Chap 2

780 35 0
                                    

Setelah tamat kelas untuk hari ini, aku menuju ke bangku berhampiran dengan tempat letak kereta aku. Masih terlalu awal untuk aku pulang ke mahligai keluarga aku.

Hati terasa tidak betah untuk pulang awal, kesunyian mahligai itu sedikit meruntun aku masuk ke dalam kenangan lama. Kenangan yang aku sendiri tidak dapat kawal dari mengingatinya. Langit yang sedikit redup meyakinkan aku untuk terus berada di bangku tersebut.

Telefon bimbit aku keluarkan, sekadar ingin mengisi masa lapang memandangkan tugasan pensyarahku sudah aku siapkan tadi. Lagi pula, takkanlah aku ingin duduk semata - mata di sini. Aku sekadar meng 'scroll ' timeline aku.

"Assalamualaikum " seseorang menyapa aku dari belakang dan berdasarkan wangiannya aku tahu siapa.

Siapa lagi yang akan menegur aku sebegini kalau bukan Zarith. Aku memandangnya dengan pandangan biasa aku, heartless reaction sebelum menjawab salamnya.

"Awak tunggu siapa? " soalnya sebelum mengambil tempat berhadapan dengan aku.

"Tak tunggu siapa. Kenapa? " soalku sekadar berbahasa, mungkin enggan menimbulkan suasana janggal antara kami.

"Saja tanya awak sebab kebetulan saya parking area sini juga. So, alang - alang saya datang tegur awak " terangnya sebelum tersenyum kecil, terserlah lesung pipitnya.

"Ouh" balasku, pendek.

"Hmm, awak memang susah nak senyum erh?" tanya dia dengan muka serba salah.

"Entahla, kan saya ada cakap tadi. Untuk apa saya nak senyum kalau saya tak rasa nak senyum" nak tak nak aku membalasnya juga.

"Kenapa erh?" soalnya lagi. Rimas pula aku dengan mamat ni.

"Entah."

"Sorry kalau awak rimas dengan setiap soalan saya. Frankly talk, I'm curious about you" jujur Zarith dengan muka yang serba salah.

"Takpe" aku membalasnya sebelum melepaskan keluhan.

"Apsal mengeluh? Awak ada masalah ke?" dia bertanya dengan nada yang prihatin dan lembut.

Aku mengambil nafas yang panjang sebelum mengeluh lagi. Setelah itu baru aku membalas.

"Sorry, saya sendiri tak faham dengan diri saya sendiri. Entahlah Zarith, saya tak sedia nak cerita apa - apa kat awak mahupun sesiapa. Selagi saya boleh pendam, saya akan pendam. Lagipun kita baru kenal. Saya pun tak pasti lagi dengan awak" terpaksalah aku jawab juga soalan Zarith sebab aku tahu sangat perangai macam Zarith ni.

"Kiranya awak tak percayakan saya erh?" Zarith menduga aku.

"Lebih kuranglah. Maaf sangat. Saya tahu awak baik tapi saya......" aku belum sempat habiskan ayatku, dia memotong.

"Takpe, saya faham. Hmm, boleh tak nak nombor awak?."

"Nak buat apa?."

"Saja, lagipun tak salah kalau seorang kawan dan simpan nombor kawan dia. Lagipun, mana nak tau kalau saya ada apa - apa masalah study. Boleh tanya awak" Zarith membalas sebelum menguntumkan senyuman manis.

Ya, Zarith sangat murah dengan senyuman dan aku cemburu kerana dia nampak gembira dan bahagia.

"Ouh, nak tulis kat mana?" soalku kerana dia ingin mendapatkan nomborku tapi takde pula sebarang kertas mahupun pen.

"Jap, nah!" dia mengambil phonenya di dalam poketnya sebelum menghulurkannya kepada aku.

Aku mendailkan nomborku sebelum menghulurkan kepadanya. Biar dia sendiri yang setkan sendiri namaku.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now