Bab 33

4.3K 159 6
                                    

Setelah hampir seminggu di Bidor, mereka sekeluarga akan pulang ke Melaka untuk menguruskan hal Puan Asmah serta anaknya. Selain itu, Puan Alia mahu melihat cucu perempuannya. Pantang Nura masih lagi berbaki seminggu sebelum tamat.

"Hati - hati bawa kereta tu."pesan Muiz sambil menepuk bahu adik iparnya lembut.

"Baik."balas Aliff sambil tersenyum nipis. Kemudian, dia membuka pintu kereta bahagian belakang buat Nura yang sedang menyalami tangan kesemua ahli keluarga sambil memangku si kecil yang sedang lena di dakapan sang ibu.

Sebaik sahaja Nura menyalami tangan mereka semua, Nura bergerak menuju ke arah kereta dan masuk ke dalam perut kereta. Aliff pantas menutup pintu kereta.

Muiz membuka pintu kereta buat Deniel. Deniel terus memboloskan diri ke dalam kereta, pintu kereta ditutup oleh Muiz. Deniel membuka tingkap kereta dan melambai kearah ahli keluarga lain.

Aliff yang selesai berbual bersama Tok Tahir terus memboloskan diri ke dalam kereta, tingkap bahagiannya dibuka untuk dia mengangkat tangan.

"Bawa kereta elok - elok, Aliff. Biar lambat asal selamat."pesan opah

"Baik opah. Kami pergi dulu ye. Assalamualaikum."ucap Aliff sebelum pedal minyak ditekan perlahan. Hon ditekan sedikit perlahan sebagai tanda.

..............

Hampir 6 jam memandu, akhirnya mereka sampai di Kampung Paya Datok, Melaka. Sesekali mata Aliff melirik ke arah cermin pandang belakang untuk melihat si isteri dan si kecil. Tersenyum nipis Aliff melihat isterinya yang tidur pulas bersama si kecil. Deniel di sebelah sudah lama tidur sejak keluar dari negeri Perak lagi.

Masuk sahaja ke kawasan perkarangan rumah Puan Alia, Aliff terus sahaja memperlahankan kenderaannya kerana kawasan halaman rumah ibunya itu berbatu. Aliff memparkirkan kenderaannya di tempat yang sedikit redup, walaupun sudah agak petang panas mentari masih lagi terasa bahang. Dia pantas keluar dari kereta dan menuju ke rumah ibunya. Pintu rumah tertutup rapat, kereta milik ayahnya juga tiada.

"Assalamualaikum ibu."ucap Aliff sambil mengetuk pintu rumah.

Sepi.

"Assalamualaikum ibu."

Sepi. Tiada jawapan seperti tadi.

Aliff segera mengeluarkan Iphonenya dari poket seluar. Nombor ibunya didail.

"Assalamualaikum ibu."

"..."

"Aliff dekat depan rumah ni."

"..."

"Hah ye lah. Aliff tunggu."

"..."

"Okey. Waalaikumussalam."

Panggilan ditamatkan oleh Aliff. Dia melangkah semula ke arah kereta dan masuk ke dalam kereta. Ibu bapanya berada di pekan Alor Gajah kerana membeli barang dapur. Sementara menunggu ibu bapanya pulang, Aliff melelapkan matanya sebentar. Sebelum itu, pintu kereta dikuncinya sebagai langkah berjaga - jaga.

.....

"Ma."panggil Nuha sebaik sahaja dia melangkah menuju ke dapur di mana Puan Maria berada.

"Hmm nak apa?"soal Puan Maria sebaik sahaja dia melihat wajah anak perempuannya.

"Dua minggu lagi Nuha nak nikah."balasnya sambil duduk di kerusi yang tersedia di ruang dapur.

"Kamu ada duit ke? Mama papa takde duit."

"Pasal tu tak yah fikir sangatlah. Tahu lah Nuha dengan Mirul nak uruskan macam mana. Cuma Nuha nak mama ajak Nura datang majlis nikah and sanding."jawab Nura sedikit tinggi.

"Cuba cakap dengan mama tu elok sikit. Kamu ingat kami ni adik - adik kamu ke?"tegas Encik Nadim berkata. Dia yang ingin melangkah ke dapur terus sahaja menegur cara anaknya bercakap dengan isterinya

Nuha menjelingkan matanya sebaik terlihat wajah papanya. Tangannya di silangkan ke dada. Terus sahaja dia melangkah masuk ke dalam meninggalkan  ibu bapanya di dapur.

"Kenapa dia sibuk nak ajak Nura?"soal Encik Nadim pada Puan Maria. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Mana lah saya tau. Awak ingat saya jaga anak awak tu 24 jam ke?"jawab Puan Maria endah tak endah.

"Bukan ke awak dengan Nuha tak suka dengan Nura. Jadi buat apa awak nak ajak dia datang majlis kahwin Nuha."ujar Encik Nadim sambil matanya memandang ke arah isterinya.

Kelihatan Puan Maria terkulat - kulat mencari jawapan yang munasabah.

"Entah lah. Jangan tanya saya. Dah lah saya nak masuk."terus sahaja dia beredar meninggalkan suaminya di dapur.

.....

"Ya Allah, comelnya cucu ibu ni."puji Puan Alia sambil menggomol pipi si kecil itu.

Encik Iman tersenyum gembira melihat cucu perempuannya.

"Apa nama baby ni Nura, Aliff?"soal Encik Iman.

"Nur Arfa Imani Marina Shah. Panggil dia Arfa."jawab Nura lembut sambil tersengih.

"Amboi, sedapnya nama cucu nenek ni."ujar Puan Alia sambil mengendong bayi kecil itu. Sesekali terbuka juga matanya. Ada kalanya bayi itu tersenyum kecil walaupun matanya terkatup.

"Kamu ada sini sampai bila?"soal Encik Iman matanya melorot ke arah Deniel yang tertidur pulas di atas toto yang dibentang oleh Puan Alia.

"Sampai kes saman tu selesai yah. Lepastu saya balik KL tapi Nura dekat sini lagi lah saya nak dia berpantang dengan betul."terang Aliff.

Encik Iman mengangguk tanda faham. Dia sudah puas memujuk anaknya agar menarik saman itu, tetapi anaknya tetap tidak mahu. Masih lagi dengan pendiriannya mahu menyaman Puan Asmah dan Anissa.

"Hmm, biar lah Nura habiskan pantang dia tu dekat sini. Takut nanti dekat sana takde siapa pulak yang nak jaga dia. Lagipun mak long kamu pun sibuk dengan persatuan dia tu kan. Takut nanti ada pulak dia angkut anak bini kamu pergi mesyuarat persatuan dia tu."panjang berjela Encik Iman bertutur. Sempat juga dia mengenakan kakak iparnya.

Aliff hanya tertawa dengan ayat akhir ayahnya itu.

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now