Part 41

78 5 0
                                    

Disebabkan kemalangan kecil ini, pihak atasan telah menggantikan jadual flight saya pada hari esok dengan pilot yang lain. Arahan ini baru sahaja sampai dalam henfon ku.
Cincin di tapak tangan ku direnung seketika...

segala memori ku bersama Helmi dimainkan semula dalam ingatan.
Pertemuan pertama di lif Beijing. Dan lelaki itu sering saja muncul dalam hidupku dan mengganggu ku. Teringat pula detik makan malam bersama di sebuah tempat yang banyak pengunjung dimana agak sesak kawasan tersebut di area Kuala Lumpur, adakah patut aku disamakan dengan anjing peliharaan dia. Beria-ria lah aku percaya dia ada adik perempuan yang dah lama meninggalkan dia. Terasa aku ni cepat pula terpedaya. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri mengingat segala kenangan itu. 
"lelaki ni, dia takkan kacau perempuan lebih-lebih melainkan kalau dia ada memendam perasaan terhadap perempuan itu. ingat tau. "
"mungkin aku tak lah sehebat lelaki idaman wanita di luar sana yang mempunyai kerjaya yang tinggi, Namun aku akan usaha untuk menjadi seorang lelaki yang terbaik dalam membimbing mu dan melindungimu serta bersama-sama kita menempuh segala onak duri dalam hidup ini. "
Kenapa lah lambat sangat aku nak sedar semua ni?! Bodohnya aku!

'Helmi! kau kena bertahan! aku janji akan sentiasa lindungi kau dan sentiasa menjadi penyebab senyuman kau terukir setiap hari. Takkan kau nak biarkan aku terseksa tak dapat nak ucap Terima kasih kat kau. Bagi lah aku peluang untuk jadi sebahagian dalan hidup kau. Aku rindu gelak ketawa kau. Aku rindu nak gaduh dengan kau. Aku rindu senyuman kau. '

Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka. Doktor yang merawatnya berjalan ke arahku. Hatiku menjadi tidak keruan pada saat ini. Khabar apakah yang akan disampaikan sebentar lagi. Adakah aku kuat untuk mendengar nya?

"Alhamdulillah, dia selamat. Nampaknya Allah masih berikan dia peluang untuk terus hidup di dunia ini. Cik boleh pergi lawat dia, tapi dia sedang tidur sebab kesan ubat. " Kata doktor itu dalam bahasa cina .Nasib juga aku pro berbahasa cina. Taklah susah nak berkomunikasi.

"Alhamdulillah! " ucapku syukur. Air mata jatuh sekali lagi. Namun kali ni, air mata ini menandakan kegembiraan. Tanpa membuang masa, aku segera mengerakkan kerusi roda ku ke bilik Helmi. Aku akan pastikan yang aku akan jadi orang pertama yang akan berada di sisi nya ketika dia sedar nanti.

Wajahnya ditatap olehku. Kacak juga dia ni ,pujiku dalam hati. serentak dengan itu, mataku tiba-tiba jadi berat pula. tanpa sedar, aku telahpun nyenyak tidur beralaskan lengan sasa milik Helmi.

segera aku angkat kepala ku, apabila tersedar rambutku seperti diusap-usap oleh jemari manusia.
"Ish kau ni!  terkejut aku tau! " marah Helmi. Betapa bahagianya aku tatkala ini. "owh ya!  mana cincin aku?! " nada Helmi tiba-tiba berubah. sama juga dengan air mukanya yang menunjukkan keresahan.
"asyik-asyik cincin je! aku kau tak tanya pula" saja aku nak merajuk sikit.
"Dah aku tengok kau sihat je sampai boleh terdengkur masa tidur tadi. " terasa panas pula muka aku.  yerke aku berdengkur?! alahai wrong timing betul lah.

"owh awak nak sangat cincin tuh kan? takpe saya buka duku dari jari saya ni. " diangkat tanganku untuk menunjukkan cincin yang begitu kemas tersarung di jari manis ku.
"Cincin saya.. di jari awak? " soal Helmi putus-putus.
"owh saya fikir cincin ni untuk saya, tuh yang saya pakai. tapi kalau awak nak sangat cincin tuh, takpelah saya bagi balik lah. " kononnya dengan lagak nak buka cincin tuh dari jari.

Belum sempat aku nak teruskan tindakan itu, tangan ku ditahan.
"hmm, saya tak faham. " kata Helmi.
Air muka Helmi memang jelas menunjukkan yang dia masih blur.
Dahinya aku lestik.
"aduh apa ni main lestik-lestik? " adu Helmi.
"Lembap betul lah otak awak ni! cincin tuh memang khas untuk saya kan? saya suka cincin tuh, jadi saya terima lah. bukan setakat cincin tuh, pemberi dia pun aku nak juga. " Luah ku terus terang tanpa segan silu. Buat apa nak malu? aku tak nak kehilangan dia sekali lagi. Cukup lah air mata aku gugur untuk sekian kali sahaja.

Tiba-tiba Helmi pula yang menangis. Lah pula!
"alaa,jangan lah namgis!" Nadaku juga hampir mahu berubah ikut rentak nangis. Dengan pantas Helmi menyeka air mata nya.
"Terima kasih!" ini lah senyuman yang aku rindukan itu!Terima kasih ya Allah.
"I Love You. sudah lama aku menantikan saat-saat ini untuk meluahkannya. walaupun aku tak dapat nak luah guna cara gentleman sikit macam lelaki lain kat luar sana. " kedengaran keluhan Helmu yang menandakan kekecewaannya.
"Laa takpe. Saya terima seadanya . perasaan tulus dan ikhlas itu lebih penting. " kataku.

Aku yakin dengan perasaan aku, Helmi adalah pilihan yang tepat dalam hidupku. Tapi macam mana pula dengan Aqmal? macam mana aku nak cakap dengan dia?aduh serabut otak aku. Teringat pula kes aku kena tolak,siapa pula yang berdendam dengan aku? sampai sanggup nak bunuh aku bagai. Perbuatan jahat pasti akan ada balasan yang setimpal buatnya. bukan aku yang balas, yakni Allah SWT yang maha besar akan balas.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now