Chapter 1

2.3K 98 0
                                    

Awal pagi, bermulalah sesi persekolahan di tahun yang baru bagi Sekolah Berasrama Penuh Seri Setia. Sebuah permulaan baru juga bagi sekolah tersebut, terutama proses penerimaan pelajar baru dan juga pelajar yang akan menduduki SPM, STPM, serta PT3. Para pelajar juga telah kembali ke sekolah setelah bercuti panjang. Di kantin adalah tempat di mana para pelajar berkumpul dan berbual dengan rakan-rakan yang sudah sebulan tidak bertemu.

Terlihat empat orang gadis manis sedang berbual-bual di salah sebuah meja yang ada di kantin tersebut. Kelihatannya perbualan mereka sangat rancak sehingga tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang menghampiri mereka dengan perlahan-lahan. Remaja yang memiliki iris coklat cerah itu menghampiri keempat-empat orang sahabatnya yang masih tidak sedar akan kehadirannya di sana. Bibirnya yang berwarna merah muda itu hanya tersenyum geli apabila memikirkan niat untuk mengejutkan para sahabatnya itu. Tubuhnya yang tinggi normal dan sedikit berisi itu terlihat dibaluti dengan uniform pelajar sekolah menengah. Kulitnya putih bersih dan terlihat sangat halus sekali jika disentuh. Niat yang nakal telah tersusun di otaknya semenjak daripada awal lagi. Maka, hampir sahaja ia dengan para sahabatnya.. gadis itu langsung menyerbu para sahabatnya..

"ASSALAMMUALAIKUM!" Sapa sang pelajar dengan suara yang lantang.

"Wa..-Waalaikummussalam ya~ Habibi ya maulana!" Sahut salah seorang daripada sahabat gadis beriris coklat itu dengan gaya melatahnya.

Gadis yang beriris coklat, berbingkai kaca mata empat segi itu langsung tertawa geli sehingga menampakkan lesung pipitnya yang ada di sebelah pipi kirinya. Manakala gadis yang melatah tadi langsung mendelik ke arah sahabatnya yang masih belum berhenti ketawa tersebut. Tiga gadis yang lain juga turut terkejut sebenarnya, namun mereka berjaya mengawal rasa terkejut itu. Namun, mereka hampir ingin menyerang sang sahabat jika tidak berjaya mengatasi kemarahan mereka.

"Eira!!!!" Geram gadis yang melatah tadi.

"Hahahahaha..sorrylah Fatin~ Aku gurau jelah..Dah korang tu khusyuk sangat berbual! Sampai aku datang pun korang tak sedar~" Ujar sang pelajar yang dikenali sebagai Eira.

Gadis melatah yang bernama Fatin tadi hanya mendengus geram ke arah Eira. Fatin tahu bahawa sahabatnya yang seorang itu memang kuat mengusik sebenarnya. Selain daripada penampilan dan sikapnya, Eira boleh dikatakan sebagai gadis yang dikenali sebagai seorang yang ceria dan penuh semangat, namun berperibadi tertutup. Eira sebenarnya seorang yang tidak berapa suka bergaul dengan banyak orang sehingga ia sering dianggap dingin. Namun, itu hanya pandangan orang kerana sebenarnya Eira merupakan seorang yang ceria dan penyayang dan hal itu sangat diketahui oleh empat orang sahabatnya.

"Wehy~ kalau kitorang kena serangan jantung camne, hah!" Bentak salah seorang sahabat Eira yang memiliki iris hitam malam.

Eira mengalihkan pandangannya ke arah sang sahabat yang memiliki iris hitam tersebut. Gadis itu juga berkulit coklat karamel yang terlihat seperti terbakar cahaya matahari. Badannya kurus dan kecil serta gayanya juga agak kasar, namun dialah sahabat Eira sejak daripada kecil lagi. Rafia ataupun sering dipanggil Afi oleh Eira, walaupun sebenarnya tidak disukai oleh tuan punya nama sendiri. Eira hanya tersengih sahaja melihat sahabat semenjak kecilnya itu. Hanya Rafia sahajalah yang mahu menjadi sahabatnya semasa sekolah rendah dahulu. Dan kini ditambah dengan tiga orang sahabat yang sedia bersahabat dengannya sejak ia memasuki asrama tersebut. Eira memandang ke arah gadis manis yang masih marah akannya tadi. Fatin memang sahabat Eira yang sangat manis. Dia memiliki kulit putih susu dengan iris hitam yang berkilau. Orangnya kecil molek namun, sangat sensitif bila dipanggil dengan gelaran kecil mahupun pendek. Fatin juga merupakan orang yang sangat kuat agamanya dan ramai peminat di sekolah berasrama tersebut.

"Entah Eira ni! Kalau ye pun kau nak sapa orang..baik-baiklah sikit!" Ujar seorang sahabat Eira yang duduk di sebelah Rafia.

Dia adalah Kamilia, sahabat Eira yang sangat prihatin dan suka mendengar masalah orang. Hanya satu sahaja yang Eira tidak puas hati akan sahabatnya yang seorang ini. Kamilia atau sering dipanggil Kemy oleh Eira adalah seorang sahabat yang sangat petah dalam membungkam kata-kata pihak lawannya, terutama apabila Eira beradu mulut dengan Kemy, ia pasti akan selalu kalah. Biasanya, mereka akan beradu mulut apabila Eira memiliki masalah yang selalu dipendamnya sehingga dapat dihidu oleh Kemy. Kemy adalah sahabat yang sangat memahami segala jenis sikap Eira dan ia tahu bila Eira akan berbohong. Oleh kerana itulah Eira terkadang selalu tidak puas hati dengan Kemy yang selalu memahami dirinya ini lebih dari dia memahami dirinya sendiri. Namun, tidak dinafikan bahawa Eira begitu sayang akan sahabatnya yang satu ini. Kemy yang memiliki iris berwarna hitam, berkulit sawo matang, dan bertubuh tinggi seperti Eira serta agak berisi itu merupakan orang yang sangat bermakna bagi Eira.

Hantu Bilik Guru Disiplin!Where stories live. Discover now