H E R
M I S T A K EH I S
R E G R E T∽※∽※∽※∽
Rintihan disembunyikan , biar bisu terpendam sayu di lubuk hati yang paling dalam .
Mata meliar ke sekitar perkarangan hospital yang bakal didiami . Mungkin akan jadi rumah kekalnya .
Terguris hati namun tiada siapa yang sudi bersimpati .Dari kejauhan Elise melihat beberapa pesakit 'sepertinya' meluangkan masa di taman khas terbina buat mereka . Ada yang mengutil bunga-bungaan tidak kira ada yang bercakap sendirian . Setiap pesakit ditemani seorang jururawat disamping mereka .
Elise tertunduk , cuba menerima takdir yang seakan satu tamparan hebat ke wajahnya . Seluruh tubuh dingin bagai disimbah ais .
Jika dia diberitahu bahawa dirinya bakal dimasukkan ke tempat ini dua tahun lalu , pasti sahaja Elise ketawa . Langsung tidak terjangka dek akal warasnya bahawa dia akan menjejakkan kaki di tempat ini . Malah ,menjadi salah seorang pesakit di sini .
" ini bilik awak "
Terdongak Elise lantas matanya melirik pada daun pintu biliknya . Jururawat yang bersamanya memberikan beg pakaian semula pada ELise sebelum berlalu pergi .
Bersama hela berat Elise menguak pintu biliknya . Ruangan bilik itu tidak sebesar mana , hanya punya ruang untuk katil single serta almari pakaian . Sekurang-kurangnya , lebih baik dari penjara yang hanya dinding dan lantai simen .
" tutup pintu tu "
Kaku seluruh tubuhnya saat mendengar suara itu . Pantas Elise menoleh , terkesima apabila bertentang mata dengan Demerez yang bersahaja bersandar pada dinding biliknya .
Berkaca mata Elise disusuli getaran dibibirnya yang ingin menghambur segala esakan yang dipendam , dibisukan .
" t-this is your ... p-plan ? Patutlah ... rekod kesihatan I yang tak pernah wujud ... y-you behind all of this ? "
Demerez diam. Hanya merenung wajah ELise buat sesaat dua sebelum lelaki itu dengan sendiri menutup daun pintu .
Mata Demerez jatuh pada pergelangan tangan kiri ELise yang berbalut . Balutan yang tidak ditukar-tukar .
" sit on your bed " datar arahan Demerez namun cukup membuatkan amarah Elise meletuskan laharnya .
" stop it ! Stop demanding me like I'm your fuckin' doll ! " tengking Elise bersama linangan air mata yang membasahi wajah . Esakannya terlepas diselangi sendu kehibaan .
" I dah buat apa yang you nak ! Are you enjoy it ? Did I entertaint you enough ?! "
Selaran Elise menyentak Demerez .
Sedar-sedar sahaja pinggang ELise dirangkul erat dalam dakapannya .
YOU ARE READING
Her Mistake His Regret
Romance◇◆◇◆ BOOK 2.2 ◆◇◆◇ malay story| COMPLETE Highest rank : #7 in romance, 24 July 18 #9 ,23 July 18 #10 ,16 July 18 #11 ,13 July 18 #13 ,5 July 18 H...