Chapter 29

757 48 5
                                    

Tubuh Harraz semakin dingin di pangkuan Eira. Darah juga tidak berhenti mengalir daripada luka tusukan yang diberikan oleh Fatin tadi. Fatin yang pingsan sedang ditangani oleh para sahabat. Kelihatannya gadis itu berada di bawah pengaruh pukau yang tentu sahaja dalangnya adalah Tuan Zikri sendiri. Buktinya, Tuan Zikri sedang tersenyum keji di tempat ia berada. Rafia berusaha segenap tenaga untuk menyedarkan Fatin daripada pengaruh pukau tersebut sambil dibantu oleh Fiqah dan Kemy yang menahan tubuh sang sahabat.

"Bismillahirrahmanirrahim.. dengan nama Allah lagi maha pemurah dan mengasihani! Rungkaikanlah sihir yang membelenggu sahabatku ini, Ya Allah! Bantulah hamba-Mu yang hina ini mengeluarkan sihir yang menghuni tubuh sahabatku! Dengan kalimat suci-Mu, keluarlah wahai iblis!!! ALLAHUAKBAR!!!" Lafaz Rafia lalu menghantam dada Fatin.

"HARRGGHHH!!!!" Teriak Fatin yang kesakitan.

"Ughhh... keluarlah iblis! ALLAHUAKBAR!" Erang Rafia yang kepayahan, begitu juga Fiqah dan Kemy yang sedang menahan tubuh Fatin daripada memberontak.

Fatin mengerang kesakitan yang amat semasa proses pengeluaran sihir tersebut. Tubuh Rafia juga menggeletar dengan sangat hebat. Inilah kali pertama ia menghadapi kekuatan sihir yang begitu kuat. Selama ini, Eira yang banyak mengatasi hal-hal ini dan dirinya hanyalah membantu Eira daripada samping sahaja. Tidak disangka bahawa tugas sebagai perantara adalah sesukar ini, bahkan ia sangat kagum dengan kesabaran Eira sebagai seorang perantara. Selang beberapa saat, Rafia menghantam lagi dada Fatin dan disertai raungan terakhir.. Fatin terkulai lemah di atas lantai. Tubuhnya sangat lelah pada saat ini dengan nafasnya yang tidak teratur sama sekali.

"D-dekat mana ni?" Tanya Fatin dalam keadaan lemah.

"Bilik guru disiplin!" Jawab Kemy.

"Apa yang dah berlaku?" Tanya Fatin dengan sangat cemas.

"Kau kena kuasa sihir! Tuan Zikri gunakan kau untuk tikam.. Eira! Tapi sebaliknya, Senior Harraz yang menampik serangan tu!" Jelas Fiqah.

"A-apa? I-itu tak mungkin!" Ujar Fatin dengan nada tidak percaya.

Fatin menoleh ke sana sini. Ia melihat bahawa di sudut kanan, tidak jauh darinya kelihatan Eira sedang menangis sambil memeluk Harraz. Sementara itu, Tuan Zikri masih berdiri dengan begitu angkuh dan terlihat senang dengan apa yang terjadi. Fatin melihat tangannya yang diselaputi oleh darah yang mula mengering. Sungguh mengerikan, bahkan gadis itu mula menyalahkan diri sendiri. Kemy cuba memujuk sang sahabat bahawa apa yang terjadi bukanlah salah Fatin sepenuhnya. Ia adalah angkara Tuan Zikri yang merasuk sang sahabat sehingga bertindak di luar kawalan. Suasana juga masih belum selamat sepenuhnya, bahkan apa yang berlaku sangatlah mendadak. Eira tidak tahu apa yang perlu ia lakukan lagi. Dirinya benar-benar terpukul dengan apa yang telah terjadi pada saat ini.

"Eira! Kita kena buat sesuatu!" Ucap Fiqah dengan sangat cemas.

"A-aku.. aku tak tahu nak buat apa!" Jawab Eira dengan tatapan kosong.

"Kau jangan jadi bodoh Eira! Kaulah harapan kami satu-satunya untuk kalahkan Tuan Zikri dan selesaikan semuanya! Kau ketua kami! Kau pemimpin dan harapan kami, Eira~" Ujar Kemy dengan nada sedih.

"T-tapi.. aku.. aku tak tahu nak buat apa! Aku buntu! Senior Harraz.. hiks.. hiks.." Tangis Eira.

Rafia yang melihat sahabatnya dalam keadaan kacau langsung bangkit daripada tempatnya berada. Wajah kotornya diseka dengan lengan baju sambil melangkah ke arah sang sahabat. Rafia melutut disebelah Eira yang masih memangku tubuh Harraz. Kelihatannya seniornya itu masih bernafas pada saat ini. Namun, keadaannya sangat lemah sehingga ia pingsan dipangkuan sang gadis. Rafia langsung memegang kedua belah bahu Eira dan memaksa sang sahabat menatapnya secara berhadapan.

Hantu Bilik Guru Disiplin!Where stories live. Discover now