BAB 34 : Lakonan Semata-mata

1.9K 200 11
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 34 : Lakonan Semata-mata

"Maaf sebab tumbuk kau."

"Takpe. Bukan salah kau."

Kami kembali mendiamkan diri semula. Faiqa yang duduk di tepi aku pula menjeling tajam Fazimi bagai mahu tembus sahaja.

"Kenapa tiba-tiba cari Iqa? Kenapa tak terus pulaukan Iqa macam yang lain buat?"

Fazimi benar-benar buntu dengan keadaan sekarang. Dia langsung tidak tahu menahu tentang panggilan Faiqa tempoh hari. Sejarah panggilannya juga mengatakan tiada panggilan daripada Faiqa diterima.

"Adik, please dengar penjelasan abang dulu."

"Iqa tak nak dengar dah. Mesti kakak dah hasut abang supaya jangan angkat telefon kan? Iqa tahulah, semua ahli keluarga kita benci Iqa."

Fazimi bingung. Bukannya dia tidak tahu tentang kerenggangan hubungan antara dua orang adik perempuannya itu. Faiqa dan Faiwa selalu bertengkar namun tidak pernah sekali Fazimi menyebelahi Faiwa. Dia begitu sayangkan Faiqa.

Tiba-tiba memori tempoh hari menjelma kembali di dalam kotak fikiran. Pada mulanya dia agak curiga dengan kehadiran Faiwa di dalam biliknya beberapa minggu yang lalu. Kini dia menemui penghujung kecurigaannya. Faiwa lah dalang di sebalik salah faham ini.

"Kalau dah tak ada apa nak cakap, kami pergi dulu. Abang dah buang masa kami dengan perbincangan tak berfaedah ni," ujar Faiqa sinis.

Aku memerhati suasana antara dua beradik itu. Dingin semacam. Sesekali aku menarik lengan Faiqa sedikit agar dia tidak bersikap kurang ajar terhadap Fazimi. Mencebik gadis itu dibuatnya.

"Err kitaorang dah lambat sangat ni. Nanti-nantilah ya kita sambung bincang." Aku meminta diri.

Belum sempat Fazimi berkata apa, Faiqa sudah menarik aku keluar dari kedai makan berdekatan kawasan perumahannya. Aku rasa serba salah apabila melihat jejaka itu langsung tidak berpeluang untuk menjelaskan keadaan.

"Kenapa kau cakap macam tu dekat dia?" soal aku sebaik sahaja kami berdua keluar dari situ.

Faiqa mendengus kasar. "Awak lupa ke betapa mengharapnya saya untuk dia angkat panggilan saya masa haritu? Sayangnya dia tolak panggilan macam tu je."

"Apa-apa pun dia tetap abang kau. Tak elok buat macam tu."

Faiqa mengecilkan matanya. "Sejak bila jadi budak baik ni? Tak sesuailah!"

"Jahat salah, baik pun salah. Apa yang kau nak?"

"Awak." Faiqa ketawa.

Aku terkesima. Sekelip mata saja angin dia berubah. "Budak ni..."

"Dahlah, jom kita pergi kerja. Dah lambat tau! Bos saya dahlah garang macam harimau. Silap hari bulan dia terkam saya, naya je!"

"Berani dia.."

*******

Fazimi pulang ke rumah dengan langkah yang hampa. Disangkakan pertemuan ini bakal seindah fantasi namun sangkaannya meleset sama sekali apabila menerima layanan teruk dari satu-satunya adik kesayangannya.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di ruang tamu, Faiwa bersuara sekadar menyapa dirinya. Amarahnya membuak-buak apabila teringat bahawa Faiwa dalang keretakan hubungan antara dia dan Faiqa.

"Jujur dengan aku dik."

"Apa dia?" soal Faiwa langsung tidak berpaling ke arah Fazimi. Pandangannya lebih tertumpu pada skrin televisyen.

"Kau ada padam panggilan Faiqa dekat telefon aku ke?"

Darah seakan-akan membeku secara tiba-tiba, mata terbuntang, jantung pula berdegup kencang menahan gementar. Faiwa kaku apabila terdengar pertanyaan yang diaju oleh Fazimi kepada dirinya.

Oleh kerana dia terlalu gementar segala rahsia akan bocor, dia terus memarahi Fazimi untuk mempertahankan dirinya.

"Abang jangan nak tuduh-tuduh eh. Orang tahulah abang tak suka orang, tapi tak perlulah tuduh macam-macam. Faiwa benci abang!"

"Kau--"

"Apa ni bising-bising?" soal Encik Fahmi serius.

"Tanyalah abang ni. Sikit-sikit nak salahkan orang macam orang ni dah tak ada kerja lain agaknya."

Faiwa terus melarikan diri dari situ. Biliknya menjadi destinasi utama untuk berkurung. Fazimi terkedu dengan sikap adiknya itu. Begitu hebat lakonan si dia sehingga ayah sanggup memarahinya pula.

"Lupakan budak tak guna tu. Abah tak akan maafkan kamu kalau kamu tuduh yang bukan-bukan dekat Faiwa semata-mata untuk bela budak tak guna tu. Faham?!"

Disebabkan tidak mahu membantah, dia hanya turutkan sahaja kata-kata ayahnya itu meskipun hati sudah bergelodak marah. Sungguh, Faiwa merupakan barah dalam keluarga. Sikap dengkinya membawa padah pada seluruh keluarga. Buktinya, keluarga mereka tidak lagi bahagia seperti dahulu.

*******

TBC

The shortest chapter ever.

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang