PROLOG

5.8K 418 42
                                    

Bedebang!

Pinggan kaca yang tadinya tersusun kemas di rak, kini hancur berderai menjadi serpihan. Lantai sekitar dapur itu dipenuhi dengan deraian serpihan kaca yang bisa menghiris lapisan epidermis manusia.

Tanganku yang tadinya rancak menari-nari di papan kekunci terhenti statik tatkala bunyi deraian kaca itu menyapa gegendang telinga. Aku terus berlari keluar daripada bilik kerana syak sesuatu yang buruk berlaku antara ibu dan ayah.

Aku memerhati keadaan dengan berhati-hati. Sangkaan aku tepat sekali. Ayah dan ibu seolah-olah tidak lepas daripada cengkaman persengketaan. Hidup tanpa perbalahan seolah-olah tidak wujud dalam kamus hidupku. Amat susah bagi aku untuk melihat ibu dan ayah bersulam kasih seperti di awal perkahwinan mereka. Yang menjadi tatapan mata hanyalah pergaduhan tanpa henti. Penat, aku sudah letih hidup begini selama bertahun-tahun.

Bang!

Pintu rumah dihempas kuat seraya bayangan ayah menghilang dari pandangan. Wajah tidak bermaya ibu ditatap lama. Ya Allah, kau lapangkanlah dadanya daripada segala masalah.

Perlahan-lahan ibu berjalan menghampiri kawasan serpihan kaca itu berderai kerana bimbang kakinya terluka. Serpihan kaca itu dikutip satu per satu dengan daya yang sedikit.  Sayu hatiku melihat wanita itu tidak lepas daripada dibanjiri air mata.

"Ad.." suara serak basah ibu menyapa pendengaranku.

Aku pantas menyahut. Oleh kerana tidak mahu merumitkan keadaan baginya, aku terus menghulurkan tangan untuk menolong ibu mengutip serpihan kaca itu. Mulut aku dikunci kemas. Aku cuba memaksa diri untuk kekal tersenyum walaupun ianya hanyalah senyuman palsu yang diukir untuk menyenangkan hati orang tua itu.

"Dah makan? Nak ibu masakkan?" tanyanya seraya mengelap sisa air mata di pipi.

Pertanyaan ibu dibiar tergantung sepi. Serpihan kaca itu dibuang ke dalam tong sampah bersama-sama dengan perasaan sedih yang kian menambat hati.

"Kalau ibu penat, ibu pergilah rehat. Tak payah masak untuk orang tua tu. Buang tenaga ibu je," kataku, sempat memerli ayah kandungku sendiri.

Sungguh, aku tidak akan memaafkan ayah. Bininya saja diperlakukan seperti binatang. Diseksa sehingga puas. Perkahwinan atas dasar harta semata-mata tidak akan bahagia selamanya. Ibu dahulunya seorang wanita yang paling disegani. Tetapi, sejak ibu membina mahligai bersama ayah, hidupnya hancur. Bahkan maruahnya sebagai seorang isteri juga berterbangan disambar kejahilan si suami.

"Aku nak kau jadi pelacur. Sekurang-kurangnya kalau kau jadi pelacur dapatlah menampung hidup daripada duduk rumah goyang kaki."

Air mata aku bercucuran apabila ibu diheret ke pusat pelacuran. Mana mungkin ibu yang bertutup-litup itu mahu menggadaikan maruahnya dengan menjadi pelacur. Demi ayah, ibu sanggup meninggalkan segala kemewahannya. Demi ayah, ibu sanggup bergadai jiwa dan raga. Tapi mungkinkan semua itu bermakna di mata ayah? Tidak.

Aku tak akan sesekali memaafkan ayah. Never.

"Ibu.. Kita pindah jauh dari sini nak?" soalku setelah sekian lama mendiamkan diri.

Ibu yang daripada tadi hanya melayani perasaan agak terkejut dengan soalanku. Aku tahu dia takutkan sesuatu. Sudah tentu ianya encik suami.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now