26 ☾

1.1K 98 16
                                        

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lunch

Aurelya Soffiaa ;

Sekarang ni aku dengan kawan kawan aku ada dekat kedai makan yang halal ofc.

Aku daripada tadi dok diam je tapi tetap makan lah kan. Sebab aku fikir pasal Makcik Ainaa. Aku cubalah kan nak ingat balik kenapa dia tak suka aku. Rasanya tak ada lagi sebab kenapa. Dia start benci aku daripada aku kecik. Aku punya lah hairan apa lah salah aku.

Yang Maksu dengan Makngah tu dia ikut je cakap makcik Ainaa. Yelah sebab makcik Ainaa kan anak first.

Kak long lah katakan.

Bila aku tanya apa salah aku dekat mak bapak aku, semua pura pura sibuk. Tipulah kalau kau kata kau tak musykil kenapa semua benda ni jadi dekat kau.

"Oit" Farrah mencuit bahuku dan aku memandangnya. "Fikir apa awaknya?" tanya dirinya dan dia memajukan perbuatannya tadi.

"Mana ada fikir apa apa" jawabku nada yang tenang. "Jangan risau lah pasal makcik makcik kau tu, nanti okay lah tu. Ada sebab kenapa benda ni semua jadi" aku memandang Ellina selepas sahaja dia menuturkan ayatnya.

Gila hebat, aku tak bagitahu apa apa pun dia dah tahu.

"Aku tak cakap apa apa pun" kataku dengan sengihan. "Ya memang kau tak cakap, tapi nampak sangat lah kau pikir pasal benda tu" Ellina sambil jarinya yang memegang chopstick itu ditunjukkan kearahku.

Aku hanya mendiamkan diri dan meneruskan pemakananku. Apa lah rumit sangat aku punya kehidupan ni.

"Tapi kan aku musykil ni, kenapa dia benci sangat weyh. Itu lah kitaorang suruh kau jadi baik, kau jadi jahat. Ha tu lah padahnya" selepas sahaja Eika berkata, aku terus menampar kepalanya daripada belakang. 

"Bila masa aku jadi jahat?" tanyaku tidak berpuas hati. "Ouh tak eih ?" kata Eika sambil tersengih. "Haah kau tak pernah cerita pun kenapa diaorang tak suka kau" kata Nasuha pula.

Gais ,

"Nak cerita macam mana, kalau aku sendiri pun tak tahu apa sebab dia" dan semua terdiam. Mungkin masuk akal juga apa yang aku cakap. Atau mungkin diaorang dah tak tahu nak cakap apa kot. 

"Kitaorang pun tak boleh nak buat apa apa. Tapi inshaallah kitaorang akan tolong kau" kata Farrah lalu tersenyum kearah ku begitu juga dengan yang lain.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now