BOOK1 IM_CHUBB MUALAF SERIES
Penat lelah seorang perempuan yang tidak begitu alim yang menjaga suami mualafnya.
ʕ••'ʔ
Bagi seorang gadis yang beragama Islam, pasti sahaja mahu mencari suami yang pandai mengaji, baik hati, kuat beragama, senang kat...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jimin yang sudah siap mandi itu melihat keadaan Aurelya yang sedang tidur sambil mengelap rambutnya. Selepas sahaja solat subuh tadi Aurelya terus melelapkan matanya tanpa berkata apa apa. Tadi pun Jimin mengejutkan Aurelya untok solat subuh punya lah liat nak bangun buat pertama kalinya.
Malam tadi ada juga dia mengiggil ketika sedang tidur dan juga riak wajahnya menunjukkan dia sedang takut. Jimin masih hairan dengan pelakuan Aurelya sejek sejak ini.
Jimin pun keluar dari bilik untuk pergi ke dapur.
"Eih Jimin awal bangun" sapa Nekngah sambil tersenyum. "tak de lah biasa je" kata Jimin malu malu. Dia pergi ke dapur hanya untuk melihat sarapan sarapan yang berada di atas meja itu. "Jimin tak sarapan sekali?" tanya Hairi apabila dia nampak yang Jimin hanya melihat makanan makanan tersebut.
"tak, nak tunggu Aurelya sekali" jawab Jimin lalu dia mengambil satu cawan untuk mengambil air. "Jimin nanti bagitahu Aurelya yang nanti ayah dengan ibu balik lepas sarapan ni" beritahu Yusuf yang sedang menjamu selera itu. Jimin mengangguk kecil. "Jimin pun rasanya balik dengan Aurelya hari ni jugak sebab papa ada cakap nak bincang pasal office" Jimin pula memberitahu pada mereka disitu.
"Jimin naik dulu lah nak tengok Aurelya jap" kata Jimin lalu dia mahu berjalan. "ha ya lah nanti panggil sekali Aurelya sarapan" pesan Nekngah pada Jimin.
"baik Nekngah"
Jimin pun berjalan naik untuk pergi ke biliknya. Dia juga terserempak dengan Makcik Ainaa tetapi Makcik Ainaa hanya menjeling. Tapi apa Jimin kisah?
Jimin membuka pintu biliknya itu dan dia terlihat Aurelya sedang duduk di atas katil dan kepalanya menunduk kemudian mukanya tidak kelihatan akibat tertutup oleh rambut.
Jimin memandang pelik. Dia masuk ke dalam bilik tersebut dengan perlahan sambil matanya tidak lepas memandang Aurelya. Setibanya dia duduk di atas katil dia masih lihat Aurelya yang tidak bergerak itu.
"sayang okay ?" tanya Jimin lembut. Setelah beberapa saat, Aurelya menaikkan kepalanya dengan perlahan dan Jimin menyapa pandangannya. Jimin lihat pada mata Aurelya yang bergelinang air mata. Jimin yang mahu memeluk Aurelya terus terberhenti apabila Aurelya berkata kata.
"is that really you?" kata Aurelya yang air matanya sudah mula turun. Jimin tanpa banyak soal terus memeluk Aurelya erat sanbil tangannya mengusap kepala isterinya itu. "kau buat aku risau Liya" kata Jimin lalu Aurelya memeluk erat Jimin. "Apa jadi? bagitahu aku" kata Jimin secara berbisik di telinga Aurelya.