PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jauhi Berdengki, Marah dan Memutuskan Ukhuwah
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَقَاطَعُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Dari Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian saling berdengki, saling marah, dan jangan pula saling memutuskan hubungan satu sama lain. Tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara." (HR Muslim No: 4642) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim kita dilarang saling berdengki sesama Muslim
2. Elakkan dari berkelahi dan memarahi sesama Muslim.
3. Muslim juga dilarang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.
4. Berusahalah menjaga ukhuwah sesama Muslim kerana orang Mukmin itu bersaudara.
5. