Bab 46

4.1K 120 30
                                    

Sewaktu makan malam Aliff berselera menjamah makanan yang di masak oleh isterinya. Nura memasak nasi briyani kambing, itu pun atas arahan Aliff yang mahu makan. Ayam turut di goreng buat Deniel dan juga Arfa.

"Sedap sayang masak nasi briyani."puji Aliff.

Membahang muka Nura.

"Ala bang. Biasa je lah, mana ada sedap sangat. Ni pun last minute Nura buka google tengok resepi. Nasib bahan - bahan ada dekat rumah kalau tak."kata Nura seakan bebel pada suaminya.

Aliff tergelak.

"Iye, sayang. Sedap sayang masak tahu. Tengok abang makan dah berapa kali tambah dah. Silap hari bulan memang abang gemuk."ujarnya.

"Habis selama ni saya masak tak sedap eh?"soal Nura sengaja.

"Tak lah. Sedap je. Cuma kali sedap dia berkali - kali ganda."ujar Aliff.

"Mommy, Den dah kenyang."kata Deniel usai sahaja menghabiskan saki baki nasi di dalam pinggan.

"Good boy Den."kata Aliff.

"Bibik, tolong kemaskan meja makan ye."kata Nura.

"Baik Datin."sahut bibik.

Mereka sekeluarga bangun sebelum menapak ke arah ruang tamu. Nura meletakkan Arfa di bawah, biar si kecil itu berjalan perlahan - lahan.

Mereka sekeluarga duduk, di ruang tamu menonton Netflix. Tetapi malangnya bila si anak merengek mahu menonton kartun Boboiboy The Movie 2. Aliff dengan pasrah membuka cerita itu. Anak - anak leka duduk menonton filem itu.

Aliff melabuhkan punggung di sisi isterinya. Rambut sang isteri di lurut dengan jari.

"Abang ni kenapa?"pelik Nura sikap suaminya malam ini.

"Tak ada apa lah."

"Dato' Datin. Encik Muiz datang."kata bibik yang muncul di ruang tamu. Terus sahaja suami isteri itu memalingkan pandangan mereka pada bibik.

Kelibat Muiz menyapa pandangan mereka berdua. Tersenyum mereka.

"Bro, meh lah sini duduk."ajak Aliff. Terus sahaja Muiz duduk di salah satu sofa di ruangan itu.

"Ada apa datang ni?"soal Nura.

"Nak ajak Nura balik rumah mama papa."kata Muiz sambil tersenyum.

Terkejut Nura dibuatnya.

"Balik?"

"Haah. Mama dengan papa ada benda nak bincang."kata Muiz lagi.

"Pergi lah sayang."kata Aliff tiba - tiba.

"Tapi anak - anak?"soal Nura.

"Abang ada."jawab Aliff.

"Eh, kau ikut sekali."kata Muiz.

"Oh iye eh."kata Aliff lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kalau macam tu bibik boleh jaga anak - anak."senang sahaja jawapan yang diberikan oleh Aliff.

"Hmm, baik lah."putus Nura.

"Ni abang datang malam - malam macam ni, dah makan ke?"soal Nura.

"Belum lagi."

"Belum. Meh lah makan sini. Nura ada buat nasi briyani kambing."ajak Nura. Dia bingkas bangun perlahan - lahan. Perutnya yang besar itu membuatkan pergerakannya agak terbatas.

Aliff membantu isterinya berjalan ke dapur. Sempat di panggil abang iparnya itu untuk ke dapur.

......

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now