HGS 28|Bab 28 - Aku dah jumpa dia!

14.2K 1K 133
                                    

Pencarianku sekian lama
ditentukan manis oleh Tuhan

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

Kuala Lumpur (2010)

Saat aku mencelikkan mata, kesakitan rasa begitu mencengkam. Umpama kawat duri yang meliliti tubuh, mencucuk-cucuk segenap inci kulit. Hakikatnya, tubuhku kini berselirat dek wayar dan tiub yang melekat di tulang empat kerat.

Aku mengerang.

Tanpa aku sedari, ada seorang jururawat turut berada di dalam bilik yang aku diami.

Berpinar-pinar pandanganku meneliti sekeliling. Bilik yang begitu asing.

Sejuk. Dingin.

Begitu menggigit, menusuk sehingga ke tulang hitam.

"Cik. Alhamdulillah cik dah bangun."

"Ibu... Ibu..." lirihku tiba-tiba. Entah kenapa, figura itu yang mahu aku tatap sebaik aku celikkan mata.

"Tenang, cik. Tenang dulu." Suara jururawat berkumandang sayu.

"Ibu saya mana..."

Jururawat tadi spontan tersenyap. Dia tunduk seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

Mana ibu?

Terakhir kali, aku masih ingat yang ibu ada di sisi.

Ya, ibu marah. Terlampau marah.

Dia menghalang aku dari...

"Kawan saya? Mun! Mun mana, nurse?" Nadaku terangkat sebaik teringatkan sesuatu.

Bukan aku dan ibu sahaja, tapi ada Mun sekali. Jadi, mana dia? Mana semua orang pergi?

"Cik, cik bawa bersabar..."

Tiba-tiba pintu terbuka dan muncul seorang doktor wanita lengkap berkot putih masuk ke dalam bilik.

"Doktor!"

Tergesa-gesa, nurse menghampiri doktor lantas membisikkan sesuatu. Sukar aku dengari perbualan mereka lantaran jurang yang terlalu jauh.

Doktor mengangguk sedikit sebelum menghampiri.

"Cik, saya periksa cik dahulu ya..."

Lenganku dicapai.

"Doktor, mana ibu dan kawan saya? Kawan saya, Mun. Mana dia doktor? Mana ibu saya?" soalku, masih lemah.

Doktor cuma diam dan memandangku penuh simpati.

Bibit-bibit air mataku mula mahu menampakkan diri.

Aku hairan, kenapa semua orang seperti mahu mengelak dari menjawab soalanku.

Kenapa?!

Perlahan-lahan doktor menggeleng lemah.

"Maafkan saya. Ibu cik, Puan Noraini dan rakan cik, Munirah kami tak dapat selamatkan."

Dummm!

Bagai halilintar, guntur berdendum dalam pekung dada. Ranap hati mencerna bait-bait ujaran tadi.

Apa maksud doktor yang mereka tak dapat diselamatkan?

Tumpah jua air mataku. Parah.

Pedih mencengkam ulu hati.

Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now