JBDA | 01✨

4K 130 55
                                    

Seorang gadis berpakaian pijama tidur kedudukan santai atas sofa di balkoni bilik utama sambil termenung jauh. Rambut blonde paras bahu yang dilepaskan, elok beralun lembut mengikut arah angin.

Kedudukan bilik utama tersebut terletak di tingkat dua banglo milik kepunyaan gadis berambut blonde, yang berada di negara Rome Italy. Suasana pada jam tiga pagi agak nyaman dan tenang tidak mengganggu ketenteraman, walaupun terasa sejuk sehingga ke tulang hitam. Sunyi sepi area banglo disebabkan ianya terletak agak jauh dari bandar utama.

Ooh, when your lips undress me, hooked on your tongue. Ooh, love, your kiss is deadly, don't stop! I love it when you call me señorita~. I wish I could pretend I didn't need ya~...

Lagu Señorita dendangan Camila Cabello dan Shawan Mendes berdering di handphone Oppo F9 menandakan bahawa panggil masuk. Keluhan dihela perlahan sebelum senyuman nipis diukir di bibir. Nama yang tertera pada skrin petak segi empat tepat nipis dipandang lama sebelum ibu jari slide ke atas untuk menjawab panggilan tersebut.

Papa💕 📞

"Hello? Assalamualaikum papa." Sapa gadis berambut blonde memulakan percakapan.

"Hello... Waalaikumussalam Lisa, anak papa." Balas satu suara lelaki yakni pasti papa si gadis di dalam talian, Tan Sri Tengku Ariff Anaqi.

"Kenapa papa call Lisa tengah-tengah malam ni?" Soal gadis yang digelar sebagai Lisa.

"Aik? Salah ke papa nak call anak papa ni?"

"Tak salah pun pa. Lisa tanya saja." Kata Lisa lalu menyilangkan kaki, peha kiri diatas peha kanan.

"Ya lah. Ni, papa nak tanya ni?" Suara Tan Sri Tengku Ariff Anaqi seperti ragu-ragu.

"Tanya sahaja lah pa."

"Kamu rasa, bila kamu nak balik Malaysia? Dah 3 tahun lebih ni, Lisa. Takkan kamu tak terasa nak balik lagi? Kami dekat sini rindu kamu. Kembar kamu tu, asyik merungut saja bila kamu nak balik. Tak rindu dia ke Lisa? Papa bukan nak paksa kamu, tapi-- kamu faham kan apa yang papa nak sampaikan? Papa tahu urusan kamu tu belum selesai, tapi cuba lah balik walaupun sekejap." Tan Sri Tengku Ariff Anaqi membuat nada sayu.

Lisa mengeluh. Serba salah dengan keputusannya apabila si bapa membuat ayat sedih.

"Lisa--- Lisa tak janji. Tapi Lisa akan cuba untuk balik." Gadis berambut blonde menggigit bibir perlahan.

"Kalau dah Lisa kata macam tu, papa nak buat macam mana kan? "

"Maaf papa." Lisa memejam mata, menutup iris biru kehijauan daripada memandang luar.

' Apa yang Lisa buat ni, tak setanding dengan apa yang papa dah lakukan di masa lepas! ' Hati Lisa menjerit geram.

"Tak apa lah, papa faham." Disebalik dalam talian, di Malaysia, Tan Sri Tengku Ariff Anaqi tersenyum manis.

' Papa faham? Heh, kalau papa faham, why masih korbankan masa lepas Lisa!'

Keluhan dihela perlahan sekali lagi dari bibir Lisa. Kelopak mata dibuka.

"Kat sana sekarang ni, tengah malam kan?"

"Haah, why papa?" Lisa mengerutkan dahi.

"You need to have enough sleep, Lisa! Pergi tidur sekarang. Jaga kesihatan kamu. Good night anak papa. Assalamualaikum."

"Ya lah, pa. Good night too papa. Waalaikumussalam!"

Jangan Bermain Dengan Aku (Mafia)!!! [ON GOING] [𝚂𝙻𝙾𝚆 𝚄𝙿𝙳𝙰𝚃𝙴]Where stories live. Discover now