🐾 Abang Zaidi

33.1K 304 107
                                    

"Sakit kepala lagi ke?" Abang Zaidi senyum pada aku. Aku senyum sambil menggeleng kepala. Yang lain semua pandang aku dengan pandangan mengusik. Baik Zaidah, Makcik Aminah, Pakcik Zainal, Zahid, Zukri, atau Zahin semua nak mengusik aku dengan Abang Zaidi. Entah apa yang mereka suka dengan aku agaknya, akupun tak pasti.

"Petang ni Ma dah nak ke rumah nenek. Jadi sapa nak ikut ni?" Makcik Aminah pandang tepat pada Abang Zaidi, seolah bagi isyarat yang dia wajib follow sama petang ni. Abang Zaidi hanya mengangguk.

Oh, lupa aku nak perkenalkan, Abang Zaidi ni berumur 22 tahun. Pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan elektrik di salah sebuah IPTA. Beza dengan aku cuma empat tahun lebih sahaja. Tapi macam yang aku beritahu sebelum ni, aku bukam jenis suka nak curang - curang dengan lelaki lain sebab aku dah ada Fazren. Lantaklah orang nak cakap cinta monyet tak kekal apalah tapi aku rasa memang hubungan kami serius. And yes, aku sayang Fazren. Dia cinta pertama aku. Aku yakin dia pun sayang aku juga.

"So, Ida dengan Chyra pergi esok ajelah ye Ma? Lagipun kitorang nak buat revision sikit malam ni." Makcik Aminah sekadar mengangguk. Dia pun faham kalau kami sibuk nak menghadapi SPM tahun ni.

Zaidah kenyit mata pada aku. Aku sengih tapi tutup mulut pakai tangan.

* * *

Elok je semua gerak ke rumah nenek yang cuma setengah jam dari rumah ini, aku dengan Zaidah happy terus pasang dvd cerita macam - macam. Sambil makan popcorn . Kemudian masing - masing buat hal sendiri layan telefon.

Zaidah tak pernah reveal siapa boyfriend dia walaupun kami ni kawan baik. Kenapa entah nak berahsia sangat. Seolah - olah macam aku nak sailang pulak. Tu yang buat aku sentap sikit tu. Sekarang aku rasa macam nekad je nak korek rahsia dari dia. Macam - macam caralah aku buat nak bagi Zaidah buka rahsia. Tapi Zaidah kental, tak mahu bocor.

Penyudahnya, aku pun ambil pendekatan tak mahu dedahkan siapa boyfriend aku. Fair enough, right? bukan hal besar pun anyway. No point though.

"Ida, kau tak pernah pun bagitahu aku siapa bf kau. Ni aku rasa macam nak kecik hati ni." Aku buat - buat merajuk. Zaidah kerut dahi.

"Apa kau merepek ni syaitan? Aku mana ada sesiapa."

"Habis tu ligat picit button tu mesej dengan siapa? Guard sekolah?" Aku masih tak berpuas hati. Zaidah cebik, kemudian ketawa.

"Kau pun sama je, tak pernah bagitahu aku siapa bf kau. Meh sini tunjuk aku dulu." Omel Zaidah. Aku sumbat telefon dalam bra sebelum Zaidah sempat mengapa - apakan aku.

"Wekk. Selagi kau tak bagitahu aku, jangan haraplah aku nak bagitahu kau." Aku gulung badan seperti tenggiling bagi mengelak dicekau Zaidah. Lama juga aku dengan Zaidah bergelut merampas telefon sesama sendiri sebelum telefon rumah tiba - tiba berbunyi. Kami berpandangan seketika.

Berlari - lari Zaidah dapatkan telefon tapi telefon bimbit dia tetap pegang kemas. Aku mendengus. Entah apa masalahnya perempuan ini. Hal lain boleh dia kongsi, tapi kalau melibatkan kekasih? Hm hm.

Aku sebenarnya tak kisah sangat kalau Zaidah nak rahsiakan boyfriend dia dari siapa - siapa sebab dia memang tak suka sangat orang sentuh bab peribadi dia. Not even her bestfriend. Tapi jenis aku kalau orang dah larang lagi aku insist nak tengok benda tu. Tu yang sampai bergelut jadinya tu.

FicklerWhere stories live. Discover now