BOOK1 IM_CHUBB MUALAF SERIES
Penat lelah seorang perempuan yang tidak begitu alim yang menjaga suami mualafnya.
ʕ••'ʔ
Bagi seorang gadis yang beragama Islam, pasti sahaja mahu mencari suami yang pandai mengaji, baik hati, kuat beragama, senang kat...
К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
Jimin ketika itu sudah duduk di sebelah Aurelya yang sudah sedarkan diri daripada pengsan itu. Aurelya hanya duduk termenung melihat dinding di depannya.
"Aurelya kau okay tak ni?" tanya Farrah yang nampak sangat dia risau. Aurelya hanya mengangguk sambil tersenyum. "Memang aku dengan yang lain lain akan cari siapa yang berani pecah masuk rumah korang"kata Taeyong dengan muka bengisnya. Taeyong, Jaehyun, Namjoon, Hoseok, Seokjin dan Jungkook turut hadir disitu.
"Cuma aku fikir apa motif diaorang untuk buat semua ni?" tanya Namjoon dan ada daripada mereka mensetujui apa yang dia kata. "Kau tak nak cerita apa yang jadi?" tanya Eika yang sudah duduk di sofa. Well, Jimin memang suruh doktor doktor di situ menempatkan Aurelya di wad persendirian.
Aurelya melihat Jimin yang juga turut memandangnya itu.
flashback
Selepas sahaja Jimin keluar untuk pergi kerja, Aurelya membuat keputusan untuk melelapkan mata sebentar. Matanya daripada tadi mengeluarkan air membuatkan matanya tidak boleh dibuka dengan lama. Satu badannya terasa bahang walaupun aircond telah dibuka.
Setelah terasa lama melelapkan mata, Aurelya pun bagun dari baringannya. Walaupun masih terasa pening di kepalanya, dia terpaksa kerana mendapat notifikasi dari telefonnya bahawa telah masuk azan zuhur. Dia pada haritu uzur, maka dia tidak dapat melakukan solat.
Aurelya pun memandang meja yang terletaknya bubur dan ubat yang disediakan Jimin. Aurelya tersenyum tiba tiba. Ya lah siapa tak suka suami take care kan. Aurelya pun berdiri walaupun pada mulanya dia terpaksa berpaut pada katil. Dia secara perlahan menuju ke mangkuk berisi bubur itu. Dia tersenyum lagi.
"Jimin dengan perbuatan kecil awak je pun dah buat saya berdebar macam apa dah" kata Aurelya berseorangan. Dia pun mengangkat dulang itu untuk turun ke bawah, selepas dia mengikat rambutnya tinggi. Diletakkan dulang itu di meja di hadapan televisyen dan kemudian dia membuka suis tv dan dihidupkan.
Dia kemudian ternampak refleksi dirinya sementara menunggu tv tersebut dihidupkan. Daripada refleksi tersebut, dia terpeeasan seperti seseorang sedang berdiri di belakang sofa merenungnya. Dia pun berpusing ke belakang walaupun dia berasa sangat pelik. Dan apa yang dia lihat hanya lah sofa dan ruang dapurnya. Tiada apa apa langsung yang mencurigakan.
Dia pun berpusing kembali untuk melihat refleksi dirinya sekali lagi tetapi tv itu sudah dihidupkan. Aurelya hanya mengurut lemah pelipinya. Mungkin itu hanya lah khayalan darinya. Selepas dia melihat keadaan bubur tersebut, dia berfikir sesuatu.