Chapter 17

84 7 1
                                    

Annur melabuhkan duduknya di atas sofa sambil mengelap air matanya yang masih bersisa. Amidiy sudah dibawa berehat atas arahan doktor sendiri.

"Saya telah buat pemeriksaan, Encik Amidiy memang disahkan buta tapi itu bukanlah kekal selamanya. Untuk operation saya kurang nasihatkan sebab takut bertambah serius." Bagaikan terngiang kata kata doktor sebentar tadi.

Phone dicapai dari dalam beg tangan untuk menelefon Diyanah. Itu sajalah tempat yang ada bagi Annur mengadu kala ini.

Panggilan bersambung oleh Diyanah dan mereka saling bertukar memberi salam. Annur cuba menahan tangis supaya tidak didengari kakaknya. "Kak.. Annur ada berita nak kata."

"Apa dia Annur? Kenapa macam sedih jer?"

"Midiy kan kak, sekarang dia buta sepenuhnya. Tak tahulah lepas ini apa jadi. Annur sedih kak." Entah macam manalah dia mahu berdepan dengan anak anak yang masih di tadika.

"Buta! Masyaallah Annur. Habis sekarang Amidiy macam mana?" Nyata Diyanah sedang kerisauan melihat keadaan adiknya itu.

"Entahlah kak. Cadangnya lepas ini Annur yang gantikan dia kat pejabat. Anak anak mungkin hantar rumah pengasuh. Tapi Midiy sendiri tak ada siapa yang tengokkan." Annur telah berbincang perkara ini dengan Amidiy tadi.

Diyanah mengeluh sedikit dan membalas. "Macam nilah sebulan dua ini Annur cuti biasakan Amidiy itu. Rasanya nanti dia boleh sendiri kut. Insyaallah."

"Yelah kak. Annur minta diri dulu. Assalamualaikum." Annur mematikan talian setelah mendengar salam mereka bersambut. Dia menyandarkan badan di kusyen dengan tangan di kepala.

Tidak lama kemudian dia pun berdiri semula melihatkan jam sudah menunjukkan pukul 2. Dia perlu mengambil Ikmal dan Fatini pulang dari tadika. Mulai hari ini dia perlu kuat menjalani hidupnya demi Amidiy.

..........

Beberapa bulan telah berlalu mereka hidup tidak lagi dihiasi tawa malah duka setiap hari. Kini Annur kena bekerja hingga ke malam mengantikan Amidiy di pejabat. Ikmal dan Fatini di hantar ke rumah pengasuh selepas waktu sekolah. Semenjak itu mereka terikut ikut perangai kanak kanak lain di sana. Amidiy pula perlu dibawa berjumpa doktor sebulan sekali.

Annur pulang dari pejabat pada lewat malam, terkejut melihat keadaan rumahnya yang bak tongkang pecah. Pinggan mangkuk berterabur di dapur manakala ruang tamu dipenuhi dengan pakaian. Ikmal dan Fatini pula bermain air di dalam bilik air menaikkan amarah Annur.

"Ikmal, Fatini! Sini cepat!"jerit Annur dari ruang tamu. Lengan baju telah disinsing hingga ke siku.

"Ye umi." Ikmal dan Fatini tegak berdiri di hadapan Annur dengan keadaan basah kuyup. Wajah tidak bersalah ditayangkan.

"Apa semua ini? Umi kan dah kata jangan nak sepahkan rumah bila umi tak ada. Ini apa baju kotor atas sofa? Pinggan mangkuk merata tempat. Umi penatlah kerja. Hish!" Annur memarahi Ikmal dan Fatini semahunya.

"Tadi main fashion show."jawab Fatini.

"Fashion show apa benda bersepah rumah macam ini? Kemas balik kalau tak siap!" Annur berlalu ke bilik meninggalkan anak anaknya di situ. Setibanya di bilik Amidiy sedang berbaring membelakanginya di katil.

Dia merapati katil dan menarik selimut yang menutup separuh tubuh Amidiy. Lelaki itu terkejut lantas duduk dengan tangan meraba raba di sekelilingnya.

"Sini abang. Annur dah balik. Apa abang buat seharian ini hah? Annur ingat betullah abang boleh jaga diaorang rupanya tak pun. Rumah kita ini bersepah kalah reban tau tak!" Annur meninggikan suaranya kepada Amidiy.

"Abang tertidur tadi. Sekejap jer diaorang ada depan abang lepas itu abang tak tahu." Amidiy menjawab perlahan.

"Tak tahu konon. Itu lah jawapan abang yer."

.......

Hari ini merupakan hari minggu dimana Annur ada dirumah melayan karenah Ikmal dan Fatini yang berbagai. Amidiy pula sama sibuk di ruang tamu bertanya itu dan ini berkenaan siaran tv sekarang. Annur bersusah payah melipat pakaian tetapi Ikmal dengan semudah kacang menyepahkannya.

Tiba tiba telefon Annur berdering minta diangkat. Itu merupakan panggilan daripada seorang staf di pejabat yang memintanya ke sana sekarang. Katanya ada klien dari luar negara mahu bertemu nya secepat mungkin.

"Ini umi nak pergi kerja sekejap. Jaga rumah tau Ikmal Fatini. Malam nanti baru balik. Lapar makan lah apa ada kat dapur itu."pesan Annur pada anak anaknya sambil ke hulu hilir mencari kunci kereta.

"Sayang nak kemana?"soal Amidiy.

"Annur ada urgent meeting dengan klien ini. Abang jangan biarkan diaorang ini keluar. Saya tahu abang tak nampak tapi tolonglah ye." Annur menyalami tangan Amidiy selintas. Dikucup lembut pipi kedua anaknya.

"Tapi abang dulu kerja juga. Tak adalah sampai macam ini. Abang dulu pun jaga anak, tolong sayang masak." Amidiy seakan tak mahu kalah dengan jawapan Annur itu. Annur menggeleng.

"Yelah tapi abang pernah ada ke isteri yang buta?" Annur bertanya sinis sebelum berlalu meninggalkan mereka anak beranak. Amidiy terdiam mendengarnya. Dia akui Annur telah jauh berubah.

Sebab abang ke Annur berubah?

........

Panahan Dimatamuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن