Bab 48

4.6K 131 6
                                    

Hampir 5 jam menunggu, akhirnya Doktor 'Aisyah keluar dari bilik bedah. Mask yang menutup separuh wajahnya di tarik ke bawah. Aliff yang nampak kelibat Doktor 'Aisyah terus sahaja bangun dari kerusi sebelum menuju ke arah doktor tersebut.

"Macam mana dengan wife saya?"soalnya cemas

"Alhamdulillah Datin selamat. Cuma –"

Mereka yang mahu mengucapkan rasa syukur itu terus sahaja memandang tepat ke arah Doktor 'Aisyah.

"Cuma apa doktor?"soal Aliff risau.

"Cuma saya ada satu berita baik dan dua berita kurang baik."katanya perlahan.

"Apa dia doktor? Ada apa - apa yang jadi dekat menantu saya ke?"soal Puan Alia tidak sabar.

"Datin selamat melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan. Kami minta maaf tidak dapat menyelamatkan bayi perempuan kerana jantung bayi terhenti sewaktu di keluarkan. Bayi lelaki Dato' pula selamat cuma keadaannya yang kurang berat dan lahir tak cukup bulan. Dia bakal ditempatkan di N.I.C.U buat sementara waktu untuk pemantauan lanjut."ujar Doktor 'Aisyah panjang lebar.

"Allahuakhbar."mengucap Aliff dibuatnya. Dia kehilangan salah seorang cahaya mata yang ditunggu - tunggu selama ini. Terduduk Aliff dibuatnya.

Mereka yang lain menekup mulut tanda terkejut dengan berita itu. Muiz dan Marvin segera mendapatkan Aliff yang terduduk itu.

"Bang. Sabar bang."pujuk Marvin sebaik mendudukkan Aliff di kerusi.

Teresak - esak Aliff menangis. Jika dia sedih begini isterinya itu lagi lah beribu kali sedih dengan kehilangan anak mereka buat kali kedua.

Puan Alia memeluk tubuh suaminya. Sedih dengan nasib anak dan menantunya. Datin Alia pula duduk di sisi Edriana dengan wajah tertunduk ke bawah. Puan Maria pula sudah teresak - esak menangis mengenangkan nasib si anak.

"Abang ni salah saya."kata Puan Maria. Dia sedang dipujuk oleh Encik Nadim.

"Shhh, tak. Ni bukan salah siapa - siapa. Allah sayang dia, sebab tu Dia ambil cucu kita."pujuk Encik Nadim.

.......

Aliff memandang sayu  nurse yang menolak inkubator anaknya ke ruangan N.I.C.U. Luluh hatinya melihat keadaan anaknya seperti itu, belum lagi dia melihat sang isteri.

"Jenazah anak kamu macam mana Aliff?"soal Datin Adria.

"Aliff nak kebumikan dia dekat Melaka."katanya perlahan.

"Marvin nanti tolong bagitahu orang Perak ye. Abang takut terkejar - kejar pula nanti."tuturnya sambil memandang tepat ke arah adik iparnya itu.

Marvin hanya mengangguk.

"Ibu dengan ayah, papa mama. Boleh lah balik Melaka dulu. Nanti Aliff gerak balik sana dengan mertua Aliff."katanya.

Mereka yang lain hanya mengangguk.

Usai sahaja mereka sekeluarga pulang, dia berjalan menuju ke ruangan N.I.C.U. Dia mahu melihat dan mengazankan anak lelakinya itu. Setelah itu, dia mahu menguruskan jenazah anak perempuannya pula.

Kecil sungguh tubuh anak lelakinya ini. Beratnya ialah 2.5 kilogram sahaja. Tubuh kecil itu didakap sekejap sebelum dia mengazankan bayi itu.

"Dato'. Dah ke?"soal salah seorang nurse yang ditugaskan menjaga bayi di ruangan itu.

"Dah."kata Aliff sebelum menyerahkan bayi itu kepada nurse di situ.

.....

Hampir dua minggu pemergian anak perempuannya itu. Nura masih lagi dalam mood berpantang. Dapat juga dia melihat wajah anak perempuannya itu buat kali yang terakhir sebelum dikebumikan. Nura tidak dapat turut serta ke Melaka kerana dia di tahan di wad ketika itu.

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now