Bersama Dengan Orang Yang Dicintai

61 1 0
                                        

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersama Dengan Orang Yang Dicintai

عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Dari Abu Wa'il dari Abdullah dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda: "Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya." (HR Bukhari No: 5702) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang "mencintai" seseorang akan sentiasa bersama dengan orang yang "dicintai".

2. Ibnu Hajar menjelaskan: sesungguhnya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta, sentiasa akan didekatkan dengan orang yang dicintai malah kita akan termasuk dalam golongan yang dicintai.

3. Orang yang cinta kepada Rasulullah SAW - ia akan tetap dapat bersama Rasulullah SAW memasuki Syurga walaupun tingkatan syurganya berbeza (Fathul Bari, 10: 555).

Cinta kepada Rasulullah SAW dengan sentiasa mencontohi, mengikuti dan mentaati perintah dan larangan akan menatijahkan kecintaan Rasulullah SAW kepada kita walaupun kita tidak pernah menemui baginda.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

26hb Ogos 2018
14hb Zulhijjah 1439

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

...Where stories live. Discover now