Bab 10

864 56 6
                                    

"Fawaz!!" Airel Farhan laju berlari mendekati Fawaz yang berdiri di luar rumahnya. Tubuh lelaki itu didakap erat.

"An kau berat dho! Lepas!" Tubuh Airel Farhan ditolak kuat.

"Tahu-tahu je dah ada depan rumah." Airel Farhan mencebik.

"Ish buruklah." Muncungnya dicubit kuat oleh Fawaz.

"Kau datang sorang je ke?" Soal Airel Farhan. Kepalanya memandang sekeliling. Andrew yang menghantar Fawaz ke sini sudah terlebih dahulu masuk ke dalam rumah.

"Sorang jelah. Dah jom masuk. Aku mengantuk ni." Beg bagasi milik Fawaz diangkat oleh Airel Farhan lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

"Kau sampai bila kat sini?" Kelihatan Fawaz sudah terbaring di atas sofa.

"Seminggu dua? Kau balik bila?" Fawaz menoleh memandang Airel Farhan, kemudian memandang Andrew yang mendekati mereka.

"Lagi sebulan. Aku balik dengan kawan-kawan aku." Lalu Fawaz hanya mengangguk faham.

"An aku laparlah.. Kau tak ada masak ke?" Soal Andrew pula. Tangannya naik mengusap perutnya.

"Kau tak makan lagi ke?" Andrew menggeleng sahaja.

"Sekejaplah aku panaskan lebihan lauk tengah hari tadi." Andrew sudah tersengih lebar.

"Makwe kau mana, Andrew?" Soal Fawaz. Dia bangun dari baringannya dan duduk menghadap Andrew.

"Hari ni dia balik rumah keluarga dia." Fawaz mengangguk faham.

"Kau tak nak kahwin dengan dia ke?" Andrew tersenyum kecil mendengarkan soalan daripada Fawaz.

"Gila ke tak nak?" Dahi Fawaz berkerut kehairanan.

"Dah tu? Kahwin jelah." Dengan mudahnya dia meluncurkan ayat itu. Andrew memutarkan bola matanya kemudian memandang tepat ke arah mata Fawaz.

"Senangnya kau bercakap." Lalu Andrew menjeling Fawaz. Dia bangun dari duduknya dan melangkah menuju ke dapur.

"Kau masak apa je tadi?" Suara Andrew membuatkan Airel Farhan memusingkan tubuhnya memandang ke arah pintu dapur. Kelihatan Andrew yang sedang bersandar di pintu.

"Tadi aku masak kari ayam. Boleh tak?" Airel Farhan kembali menghadap stovenya. Lauk yang dipanaskan di dalam kuali itu dipindahkan ke dalam mangkuk.

"Tolong letakkan ni kat meja makan." Mangkuk yang dihulurkan pada Andrew bertukar tangan. Andrew menurut sahaja tanpa banyak bicara.

"Andrew tolong bawakan periuk nasi ke depan!" Arah Airel Farhan lagi. Andrew menurut sahaja. Periuk nasi didekati lalu suis dimatikan. Periuk diangkat lalu diletakkan di meja makan.

Tidak lama kemudian, Airel Farhan keluar dengan dua biji pinggan dan telur dadar lalu diletakkan di atas meja.

"Makanlah.. Waz makan." Fawaz dengan segera menghampiri mereka. Kerusi bersebelahan Andrew ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya di situ.

"Kau apa khabar sekarang, An?" Fawaz memandang wajah Airel Farhan. Mulutnya mengunyah nasi di dalam mulutnya.

"Alhamdulillah sihat je." Balasnya sambil kepalanya dianggukkan perlahan beberapa kali.

"Hati kau tu dah terubat ke?" Sekali lagi Fawaz menyoal.

Airel Farhan tersenyum manis lalu mengangguk kecil.

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now