BOOK1 IM_CHUBB MUALAF SERIES
Penat lelah seorang perempuan yang tidak begitu alim yang menjaga suami mualafnya.
ʕ••'ʔ
Bagi seorang gadis yang beragama Islam, pasti sahaja mahu mencari suami yang pandai mengaji, baik hati, kuat beragama, senang kat...
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
"Tak nak saya nak pergi kerja" kata Aurelya yang sudah terduduk di atas katil melihat Jimin sedang menggosok baju kerjanya. Bukan Aurelya tak nak buat, tetapi awal awal lagi dah dilarang Jimin.
"Jimin saya cakap dengan awak lah, saya nak pergi kerja. Buat apa je saya nak buat dekat dalam rumah ni" rengek Aurelya sekali lagi pada Jimin yang sedang membelakanginya itu. Apa yang dilihat hanya belakang badan Jimin yang masih tidak disarung apa apa. Jimin menggosok bajunya itu dengan hanya memakai selua slack berwarna hitam.
Jimin hanya meneruskan perbuatannya tadi dan menghiraukan kata kata Aurelya. Aurelya mencebik lalu membaringkan tubuhnya mengering kerana kepalanya terasa begitu berat. Dia memandang Jimin sekilas.
Pagi pagi Jimin memegang dahi dan juga leher Aurelya untuk merasa suhu badan Aurelya. Ternyata suhu badan Aurelya panas.
Aurelya memejamkan matanya kembali apabila matanya terasa bahang dan asyik mahu mengeluarkan air mata. Memang typical orang demam. Jimin yang sedang memakai kemejanya itu memandang Aurelya dan dia duduk di sebelah isterinya yang sakit itu.
"Are you okay?" tanya Jimin sedikit sebanyak berasa risau. Aurelya membuka matanya. "I'm not okay" kata Aurelya yang baru sahaja mahu bangun dari baringannya itu, Jimin sudah menolak kembali kepala Aurelya untuk baring semula. "Saya nak pergi keluar, saya nak kerja" kata Aurelya yang sudah rasa menyampah beribu kali dengan Jimin ni.
"Kau sedar atau tak sedar ataupun kau sedar tapi kau pura pura tak sedar yang kau ni demam?" tanya Jimin sarkastik. Aurelya menjeling Jimin lalu dia baring membelakangi Jimin. Jimin tersenyum kecil. "Cuba dengar cakap aku, kau duduk rumah diam diam. Rehat. Kau tu tenaga tak ada. Ubat dengan bubur aku dah masak dah tu ha atas meja belajar kau tu" beritahu Jimin lalu menunjukkan keberedaan meja tersebut.
"Tapi saya takut duduk rumah sorang sorang" kata Aurelya dan dia pun duduk dari baringannya itu. Jimin lihat di tubir mata Aurelya sudah berair. "Kalau saya duduk rumah, siapa nak teman saya? Saya nak awak. Saya nak awak teman saya." kata Aurelya yang air matanya sudah jatuh dari tubir matanya itu.
Jimin mengesat air mata Aurelya itu kemudian dia terketawa kecil. Aurelya mengerutkan dahinya. "Atototo nangis macam ni meh sini meh" kata Jimin dengan tawanya dan tanpa menunggu jawapan dari Aurelya dia terus menarik Aurelya dalam pelukannya.
"uish panas badan kau ni" Jimin mengeratkan lagi pelukan apabila Aurelya bergerak gerak untuk memperbetulkan posisinya itu. "Hari ni aku balik awal. Lepas je pergi Bumjeey company aku terus pergi Papa punya company" beritahu Jimin lalu dia bermain dengan rambut belakang Aurelya.