Pada keesokan pagi, selesai sahaja solat subuh bersama dengan Skuad Saintis Muda di bilik operasi, Eira dan mereka semua duduk berkumpul di meja mesyuarat. Kelihatan Nisa sudah pulih daripada rasa keterkejutan semalam. Untung sahaja gadis itu tidak diserang demam panas semalam. Jika tidak, sudah pasti Eira yang akan kelelahan kerana menjaganya semalaman. Sedang Eira dan para sahabatnya berbincang akan kes mereka, Skuad Saintis Muda hanya melihat-lihat suasana bilik operasi Skuad Penyiasat Paranormal. Mereka agak takjub juga apabila melihat dekorasi dan susun atur ruangan bilik operasi tersebut.
"Okay! Sekarang kita beralih kepada hal yang semalam!" Ujar Eira.
"Ouh, sebelum tu.. make sure yang kita dah buat temujanji dengan Cikgu Amirul Syazmir!" Sampuk Rafia.
"Aku dah settlekan benda tu! Yang patut dirisaukan adalah.. kita boleh ke keluar petang ni?" Ujar Fiqah.
"Boleh! Kau ni.. aku dan Rafia yang sama-sama settlekan urusan keluar sekolah!" Ucap Kemy dengan nada bongkak.
"Dan aku dah selaraskan jadual kita!" Sampuk Fatin.
"Jadi time bila dan di mana kita akan bertemu Cikgu Syazmir ni?" Tanya Eira.
"Dalam pukul 4.30 petang di Cafe berdekatan dengan SMK Hulu Putra! Jadi kita akan ke sanalah!" Jawab Fiqah.
"Okay, cantik! Kalau macam tu.. aku akan pesan grab lebih kurang dalam pukul empat!" Ujar Eira.
"Baiklah ketua!" Sahut sahabat Eira.
"Kalau macam tu.. kita akan berbalik kepada hal semalam! Semalam Puan Hidayah ada kata kalau Tuan Zikri terlibat dalam dendam dia! Jadi, petunjuk dia dah jelas kalau suspek utama kes kita adalah pengetua sendiri! So, as leader kepada korang dan rakan sekolah kepada Skuad Saintis Muda.. aku harap korang boleh berwaspada terhadap dia!" Pesan Eira.
"Macam mana kau tahu kalau pengetua kita tu mencurigakan?" Tanya Nisa.
"Cara pandangan dia terhadap aku!" Jawab Eira.
"Maksudnya ketua?" Tanya Kemy.
"First time kita jumpa pengetua.. yang masa aku sakit tu, dia pandang aku semacam! Second semasa aku dengan Senior Harraz! Dia tak pandang orang lain selain aku! Cara tatapan dia sangat mengerikan, bahkan ada sekali tu.. dia senyum penuh makna pada aku! Selalu tawar aku untuk datang bilik dia! Aku jadi ragu dengan sikap dia tu! Padahal aku tak pernah berhadapan dengan dia sebelum ini! Tapi, rapat dia tu.. lain macam!" Jelas Eira.
"Dari tu kau syak pada dia?" Tanya Alyn.
"Tentu sahaja! Kes ni terlampau banyak misterinya! Kematian Puan Hidayah! Hubungan Puan Hidayah dan Tuan Zikri.. terlampau banyak hal yang tidak terselesaikan! Disebabkan itulah aku mula syak kalau tuan pengetua ada hubungannya dengan kes ini!" Jawab Eira.
"Wehy! Yang kau bagitau tentang kes kita pada dorang dah kenapa? Dorangkan musuh kita! Lagi-lagi yang suka hina kerja kita!" Bisik Fiqah.
"Sudah-sudahlah! Mereka pun dah terlibat sekali dalam kes ni! Jadi, untuk lebih berwaspada.. aku bagi mereka pesan agar berhati-hati!" Ucap Eira.
"Suka kaulah! Yang penting jangan cari pasal dengan kitorang sudahlah!" Sindir Kemy.
"A-aku.." Ucap Nisa dengan nada gugup.
"Ada apa?" Tanya Eira.
"A-aku nak minta maaf pada korang!" Ucap Nisa.
"K-ketua~" Seru sahabat Nisa dengan wajah yang tidak percaya akan kata-kata ketuanya itu.
"Aku tahu kalau selama ni aku buat salah pada korang, terutama pada Eira! Aku tuduh korang! Aku umpat korang! Hina korang! Pandang rendah pada korang! Aku tahu kalau aku salah! Apa yang dah jadi semalam buat aku sedar akan kesalahan aku! Aku tahu kesalahan aku agak sukar untuk dimaafkan! Tapi, aku mohon agar korang maafkan aku!" Pinta Nisa sambil tertunduk.

YOU ARE READING
Hantu Bilik Guru Disiplin!
ParanormalSeorang guru disiplin telahpun mati pada 2 tahun lalu! Namun, sekolah terasa dihantui.. Dalam tempoh itu juga bilik disiplin terpaksa dipindahkan kerana sesiapa sahaja yang memasuki bilik guru disiplin itu pasti akan mengalami gangguan! Maka, setela...