Eksotisme Goa Gajah- Gianyar Bali.
salah satu kuil yang juga terkenal di Bali dan menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang berkunjung.
Antara bagi faktor tarikan ialah sejarahn dan seni ukirannya."mengikut logik sejarah, Goa Gajah dibangun sejak abad ke-8 masihi. " jelas Helmi kepadaku.
"sejak bila pula kau jadi ahli sejarawan ni siap guna ayat 'mengikut logik sejarah'. " perliku sambil mengajuk cara Helmi sebentar tadi.
"kau ni, ini Helmi lah. penulis yang berhemah dan semestinya seorang yang minat membaca untuk menimba ilmu. bukan macam kau, tengok buku je terus tertidur. boleh dikira buku tuh ubat tidur kau pulak, lain lah aku buku tuh ibaratkan vitamin untuk aku. " Helmi berhujah pula dan tidak lupa untuk memuji dirinya sendiri tapi sambil-sambil tuh sempat pula nak memerli orang.
"eleh, aku pun pembaca buku tau. kau apa tau? rumah aku tu siap ada bilik bacaan lagi tau. Almari dipenuhi dengan buku-buku. majoriti novel yang tebal-tebal. " cuba dipertahankan diri di depan Helmi. Ni Syahirah lah, bukan seorang yang mudah untuk ditindas orang sesuka hati.
"hmm yerlah, entah boleh percaya tak dengan kata-kata kau tuh. " balas Helmi lagi tidak mahu kalah. belum sempat penumbuk ku sampai di bahunya, terlebih dahulu dia larikan diri dari aku. Ihh geram betul dengan mamat sorang ni.Selepas kami membeli pakaian yang seharusnya kami pakai untuk menjejaki kuil itu mengikut adat mereka, kami terus bergerak masuk diiringi dengan tour guide yang sememang tahu akan adat-adat dan selok belok di sini untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran adat tanpa disedari.
"Syah nampak lawa lah walaupun pakai pakaian begini. mungkin sebab pemakainya pun lawa kot, tuh yang apa saja dipakai pun nampak lawa. " puji Aqmal yang baru saja berdiri di tepiku. sebuah senyuman dilemparkan kepadanya. belum sempat nak berterima kasih atas pujian, Helmi pula datang berbisik sesuatu.
"jangan percaya sangat dengan pujian tuh, sebab di mata aku lah kan. rupa kau sekarang ni dah macam tarzan pula. Eh tarzan kan lelaki. hmm, kalau begitu saya samakan awak dengan mak angkat dia tuh lah. " bisiknya perlahan di telinga ku. terletus ketawanya lalu berlari meninggalkan ku dengan Aqmal. selepas beberapa minit aku berfikir, baru lah aku sedar yang aku disamakan dengan gorilla. Kurang ajar punya mamat! lalu dilajukan langkahku untuk mengejar Helmi yang telah jauh dihadapan.ketika ini, terbit rasa cemburu di dalam hati Aqmal apabila melihat kemesraan antara dua orang insan itu. "Kenapa aku tak dapat mesra dengan Syah seperti mana dia mesra dengan Helmi? " persoalan itu hanya mampu dipemdam seorang diri.
selepas kami puas melawati kuil itu, kami dibawa ke sebuah kawasan yang menjual souvenier. kebanyakan yang dijual ialah kraftangan. Kraftangan yang dijual bukanlah barang yang biasa ditemui mana-mana tempat, kerana kraftangan di sini adalah berunsurkan seni yang merupakan hasil tangan kerja orang tempatan. sedang asyik meronda untuk melihat sama ada yang menarik untuk dibeli, tiba-tiba terasa lenganku ditarik oleh seseorang. Namu wajahnya tidak dapat dikenal pasti kerana kami berada di dalam satu situasi yang sangat sesak dengan pengunjung di situ. Akhirnya, saya ditarik keluar dari sesakan itu dan menuju ke satu kawasan yang tidak mempunyai ramai pengunjung.
