bab 38

4.3K 122 8
                                    

"You memang tak nak tolong I ke apa ni?"marah Nuha. Turun naik dadanya menahan amarah. Matanya mencerlung tajam memandang suaminya.

Dia berang kerana Amirul telah menggagalkan rancangan jahatnya. Penat - penat sahaja dia ingin mengenakan kakaknya tapi suaminya boleh datang menolong Nura pula.

Flashback

Hampir seminggu dia berdiam diri kerana memberi masa pada kakaknya. Dia menyuruh beberapa orang lelaki untuk memerhati gerak - geri kakaknya dia tidak dapat melaksanakan rancangannya kerana kakaknya selalu keluar bersama suaminya atau bodyguard yang diupah oleh Aliff.

"Bos, perempuan tu keluar sorang je bos."kata salah seorang orang suruhannya.

"Laki dia bodyguard dia tak ada ikut dia ke?"soal Nuha di hujung talian.

"Tak ada bos. Perempuan tu drive sendiri je bos. Anak - anak dia pun tak ada yang ikut."ujar lelaki itu lagi di corong telefon.

"Hmm, kau ikut dia. Lepastu inform aku. Nanti aku bagitahu kau apa yang kau kena buat."tutur Nuha lalu menamatkan panggilan.

Hampir 15 minit dia menunggu jawapan dari orang suruhannya, telefon milik Nuha berbunyi.

Bos, dia pergi market bos. Nak buat apa dengan dia ni?

Nura tersenyum sinis. Membayangkan apa yang akan dia lakukan terhadap kakak kembarnya.

"Nura, Nura... Kau tengok apa yang akan jadi nanti."katanya sambil tergelak seorang diri.

Dia menaip mesej pada orang suruhannya.

Langgar perempuan tu sampai mati.

Send. Kemudian, dia beredar keluar dari bilik setelah meletak telefonnya di meja sisi katil.

Selang beberapa minit, Amirul masuk ke dalam bilik untuk mengambil briefcasenya sebelum terdengar telefon isterinya berbunyi. Dicapai telefon itu tanpa rasa bersalah, dibuka telefon itu dan apps whatsApp menjadi pilihannya. Nama dibahagian atas di tekan.

Okey bos. Bos anggap je kerja tu beres. Confirm perempuan tu innalillah nanti bos.

Amirul menggenggam telefon itu erat. Geram dengan isterinya. Cepat sahaja dia meletak telefon itu di tempat asal sebelum beredar keluar. Turun sahaja ditingkat bawah, dia menonong beredar keluar dari rumah. Keretanya dituju, sebaik sahaja keretanya dihidupkan terus sahaja dia memecut keretanya laju pergi ke market yang Nura pergi.

Nasibnya amat baik apabila jalan tidak sesak. Dia memakirkan keretanya selang tiga buah dari kereta milik kakak iparnya. Dia hanya memerhati langkah Nura yang menolak troli menuju ke arah kereta. Matanya juga mengerling ke arah sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam yang berada tidak jauh dari kereta Nura.

Apabila Nura ingin melintas jalan, kereta itu dengan laju meluncur ke arah Nura. Belum sempat kereta itu ingin melanggar Nura, tubuh Nura ditarik dengan agak pantas.

"Ab...bang"terus sahaja Nura mendakap erat tubuh suaminya. Aliff turut membalas pelukan si isteri, jelas degupan jantung isterinya yang berdegup laju.

"Are you okey, sayang?"soal Aliff penuh kerisauan. Tubuh isterinya di belek.

Nura menggangguk. Amirul di sisi Aliff hanya memerhati. Nasib tidak jadi apa - apa pada Nura.

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now