Chap 5

461 28 0
                                    

Zarith membawa aku ke pelbagai tempat dan majoritinya agak sunyi. Kiranya untuk membantu merawat kesedihan akula kut. Dalam diam, aku agak terharu dengan setiap layanan dan tingkah lakunya terhadap aku.

Aku nampak 'dia' dalam diri Zarith. Tapi, tak mungkin aku menyayangi Zarith seperti mana aku menyayangi 'mereka' terutamanya 'dia'.
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Kiranya hampir 5 jam aku bersama - sama dengan Zarith.

Kali ini, Zarith membawa aku ke sebuah pusat membeli - belah. Aku hanya mengekori saja langkah Zarith yang memasuki ke arah pusat itu.

"Kita lunch dulu erh? Kesian awak , mesti dah lapar" aku hanya mengangguk setuju saja kerana aku memang agak lapar ketika itu. Lagipun, sarapan tadi aku tidak sempat menikmati makanan tadi.

"Kita makan kat food court jelah" pintaku kerana di food court, ruangnya agak terbuka dan lebih selesa. Lagipun, jarang aku dapat makan di food court.

"Okey, jom" Zarith menguntumkan senyuman manisnya kepada aku.

Kami melangkah menuju ke bahagian makanan pilihan kami. Pada mulanya, Zarith menawarkan diri untuk mengambilkan makanan untuk aku. Namun, aku enggan menerima bantuannya kerana serba salah ingin menyusahkan dia.

Kami menikmati makanan pilihan kami dengan senyapnya. Aku sempat memerhati cara makan Zarith, terserlah ketenangan dan kelembutan di setiap suapannya. Tanpa sedar, aku mengeluh.

"Kenapa? Ada tak kena ke dengan makanan awak?" dengan penuh prihatin dan perhatian dia bertanya kepadaku.

Aku hanya mengeleng sahaja kerana tidak mungkin aku meluahkan segala yang bermain di fikiran aku kini.

"Hmm, lepas ni kita solat. Lepas tu kita gi tengok wayang dulu baru saya hantar awak balik. Saya harap awak sudi temankan saya nak gi tengok wayang sebab dah lama saya tak tengok wayang. Lagipun takde gengla. Boleh?" soalnya dengan penuh pengharapan.

"Okey, tapi lepas ni awak nak gi mana?" hati aku agak berbelah bagi. Namun, memandangkan Zarith sudah banyak melayan kerenah aku. Terpaksa jugalah aku bersetuju.

"Solat"

"Solat?" soalku, pelik.

"Yalah, Hanna. Awak ni kenapa?" dia bertanya dengan penuh curiga.

"Takdepape, saya tak dengar sangat tadi awak cakap apa" nasib baik otak aku cepat je bertindak memikir alasan yang sesuai.

"Ouh, jomlah" ajaknya sebelum bangun.

Aku mengekorinya saja. Dia ke kanan, aku ke kanan. Dia ke kiri, aku ke kiri.

"Eh, apsal awak still ikut saya. Bahagian perempuan kat depan sana" Zarith menegurku dengan terkejut.

"Ouh, saya tak perasan pula" aku hanya mampu memberi itu saja sebagai alasan.

Seraya itu aku beredar dan menuju ke kerusi yang terdapat di kawasan itu bagi menunggu Zarith selesai solat. Macam manalah aku boleh lupa semua tu, padahal dulu mereka selalu begitu. Hati aku mengeluh kuat saat terkenangkan memori aku dulu.
Beberapa minit kemudian, Zarith muncul.

Wajahnya nampak masih basah dan aku dapat lihat suatu ketenangan yang sama yang pernah aku lihat di wajahnya. Sekali lagi aku mengeluh. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku, kalau teringatkan dia saja. Aku mesti akan mengeluh.

"Sorry buat awak tertunggu" ujar Zarith dengan wajah yang serba salah.

"Erm, takpe" aku bala sedemikian bagi mengurangkan rasa serba salah di hatinya.

"Jom tengok wayang. Dah nak start" ajak Zarith dan aku melangkah bersamanya.

"Thanks for today's activities. I owe you a lot, Zarith" aku ucapkan kata - kata itu dengan penuh keikhlasan.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now