PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pengadu Domba Tidak Masuk Syurga
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Dari Hudzaifah RA berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba'." (HR Muslim No: 151) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu memperlihatkan akhlak mulia dan saling mengasihi.
2. Muslim dilarang menjadi pengadu domba, penghasut dan berperanan mencerai beraikan hubungan ukhuwah sesama Muslim.
3. Tidak akan masuk syurga orang yang menjadi pemfitnah dan pengadu domba.
Jadilah kita orang yang menyembunyikan aib saudaranya, bukan pengadu domba. Berusahalah mengeratkan hubungan ukhuwah sesama kita.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor13hb Oktober 2018
04hb Safar 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
