part 32

41 3 0
                                    

"Mira tuh ex-girlfriend saya. " jelas Aqmal tiba-tiba setelah lama kami mendiamkan diri. aku menghalakan pandangan ku ke arah Aqmal yang sedang duduk di hadapanku.
"tapi itu semua kisah lama antara kami, saya dah tak ada perasaan langsung pun dengan dia. " jelas Aqmal lagi. aku hanya duduk diam dan mendengar.
"perasaan itu adalah mustahil untuk dia, kerana saya telahpun ada cinta hatiku sendiri. " jelas Aqmal perlahan. namun tetap didengari kata-kata itu.
' lahh dah ada cinta hati rupanyanya. ' keluhku dalam hati.
"owh. " balasku perlahan. pandangan dijatuhkan ke bawah meja.
"boleh tak kalau syah tolong saya untuk tackle 'crush' saya tuh. " pujuk Aqmal beria-ria.
"aih kenapa pula saya yang kena tolong? saya sendiri pun tak tau siapa perempuan tuh. nak tolong macam mana? kenal pun tak. " bebel ku. sebenarnya terdapat juga rasa iri hati bertandang dalam diriku dalam waktu ini. entah siapalah wanita bertuah tuh.
"laa perempuan tuh awak kenal lah. " ujar Aqmal.
"hah?! " terkejut pula mendengar apa yang disampaikan oleh Aqmal. 'takkan debbie kot? ya ampun , minta dijauhkan lah. tak sanggup saya nak rosakkan relationship kawan baik aku yang merangkap seperti adik beradik ku itu. '
"nama dia Mardhiyah Syahirah, seorang pilot juga tau. "jelas Aqmal sambil melebarkan senyumannya di bibir.
'aik kenapa nama perempuan tuh sebiji macam nama saya. pastu kerjaya dia pun sama macam saya. '
'takkan lahh.... '
"yee awak lahh cinta hati yang saya kata tadi tuh. saya tak akan paksa awak, masih ada masa untuk awak fikirkan apa yang saya cakap tadi. saya akan sedia menunggu jawapan dan akan sedia menerima walau apa pun respon awak. " kata Aqmal bersungguh-sungguh kali ni.
"kalau ye pun nak kasi prank saya, tak perlu lah nak guna taktik macam ni. " balasku dengan nada yang geram.
"Syah, saya sangat-sangat serious dengan apa yang saya katakan. "
"maybe cara saya luah ni agak terus terang, maaf yee saya tak pandai nak berbasa basi ni. " jelas Aqmal sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

'patut ke aku nak terima dia ni? sejujurnya aku memang suka sangat dengan Aqmal. tapi perasaan suka tuh,  betul-betul datang dari hati atau sekadar suka kerana fizikalnya yang menarik perhatian tuh? ' buntu Syahirah.

"sorry, but hope you can give me some time to think about it. By the way,  i think i should go back to my room. Dah malam sangat ni." pamit ku. hanya senyum dan angguk saja dibalas Aqmal. aku lalu berdiri dan membawa langkah keluar dari kafe.

"i will wait for you syahirah. " desis hati Aqmal.

henfon di tangan ditekan-tekan.
"Helmi!  awak kat mana? jom ke pool kejap. takkan dah nak tidur kot, awal lagi ni. " pintaku. awal sangat konon, padahal tadi alasan nak balik minta diri dengan Aqmal tadi 'dah lewat malam'. nasib juga Aqmal tak ikut aku tadi.
"hisy kau ni, baru je nak buat tai mata. yerlahh, kejap lagi aku gerak. " bebel Helmi di hujung talian. talian dimatikan.

masih ada juga pengunjung di pool ketika ini walaupun dalam waktu-waktu sebegini. bahu ku ditepuk dari belakang.
"aik makcik, bukan ke kau ada date dengan Aqmal. " sindir Helmi dengan senyuman sinis .ihh geramnyaa tengok dia buat muka macam tuh.
"haah memang pun, tapi ada hal saya nak bincang dengan kau ni. penentu kepada masa depan bangsa dan negara. " ujarku dengan serius.
"uihh hal apa sampai begitu punya serius ?" hairan Helmi.
"Dia dh confess terlebih dahulu, dia tak paksa untuk bagi jawapan secepat mungkin. " luahku.
"Dia? owhh Aqmal. " balas Aqmal perlahan. sambil batuk olok-olok.
"ehemm! kalau dah begitu, buat apa nak runsing lagi? terima jer lah. " cadang Helmi selamba.
"bukan ke kau pun memang ada hati dengan dia? " ujar Helmi lagi.

'haih masalahnya sekarang ni, saya keliru dengan perasaan saya. dua perasaan yang berbeza ketika saya bertemu dengan Aqmal dan Helmi. mana satu perasaan yang mendorong kepada maksud 'cinta'. selama ni siapa2 je saya nampak berkenan rupanya, semua saya suka. adakah perasaanku pada Aqmal sama seperti perasaanku pada jejaka-jejaka sebelum ini ?atau sebaliknya?. ' luah ku dalam hati.

"apa tanda-tanda kalau kita jatuh cinta dengan seseorang tuh? "
"maksud saya 'true love' dan bukannya cinta-cinta monyet. "soalku lagi. kali ni Helmi memandangku dengan pandangan yang hairan beserta kedutan di dahi. tangannya diletakkan di dadanya.
"perasaan itu hadir dari sini, bukan dari otak."
"kalau awak jatuh cinta dengan seseorang jantung awak akan berdegup dengan kadar yang luar biasa berbanding yang normal. "
"kalau awak nak pastikan, cuba awak test cara ni masa awak bertentang mata dengan Aqmal. " cadang Helmi.
"bandingkan degupan jantung kau apabila kau bertemu dengan Aqmal dan lelaki lain. " jelas Aqmal lagi.
"kay lahh aku caww dulu, nak sambung mimpi aku ." pamit Helmi.
tanganku diletakkan di dadaku.
'.....'

helaan nafas dilepaskan setelah Helmi melangkah jauh dari Syahirah. debaran di dada cuba untuk dikawal.



misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now