JBDA | 11✨

1.6K 65 28
                                    

"Korang tengah buat apa ni? Nampak macam meriah saja ni. Berparti? Aku nak join sekali boleh?" Sinis kata-kata dilemparkan oleh gadis bermata hitam pekat, tengah-tengah mata pula mempunyai rose merah bercahaya. 

Lima orang jejaka dan tiga orang gadis berpaling ke arah susuk tubuh yang sedang bersandar pada dinding berdekatan mereka. Suara gadis tersebut amatlah sama seperti Nisa membuat tiga orang gadis daripada mereka mengucapkan syukur.

"Siapa kau? Kenapa kau masuk kawasan aku?!" Salah seorang lelaki daripada mereka bersuara kasar.

"Aku Axel, malaikat maut kau. Kawasan kau? Heh, untuk pengetahuan kau ini adalah sekolah aku. Semua benda dalam sekolah ni adalah milik aku." Tenang sahaja kata-kata tersebut keluar daripada gadis yang bergelar Axel.

"Malaikat maut konon. Tch, nak tipu pun beragak-agak lah! Sekolah ni milik keluarga TENGKU Anissa Agnese lah!" Ditekan perkataan tengku tersebut. Senyuman sinis tercarit pada wajah mereka.

"Oh, kisah pula aku?" Senyuman sinis turut menghiasi bibir di sebalik topeng mulut yang dipakai Axel. Kepala turut senget menurun sedikit ke sebelah kiri.

"Areeq, kau pergi settle dia!" Jejaka yang memakai tag nama Raef mengeluarkan arahan. Dia ketua dalam kalangan mereka mungkin?

Jejaka bergelar Areeq mengangguk kepala menerima arahan daripada ketua mereka. Bahu diurut-urut secara bergilir-gilir kiri dan kanan.

Time to fight bro?

"Senang sahaja ni. Heh!" Jari-jari dipatahkan dan liur diludah atas rumput bagi ingin menakutkan pihak lawan.

"Huh? Nak belasah aku ke? Tak gentle lah pukul perempuan. Oh lupa, korang kan bukan lelaki tapi sajat. Ups?" Kening Axel terjongket sebelah. Sengaja menuang minyak!

"Argh, kau memang babi! Kau fikir aku kisah ke kau lelaki ataupun perempuan? Heh, lansung tidak!" Kaki dibawa lari ke arah tempat gadis misteri berdiri.

"Aik? Aku baru cakap macam tu, dah panas?" Axel semakin seronok.

Satu tumbukkan dihalakan ke arah wajah Axel, tetapi Axel sempat mengelak dengan menunduk ke belakang. Tangan kiri Axel memegang erat lengan kanan Afeeq dihadapan mukanya daripada terlepas. Tanpa amaran kaki kanan Axel terangkat naik menyepak dagu Areeq dengan kuat!

"URGHH!"

Disepak pula dada Areeq dengan kuat sehingga badan mereka sedikit berjauhan. Semuanya berlaku dengan pantas! 

Peluang yang ada membuatkan Axel berdiri dengan selesa terlebih dahulu sebelum serangan seterusnya akan dilakukan. Lengan Areeq yang masih dipegang Axel dipulaskan ke belakang tanpa belas kasihan.

KRAK!

"ARRGGHHH!!!" Aidil Areeq menjerit kesakitan tanpa ditahan.

Tidak cukup dengan itu, belakang Areeq disepak kuat oleh Axel sehinggakan badan Areeq jatuh berjauhan beberapa meter.

"Next?" Tanpa nada, kepala Axel berpaling perlahan ke arah empat jejaka yang berbaki.

Raef berdecit kemarahan, manakala ketiga jejaka yang lain menelan liur dengan perit.

Baru nak menyesal ke? Separuh hati Axel berdetik sinis.

"Ameer, kau pula pergi." Raef memberi arahan kedua.

"Tak guna kau perempuan!" Seorang jejaka berambut hitam pekat datang menyerang Axel dari hadapan.

"Kau nampak aku ada belalai macam kau ke sampai kau buta jantina ni? Sudah terang lagi bersuluh bahawa aku ni pakai tudung, nak pergi jerit-jerit lagi yang aku ni perempuan." Axel menayangkan wajah mendatar.

Jangan Bermain Dengan Aku (Mafia)!!! [ON GOING] [𝚂𝙻𝙾𝚆 𝚄𝙿𝙳𝙰𝚃𝙴]Where stories live. Discover now