Chapter 26

84 5 0
                                    

Seperti biasa Annur keluar membawa Ikmal dan Fatini bersiar siar mencuci mata di mall. Dari pagi sampai ke petang tiga beranak itu sakan bergembira di sana. Ini lah pun Annur baru nak bermesra dengan anak anaknya. Sedang dia ralit memerhatikan Ikmal dan Fatini bermain tiba tiba datang seseorang di sebelahnya.

Syakir.

Annur mengigit bibirnya kerana sedikit terkejut dengan kehadiran Syakir di situ. Apa yang dia nak jawab pada anak anak nanti kalau ditanya siapa Syakir.

"Apa awak buat kat sini?"soal Annur langsung tak memandang ke arah Syakir. Susah dia ingin membuat keputusan sekarang. Dia masih isteri orang tapi dah menabur harapan pada si bujang ini.

"Saja. Nak temankan awak." Perlahan ayat itu meniti di hujung bibirnya sebelum tersenyum. Entah kenapa, Annur lebih selesa dengan Syakir dari bertentang mata dengan Amidiy yang dinginnya beku.

Waktu itu Ikmal dan Fatini berlari mendapatkan Annur semula kerana tertarik dengan Syakir. Annur menyuruh mereka menyalami tangan lelaki itu. "Siapa ini umi? Mana abi? " Bagaikan peluru soalan itu menembak Annur. Ailah Ikmal pandai sangat.

Syakir hanya diam.

Dia faham situasi sebenar apa yang terjadi antara dia dan Annur. "Uncle nama Syakir. Kawan umi." Pantas lagi Syakir memperkenalkan dirinya. Kenapa lelaki itu tak terkejut pun bagaikan sudah tahu status Annur.

"Jom kita pergi makan. Ada benda saya nak bagitahu."ajak Annur memandangkan perutnya pun dah dahsyat berkeroncong. Rasanya dia perlu berterus terang. Nak tunggu Syakir bertumbuk dulu dengan Amidiy baru nak cakap ke?

Mereka pergi ke restoran berdekatan atas pilihan si kecil berdua itu. Annur duduk menghadap Syakir sementara Ikmal di sebelah lelaki itu dan Fatini duduk bersama uminya. Makanan dipesan kerana masing masing dah kebuluran.

"Awak sebenarnya saya..."

"Isteri orang."putus Syakir lebih awal. Kalau Annur jadi dia pun tak semestinya direka isteri orang. Boleh jadi ibu tunggal juga. Mesti ada sesuatu yang disorokkan.

"Mana awak tau?" Annur berlagak biasa.

"Saya dah jumpa sendiri dengan suami awak. Dia kata awak isteri dia. Bila saya jumpa awak dengan anak anak pula itu membuktikan that is true." Tenang saja jawapan Syakir namun cukup mengejutkan Annur. Amidiy ini demam apa mengaku dia isteri pula dah.

Pesanan sampai ke meja telah mematikan ayat Annur yang marah dengan sikap Amidiy sekarang. Berdalih dalih. Kejap macam ini karang lain. Annur membiarkan Ikmal dan Fatini makan terlebih dulu. Rasanya dia masih mempunyai perhitungan dengan Syakir.

Annur tak keberatan rasanya menceritakan hal dia dengan Amidiy demi satu kebenaran. "Saya dah terpisah dengan dia dan anak anak tiga tahun lepas. Saya tak sangka dia mengaku saya masih isteri dia. Sedangkan depan saya dia buat macam tak kenal."

"May be dia nak dipujuk."

Pujuk. Ada benarnya kata Syakir yang Amidiy dambakan perhatian Annur. Bukannya dia yang menegur Annur dulu. Memang tersirat sangat perasaan yang disimpan Amidiy. Complicated!

Syakir meminta diri untuk ke tandas meninggalkan Annur dan anak anak saja. Annur mengambil peluang untuk menyuap makanan ke mulutnya. Mujurlah anak anak berdiam dan membiarkan saja perbualan mereka tadi. Lama Syakir tak juga kembali semula menggusarkan Annur. Tanpa diduga muncul Amidiy menarik kerusi di hadapan Annur.

"Abang?"

"Balik Annur. Jom!" Umpama arahan keras diberi kepada Annur yang terpinga pinga. Amidiy menarik tangan Annur dan anak anak beredar dari situ. Tergopoh gapah Annur mencapai beg tangannya. Memang makin gila Amidiy!

Tak berani Annur mahu menjawab lebih apabila wajah tegang Amidiy dilihatnya. Semakin hari dia makin tak faham dengan perangai Amidiy yang tak tetap. Runsing jadinya.

...........

Imbas kembali.

Syakir keluar dari salah satu tandas dan menerpa ke singki untuk membasuh tangan. Dia meraup mukanya sebagai memberi ketenangan. Jauh di sudut hatinya dia sedikit kecewa dengan kenyataan Annur dah berkahwin. Tapi apa boleh buat.

Sekelip mata ada sesuatu menarik tangannya ke belakang dan tubuhnya ditolak ke dinding. Aduh! Melalui ekor mata dia tahu itu adalah Amidiy. Terima jer lah nasib kau Syakir, cari pasal lagi dengan bini orang kan?

"Aku tak nak kau kacau Annur lagi. She's mine!"

"Is it means that is a warning?"tanya Syakir sambil dihiasi gelak sinisnya. Sengaja nak menyakitkan hati Amidiy seperti mana yang Annur rasa. Baru sekarang nak mengaku kenyataan itu ke?

"Yes. Because she is my wife!" Terasa seperti Amidiy menguatkan tolakan Syakir ke dinding. Bengang dia orang memandang enteng dengan arahannya. Amidiy seperti sedikit terleka sampaikan Syakir berjaya terlepas.

"Baru sekarang kau nak mengaku ke? Yang kau buat dia macam tunggul itu kenapa? Nak tunggu dia hilang kali kedua ke?" Terkesima Amidiy. Bagaimana Syakir boleh tahu?

Teragak agak Amidiy bertanya. "Kau tahu, macam mana?"

"Cara kau layan dia pun aku dah tau. Hargai dia sebelum kau hilang dia selama lamanya. Sayang dia baik baik."nasihat Syakir melalui pengalaman nya yang sebenar. Kerana kesilapan sendiri dia juga pernah rasa kehilangan.

Amidiy tertunduk sedikit segan dengan nasihat yang diberi Syakir. Mungkin betul dia tak sepatutnya terus mengharapkan kata mula dari Annur. "Terima kasih,..."

"Syakir."

"Oh Amidiy!"

Bergaduh sudah akhirnya berbaik dengan salam perkenalan kedua duanya. Dah lama rasanya Amidiy mengikuti aktiviti Annur sejak dua menjak ini cuma dia tak yakin saja. Sekarang waktunya dia perlu kembali pada Annur.

..........

Malam itu Annur merehatkan diri di balkoni yang khas untuk bilik tidurnya. Anak anak sudah tertidur maka tinggallah dia yang masih berjaga walau sudah larut malam. Matanya tak mampu tertutup dek masalah dunianya yang berbagai.

Annur merasakan ada sepasang tangan menguncinya di dinding balkoni itu. Annur terbau satu haruman yang tak asing baginya. Seram sejuk! Merinding bulu romanya tika itu.

Sebaik saja dia berpusing sebuah dada bidang menghalang langkahnya. Bila dia melihat wajah itu jantungnya gugur.

"Arrgggh!"jerit Annur.

........

Panahan DimatamuWhere stories live. Discover now