BAB 31 : Makcik Syit

1.9K 209 5
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 31 : Makcik Syit


Selepas beberapa.

"Kau dekat mana?"

"Urmm.. somewhere. By the way, aku tak akan balik untuk beberapa hari, jangan tunggu aku." Panggilan serta-merta tamat sebaik sahaja Yazid menjawab pertanyaanku.

Aku melihat skrin telefon yang memaparkan durasi perbualan kami. Tidak sampai seminit pun. Aku memandang Faiqa di sebelah. Wajah polos gadis itu serba sedikit menghilangkan kegusaran di hati.

"Hari ni kau tak kerjakan? Nak lepak rumah aku tak?"

Langkah kami terhenti. Faiqa menoleh ke arah aku. "Kawan awak tak marah ke?"

"Dia tak balik rumah untuk beberapa hari."

"Ouhhh.. Kalau awak dah cakap macam tu, saya ikutkan ajelah."

Kami menukar arah untuk ke rumah aku. Selepas beberapa minit berjalan, kami akhirnya tiba di sebuah perhentian bas. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Sudah menjadi rutin kami untuk pulang lewat ke rumah masing-masing kerana sebaik sahaja sekolah tamat, Faiqa pasti mahu ke hospital untuk melawat Syafiq.

Kata Syafiq kecederaannya serba sedikit sembuh setiap kali 'mochi' kesayangannya datang melawat. Aku dan Iman pula ditinggalnya jauh-jauh.

Aku dan Faiqa menaiki sebuah bas awam yang baru sahaja tiba di perhentian. Dua buah tempat duduk di bahagian belakang menjadi port kami. Gadis itu kelihatan letih sekali lalu terlelap di bahu aku.

Bibir mengukir senyum. Tiba-tiba aku terfikirkan kejadian tempoh hari.

"Bila kau nak confess dekat dia weh?"

"Entahlah. Aku tak tahu macam mana nak confess dekat dia. Aku seganlah." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Syafiq mendengus kasar. "Apa punya jantanlah kau ni. Macam tu pun nak segan? Kata lelaki."

"Memanglah aku lelaki, tapi aku--"

"Dah dah. Sekarang ni aku nak tanya. Kau suka dia ke tak?"

Aku mengangguk.

"Kau sayang dia tak?"

Sekali lagi aku mengangguk.

"Kau cintakan dia?"

"Soalan jenis apa ni. Mestilah."

"Fight for her, then. Buang segala ego kau yang menggunung tu. Jangan sampai dia jatuh cinta dekat orang lain. Kau nak semua tu jadi? Dia tu pun manusia juga, punya perasaan. Kau sanggup tengok dia hidup macam ni sampai bila-bila?"

Aku pantas menggeleng.

Aku cintakan dia tapi ego aku mengatasi segala-galanya. Betul kata Iman, kasihan Faiqa kerana terpaksa hidup dalam keadaan begini selama-lamanya. Mahu suka orang lain, diri sudah berpunya persis seperti burung yang terperangkap dalam sangkar.

Aku akan mengaku, malam ini.

*******

Yazid menggeletar dalam keresahan. Telefon yang sering berdering meminta diangkat itu diletak jauh ke tepi. Beg pakaian yang dibawa setia berada dalam dakapan.

30+ miss calls from +016-xxx

Telefon yang diletak jauh itu dipungut semula. Dia berjalan menuju ke sesuatu tempat. Yazid menuju ke arah tong sampah yang kelihatan di sebuah kedai. Dia melihat sekeliling sebelum membuang telefon itu ke dalam tong sampah.

"Aku minta maaf, Farish."

*******

Aku meregangkan otot-otot yang terasa lenguh terutamanya di bahagian bahu. Sebaik sahaja tiba di kawasan perumahan aku, Faiqa perasan perubahan air muka aku lalu bersuara.

"Maaflah kalau kepala saya berat sangat. Sampai lenguh bahu awak dibuatnya," ujar Faiqa, serba salah.

"Tahu pun," kataku pula.

"Dahlah. Jom," ajakku.

Sebaik sahaja kami tiba di tingkat sepuluh dengan menaiki lif, kami bergerak menuju ke rumah. Alangkah malangnya aku terserempak dengan makcik sebelah rumah, makcik Syit. Sengaja aku panggil dia begitu. Nama sebenar, Masyitah.

"Amboi-amboi, apa nak jadilah budak zaman sekarang ni. Dah tak tahu hukum agama. Siap bawa perempuan masuk rumah lagi. Tak tahu malu betul," perli makcik Syit sebaik sahaja melihat Faiqa menemani aku di tepi.

Faiqa tercengang. "Ermm, makcik.. kami berdua--"

"Sayang, pedulikan orang tak betul ni. Kita buat hal kita je." Pinggang ramping milik gadis itu ditarik ke dalam dakapan, sekaligus menghentikan gadis itu menceritakan segalanya. Makcik Syit menyinga marahnya apabila dipanggil 'orang tak betul'.

Faiqa tergamam dengan perlakuan aku. Kedua-dua kami masuk ke dalam rumah dengan pantas. Sempat aku menjeling makcik Syit sampai tersengguk-sengguk kepala dia ingin melihat keadaan di dalam rumah aku.

"Budak tak guna. Hari-hari nak buat dosa je kerja. Memalukan mak bapak je laa." Suara mencaci kedengaran dari luar rumah. 

Dialah makcik bawang kawasan. Setiap yang aku buat mesti mendapat kritikan negatif daripada dia. Menyampah aku dibuatnya.

"Kenapa awak buat macam tu? Nanti dia salah faham," kata Faiqa bernada marah. Gadis itu berpeluk tubuh.

"Biarlah dia. Puas aku tengok dia sakit hati."

Aku tak puas. Aku bertambah sakit hati bila dia sentuh nama ibu bapa aku. Aku dah terbiasa dengan semua benda ni. Aku dah berjanji pada diri yang aku tak akan sentuh kaum hawa, walau semarah mana pun aku.

"Awak nak makan apa?"

"Apa-apa? Kenapa tanya?"

"Saya nak masak."

"Kau reti masak?"

"Retilaa. Awak pergilah mandi dulu. Lepastu makan," kata Faiqa seraya menghalau aku masuk ke bilik.

*******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now