CHAPTER 35

4.4K 573 372
                                    

Wayoung berjalan ke arah kereta Jungkook sambil mengelap air matanya perlahan. Air mata ni pom satu, asyik turun je daripada tadi. Tak penat ke?

Tetapi air mata itulah yang menunjukkan betapa lemahnya dia apabila ia berkaitan dengan Jeon Jungkook.

"Wayoung!" panggil seseorang daripada belakang membuatkan Wayoung berpaling.

Wayoung menggulingkan matanya. Aish, lelaki ni lagi. Tak puas lagikah menganggu hidupnya?

"Wayoung, tunggulah kejap." kata Jimin sambil berlari anak mengejar langkah laju Wayoung.

"Awak nak apa lagi Park Jimin?" tanya Wayoung dengan nada menyampah tanpa memandang lelaki itu. Gadis itu terus melangkah laju tanpa menghiraukan panggilan daripada Park Jimin.

"Saya nak tahu jawapan awak." kata Jimin tidak berputus asa. Dia tetap mengekori langkah Wayoung.

"Saya kata saya tak nak, tak naklah! Awak tak faham bahasa ke?" kata Wayoung geram. Gadis itu melintas jalan tanpa melihat ke kiri dan ke kanan. Tujuan utamanya adalah untuk melarikan diri daripada Park Jimin.

"Wayoung hati-hati!" kata Park Jimin tatkala melihat sebuah kereta sedang menuju ke arah Wayoung yang sedang melintas jalan.

Pantas lelaki itu berlari ke arah Wayoung dan menarik tangan gadis itu menyebabkan mereka berdua terjatuh ditepi jalan.

Jimin terjerit kesakitan apabila sikunya terluka kerana terseret di atas jalan raya.

"Ya tuhan. Awak okay?" tanya Wayoung panik tatkala melihat dahi Jimin berkerut kesakitan. Sesekali mulut lelaki itu berdesis kesakitan sambil memegang sikunya yang luka.

"Saya okay. Sikit je." kata Jimin perlahan. Darah agak banyak mengalir keluar kerana kemalangan itu berlaku pada waktu tengah hari.

"Saya rawat awak dekat kereta saya ya? Awak boleh jalan tak?" tanya Wayoung prihatin sambil membantu lelaki itu berdiri.

Jimin hanya mengangguk perlahan. Nasiblah kakinya tidak terseliuh tadi.

Wayoung memegang lengan Jimin sambil membantu lelaki itu berjalan ke kereta Jungkook.

Sesekali Jimin mengerling ke arah wajah Wayoung yang hampir dengan wajahnya. Jimin menelan liur.

'Boleh tahan cantik juga minah ni.' kata Jimin di dalam hati.

Wayoung yang berasa seperti diperhati memandang Jimin.

"Kenapa?" soalnya apabila lelaki itu menatapnya lama.

"Tak, tak ada apa-apa." Jimin menggeleng kepalanya sambil mengalihkan pandangan ke arah lain.

Punat kereta ditekan lalu Jimin diletakkan di tempat duduk di sebelah pemandu.

"Sekejap tau. Saya rasa dalam kereta ni ada first aid kit." kata Wayoung lalu bergerak ke tempat duduk belakang.

First aid kit yang terdapat dibahagian belakang diambil lalu dia duduk bercangkung disebelah Jimin yang berada di dalam kereta manakala dia di luar.

Lengan kanan Park Jimin disentuh perlahan. Luka yang agak besar dibelek tanpa rasa geli.

"Teruk juga ni." kata Wayoung kepada lelaki itu.

"Saya cuci dengan air dulu eah? Sebab banyak sangatlah darah." kata Wayoung lalu mengambil air mineral yang terdapat dalam dashboard kereta Jungkook.

Dengan perlahan-lahan Wayoung mencuci luka Jimin menggunakan air mineral tersebut. Sesekali kedengaran suara Jimin berdesis perlahan. Pedih kerana air terkena pada luka.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now