Amalan Utama Hari Tasyrik

9 0 0
                                        

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Utama Hari Tasyrik

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْء

Dari Ibnu 'Abbas RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidak ada amal yang lebih utama pada hari-hari (tasyriq) ini selain berkorban." Para sahabat berkata, "Tidak juga jihad?" Baginda menjawab: "Tidak juga jihad. Kecuali seseorang yang keluar dari rumahnya dengan mengorbankan diri dan hartanya (di jalan Allah), lalu dia tidak kembali lagi." (HR Bukhari No: 916) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadah Korban adalah amalan yang lebih utama dilaksanakan oleh seorang Muslim pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) setiap tahun.

2.  Amalan Jihad dengan mengorbankan diri dan harta di jalan Allah antara yg boleh menandingi ibadat korban seorang muslim.

3.  Ibadah Korban pada musim hari raya Aidil Adha menuntut pengorbanan kesenangan dan keselesaan demi melaksanakan ketaatan kepada Allah termasuk kerja dakwah dan segala amal soleh.

Berusahalah kita dengan bersungguh-sungguh dan berkorban untuk sentiasa taat kepada perintah Allah.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

23hb Ogos 2018
11hb Zulhijjah 1439

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

...Where stories live. Discover now