Dengan segala kekuatan yang ada pada ketika ini, tanganku ditarik untuk melepaskan pegangan tersebut dan berjaya dileraikan. orang tersebut lalu memusingkan badannya menghadap ku lalu dibuka topinya yang telah menutup separuh bayangan mukanya. Kalau tak silap aku, perempuan yang berada di hadapanku ketika ini ialah Mira.
"Apa kes ha?! tiba-tiba bawa aku ke sini?! " soalku dengan kasar kerana tidak suka dengan caranya tadi yang menyebabkan ku terlanggar dengan beberapa pengunjung sewaktu ditarik dalam situasi yang sesak sebegitu.
"Kau fikir aku nak sangat ke jumpa betina perampas macam kau ni! aku cuma nak bagi kau amaran untuk jangan dekati Aqmal. Dia tuh milik aku! aku lagi jauh layak untuk dia! " Kata Mira memberi amaran sambil. meninggikan suaranya. Berdesing telinga aku mendengar, macam lah aku tuli tak boleh nak dengar apa yang dia kata tuh.
"kau yakin ke? yang kau layak untuk dia? kalau betul lah kau layak lah sangat, kenapa dia tak pandang kau langsung eh? dan untuk pengetahuan kau, aku tak rampas dia pun dari kau. tolong sikit eh, aku bukan macam kau yang terhegeh-hegeh mengejar lelaki. By The Way, kenapa kau nak buang masa nak bagi amaran dekat aku untuk jauhkan diri dari dia pula? kau rasa tergugat ke? oh maknanya aku ni berkemampuan untuk menawan hati Aqmal lahh sampai kau gelabah sangat ni. " memang pedas aku berikan kepada Mira. Silap orang lah dia nak cari gaduh dengan aku. Dia belum kenal lagi aku, pantang kena bawa gaduh. Memang ketara air muka Mira yang sedang berada dalam kemarahan.
"tak gunanya punya perempuan! " sebelah tangannya diangkat untuk dengan tujuan untuk menampar. Dan sebelum tangan berjaya dihayunkan ke pipiku, tangan Mira sempat ditahan oleh Helmi yang baru saja tiba waktu itu dan seiring dengan jeritan Aqmal yang teriak nama Mira dari jarak yang tidak jauh dari kami.
Aqmal terus berlari ke arah kami tanpa melengahkan masa.Mira menarik tangannya dari genggaman Helmi sambil mendengus dengan kasar. "are you okay? " soal Aqmal dengan Helmi secara serentak. "erghh, okay" jawabku tenang.
"huh! two man in one time? seriously? my gosh, is this the woman that you are chasing Aqmal? trust me, she is not worth for you. " perli Mira dengan sinis.
"who are you to judge whether she is worth for me or not? " balas Aqmal. "even thought i dont know you. but as a man and from what i can see, you are not worth to get loved by good peoples. you are more worth to animal. " kali ni Helmi pula bersuara. pedas juga kata-kata Helmi. Mira yang tadinya sangat yakin dan sombong itu terus sahaja terdiam dan mungkin rasa malu lalu meninggalkan kami dengan langkah yang diiringi dengan kemarahan.sebaik sahaja bayangan Mira menghilang, keadaan yang sepi seketika menjadi kecoh apabila Helmi melepaskan tawanya kerana merasakan perbalahan tadi agak lucu. tawanya diiringi olehku dan seterusnya Aqmal.
"kau ingat kau dah menang ke?! aku akan pastikan yang kau akan menyesal!!!! " teriak Mira melepaskan geram . Tidak dihiraukan segala mata-mata yang merenungnya ketika itu.
YOU ARE READING
misi mencari MR.Charming si cik pilot
Romancekisah mardhiya syahirah yang berkerjaya sebagai pilot ingin mencari si MR. Charming seperti dalam kisah dongeng princess2 tuh... ramai juga kaum-kaum adam yang cuba untuk pikat hati si cik pilot ini tapi berakhir dengan kekecewaan .kesiann..tiba-tib...