluar daripada mulut lelaki itu.
Patutkan dia berterus-terang? Atau patutkan dia merahsiakan perasaannya terhadap lelaki itu? Jika dia berterus terang, adakah Jeon Jungkook akan menolak cintanya dan meminta dia supaya melupakan perasaan cintanya terhadap lelaki itu?
"Jeon Wayoung, aku tanya kau sekali lagi. Kau cintakan aku?" tanya Jungkook lembut. Badan kecil gadis itu masih berada di dalam pelukannya.
Wayoung menarik nafas lama. Tiada guna jika dia terus menyembunyikan perasaannya. Biarlah Jeon Jungkook tahu perasaannya terhadap lelaki itu.
Jika lelaki itu menolak dirinya? Mungkin dia akan mengalah dan mengundur diri.
"Saya-"
Wayoung memejamkan matanya erat.
"Saya cintakan awak. Sangat." jujur Wayoung. Mukanya merah menahan malu. Wajahnya disorokkan di dada bidang Jeon Jungkook.
Jungkook mengukir senyuman nipis.
"Kalau awak nak bersama dengan Tessa, saya tak kisah. Tapi, lepaskan saya dulu." Wayoung menolak badan Jungkook perlahan. Bergetar suaranya mengukapkan ayat itu.
Dia tidak mahu berpisah. Tetapi Jungkook? Mungkin lelaki itu mahu berpisah dengannya.
"Kita--" Jungkook memberhentikan kata-katanya.
YOU ARE READING
✔ Playboy Paling Hot + jjk
FanfictionCharacteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Chameleon boy. 5. Broken promise. 6. Mr. Future. Hmmm, memang kena sangatlah characteristics itu dengan seorang lelaki yang bernama Jeon Jungko...