Bab 6

6K 205 13
                                    

"Assalamualaikum mama papa."ucap Marvin di luar pintu rumah

"Waalaikumussalam."balas Puan Maria

"Kenapa tiba - tiba balik sini?"soal Puan Maria

"Takdelah Marvin cuma nak bagi ni je."balas Marvin lalu mengeluarkan invitation card milik kakaknya

"Map dia ada dekat belakang tu. Pandai - pandailah mama uruskan. Tapi kalau boleh datanglah majlis kakak. Walaupun dia bukan lagi anak mama tapi dia tetap anak kandung mama yang mama, papa, abang and kak Nuha buang."sindir Marvin lalu beredar

Puan Maria melihat sampul surat itu lalu melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan terkesima dengan kata - kata anak bongsunya itu.

"Siapa tu Mar?"soal Encik Nadim

"Marvin."

"Nak apa dia datang sini?"

"Ni."

Ditunjukkan kad jemputan itu kepada suaminya.

"Awak nak pergi ke?"

"Naklah dia anak saya."balas Puan Maria lalu beredar meninggalkan suaminya

Encik Nadim menghela nafas.

Di dalam bilik, Encik Nadim melihat isterinya yang sudah bersiap memakai baju kurung beserta shawl berwarna biru senada dengan baju.

"Abang siap lah. Majlis dia petang ni. Dah lah buat dekat Melaka."tutur Puan Maria

Dalam hatinya gembira kerana anak perempuannya bakal berkahwin.

"Mama dengan papa nak pergi mana?"soal Nuha dan Muiz yang baru balik dari IOI City Mall

"Melaka."itu sahaja jawapan Encik Nadim

"Buat apa?"soal Nuha

"Nura nikah petang ni. Mama nak tengok."tutur Puan Maria

"Nuha nak ikut."ujar Nuha lalu menuju ke biliknya untuk menukar pakaian

"Muiz pun nak ikut."tuturnya

............

"Kak Myra, Nura tak nak inai ni sarat sangat tau."tutur Nura sambil mata menghadap ke tangannya yang sedang di conteng oleh Amyra

"Akak tau lah Nura. Kamu tak suka yang over - over macam ni. Don't worry. I will make sure that you will love with this design."tutur Amyra

"Cantiknya kak."puji Nura ikhlas

"Mestilah cantik. Kamu punya kulit pun cantik, sesuai sangat."balas Amyra

"Eleh, kak Mira ni yang nak puji budak tak tau asal usul ni buat apa. Bukannya ada faedah pun."sinis sekali kata - kata Anisa

"Eh, Nisa kau blah. Kau jangan nak kacau member aku."halau Edriana

Anisa menghentak kakinya lalu beredar.

"Dah lek lek je. Tunggu inai kering lepastu basuh. Karang dah siap get ready mak andam sampai."terang Edriana lalu beredar menyediakan baju seluruh ahli keluarga mereka

Baju kesemuanya mendapat sponsor dari butik Ayna's Couture.

Hampir 3 jam Nura duk terperuk di dalam bilik. Dia keluar untuk membasuh inai di tangannya.

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now