Chapter 1

530 19 0
                                    

"Aku ceraikan kau dengan talak satu!"

Jatuh berguguran air mata si Laily mendengar kan lafaz talak oleh suami tercintaya Nazief. Penat dia selama ini berkorban namun hanya dipandang hina sahaja. Semuanya berakhir begitu.

"Baiklah kalau itu yang kau nak kau jaga Nadjwa dan aku akan jaga Diyanah dan Annur. Itu jer yang aku nak dari kau!"pinta Laily sebelum dia berlalu membawa anak² nya pergi. Entah kemana dia kan pergi pun tak tau.

.........

Pintu rumah Cik B diketuk lemah oleh Laily yang nyata keletihan. Ini sahaja jalan yang tinggal tak ada cara lain lagi.

Pintu itu terkuak.

Seelok itu Laily segera melutut di hadapan Cik B bersaksikan Darwis yang terpinga. "Tolong aku.."

"Tolong apa Laily?"soal Cik B masih biasa.

"Jagakan anak² aku. Aku tak mampu.."

"Insyallah boleh!"jawab Darwis

Itulah kali terakhir Laily menatap wajah anak² nya kemudian dia pun pergi membawa diri. Tinggallah mereka dua beradik di bawah jagaan Cik B dan Darwis. Yang lebih ingin menjaga hanyalah Darwis tak untuk Cik B. Mereka sendiri punya dua orang anak iaitu Hanie dan Amiera. Sementelah Darwis menghilang Annur dan Diyanah dilayan teruk oleh Cik B.

.........

12 tahun berlalu...

"Annur tolong ke kedai belikan santan. Cepat!!" arah Hanie sambil menonton tv di ruang tamu. Itu lah padahnya punya kakak tiri sekejam Hanie dan adik tiri senakal Amiera. Yang dia punya hanya seorang kakak kandung Diyanah.

"Duit?"soal Annur. Suruh beli barang duit tak bagi.

"Tak ada. Hutang dengan pekedai itu!"marah si Hanie bingkas bangun. Annur mengeluh. Mana pernah dia ke kedai dan membeli barang dengan duit semuanya hutang.

Kaki diatur berjalan menuju ke kedai runcit pantas. Sampai sahaja terus di cari wajah Pak Ardy tuan kedai. Tepat sekali dia sedang berada di mesin santan tersebut.

"Pak Ardy santan seringgit."beritahu Annur dengan lembut.

Lekas sahaja tangan menyediakan barang yang dipinta Annur. Santan diisi di dalam plastik kecil yang tidak berikat. Annur berpusing untuk ke kaunter namun....

Splash!!

Semua isi santan itu habis terkena baju seorang lelaki yang turut ada disitu. Annur memandang ke arah lelaki itu dan pandangan mereka bertemu.

Uish... tajamnya!

Lelaki itu hanya kelihatan biasa tanpa riak menuju ke kaunter. Cermin matanya dibuka kerana ada terkena santan tadi. Annur terpaku... matanya!

Annur yang terleka merenung mata lelaki itu kaget apabila dia membalas pandangan mata. Lelaki itu berlalu di sebelahnya dan menghilang. Pak Ardy datang menghampiri bersama plastik santan baru di tangan.

"Hutang ye."

"Lelaki tadi dah tolong bayarkan..." balas Pak Ardy dengan senyuman. Annur berlalu dengan rasa risau tak terkata. Aku berhutang dengan dia!

Tapi siapa dia?

...........

Sesudah menghantar plastik santan itu ke rumah Annur pun memboloskan diri ke semak samun bagi merehatkan minda. Dia masih terbayangkan tajam nya pandangan mata lelaki tadi. Boleh membunuh nampaknya!

Tiba² ada sebiji buat epal entah dari mana terkena kepala Annur kuat. Menjerit kecil dia dibuatnya. Siapa juga lah nak pedajal dia ni?!

Baru Annur mahu membalingnya semula muncul lelaki tadi membuatkan dia hilang kata. Sekarang lelaki tadi memandangnya nak tembus. Annur terdiam kaku tak bergerak. Aish...

"Tolong bagi balik epal itu."

Annur memandang epal ditangan dan dihulurkan kepada lelaki itu dan menyambutnya. "Awak ini siapa? Tak pernah pun saya nampak sebelum ini."

Lelaki itu menjawab" Saya ini Amidiy. Anak ketua kampung ini Tok Nazief. Maaflah ganggu."

Annur senyum simpul. Amidiy..... Rasa dah jatuh cinta mendengar namanya. Sedarlah dari mimpi Annur!

"Saya minta diri dulu ye."

Amidiy pun pergi menghilang sebelum sempat Annur bersuara membuatkan dia agak terkilan. Tak apalah yang pasti dia tahu nama. Kakak, Annur dah jatuh cinta! Cinta pandang pertama!

.............

Annur menepuk lembut bahu Diyanah yang baru saja mahu melelapkan mata. Terjaga terus kakak nya itu. Apa lagilah si Annur ini, esok sekolah!

"Kak, tahu tak tentang anak Tok Nazief yang lelaki itu. Umur dia berapa eh agaknya?"soal Annur yang mendatangkan kerut seribu Diyanah. Merepek apa adiknya ini.

"Kau sihat tak dik! Anak dia seorang jer tau yang perempuan itu. Mana pula Annur dia ada anak lain. Jangan nak merepek. Tidur!"Diyanah menafikan nya dan kembali ingin tidur. Nadjwa anak pada Tok Nazief itu bila pula ada abang ke adik ini.

"Tak kak ada... Namanya Amidiy! Esok Annur janji tunjuk kat akak."yakin Annur berkata. Dia pasti akak nya akan terkejut esok. Dia pun berbaring dan berharap bermimpikan sang panahan itu!

Oh panahan!! Izinkan aku mimpikan kau!

Panahan DimatamuWhere stories live. Discover now