Bab 23

566 42 0
                                    

Tok! Tok!

Irshah yang sedang duduk di birai katilnya laju memandang pintu yang baru sahaja diketuk dari luar. Tanpa menunggu lama, dia berjalan ke arah pintu bilik lalu tombol pintu diputar.

"Umi. Ada apa ni?" Sol Irshah. Wajah Datin Irnah dipandang dengan penuh tanda tanya.

"Ada tetamu untuk adik kat bawah. Nawfal namanya." Mendengarkan nama Nawfal, berkerut hairan dahi Irshah. Apa yang dimahukan lelaki itu sebenarnya?

"Thank you umi. Sekejap adik turun bawah." Datin Irnah mengangguk sahaja lalu meninggalkan Irshah. Irshah pula laju mengambil tudung sarungnya di dalam almari lalu disarungkan ke kepalanya.

Walaupun dia sedikit ragu-ragu dengan kedatangan Nawfal ke rumahnya, namun dia tetap berjalan menghampiri bekas kekasihnya itu yang sedang duduk di ruang tamu.

"Kenapa tiba-tiba datang rumah saya?" Tanpa basa-basi, Irshah laju menyerang Nawfal.

"Nak melawat pun tak boleh dah ke? I do care about you, sweetheart." Ujar Nawfal dengan mimik wajah yang dibuat-buat sedih. Meluat Irshah memandangnya.

"Demam ke? After two years baru nak kisahkan saya?" Sinis nada Irshah bertanya.

Baru sahaja Nawfal hendak membalas, Datin Irnah muncul dengan menatang dulang yang berisi dua cawan nescafe dan segelas susu.

"Adik, kenapa tak duduk?" Irshah tersengih kekok sebelum melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan uminya.

"Nama kamu Nawfal, ya?" Mendengarkan soalan Datin Irnah, Nawfal laju mengangguk.

"Kawan Irshah ke? Mak cik tak pernah tahu pun." Sekali lagi wanita separuh abad itu bertanya.

"Saya kawan lama Irshah, mak cik. Saya tinggal di Jepun dah lama. Mungkin sebab itu mak cik tak pernah nampak saya." Irshah laju memutarkan bebola matanya setelah mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Nawfal. Dasar hipokrit!

"Kenapa adik tak pernah cerita kat umi tentang Nawfal?" Kali ini, Irshah pula yang disoal selidik.

"Adik lupalah kot, umi. Kami kan dah lama tak jumpa." Ujar Irshah dalam nada menyindir. Matanya menjeling tajam wajah Nawfal yang sedang tersenyum padanya.

"Boleh pula macam tu, adik." Irshah hanya tersenyum nipis pada Datin Irnah. Biarlah hal dia dan Nawfal hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

°°°••°°°••°°°••°°°••°°°

"Farhan!"

Airel Farhan yang sedang termenung memandang ke luar dinding kaca restoran itu laju menoleh apabila namanya diseru.

"Ken." Airel Farhan tersenyum pada Ken. Kerusi berhadapan dengannya ditarik lalu diduduki oleh Ken.

"You're good?" Soalan Ken hanya dibalas dengan anggukan daripada Airel Farhan.

"Alright, then.." Setelah itu, keadaan mereka kembali senyap. Airel Farhan kembali memandang ke luar restoran, manakala Ken pula sibuk bermain telefonnya.

Ken tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh lelaki di hadapannya itu. Jika tidak, kenapa tiba-tiba sahaja Airel Farhan mengajak mereka semula pulang ke London lebih awal?

Flashback

"Have anybody seen Farhan?" Soalan Ben menarik perhatian mereka semua.

"He's going to the hospital. Isn't it?" Kali ini, Hanz pula yang menjawab. Matanya kembali fokus pada televisyen yang menayangkan drama melayu.

"Perhaps.." Kini, Ben juga turut menonton drama yang dipasang Hanz.

Beberapa minit berlalu, kedengaran bunyi pintu rumah dibuka dan membuatkan mereka semua menoleh memandang.

"Farhan!"

Baru sahaja Ben hendak berlari ke arah sahabatnya itu, tubuhnya ditahan oleh Ken. Ben memandang Ken yang menggeleng perlahan padanya.

Wajah Airel Farhan yang baru sahaja melepasi mereka itu dipandang lama.

Dingin.

Itulah aura yang dirasakan mereka ketika itu.

Airel Farhan dibiarkan sahaja berjalan menuju ke tingkat atas tanpa ada sesiapa yang bersuara.

"Should we just ignore it?" Soalan Ben memecah kesunyian mereka.

Malam menjengah, selesai makan malam, Airel Farhan duduk di ruang tamu bersama Puan Hasnah dan Encik Faliq.

"Ibu, ayah.. Abang minta maaf kalau benda yang abang nak sampaikan ni akan mengejutkan ibu dan ayah." Ujar Airel Farhan. Wajah hairan ibu dan ayahnya dipandang dengan penuh rasa bersalah.

"Abang nak cakap apa tu? Cakap je lah, nak." Kata Encik Faliq.

"Abang minta maaf tapi, abang nak balik London lusa."

Seperti yang dijangka, Puan Hasnah dan Encik Faliq terkejut dengan hal yang disampaikan.

"Kenapa cepat sangat nak balik? Abang kata cuti semester lama lagi." Airel Farhan hanya mampu tersenyum nipis. Soalan Encik Faliq dibiarkan tidak berjawab.

Dia juga masih keliru dengan perasaan dan emosinya tika ini.

°°°BERSAMBUNG°°°

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now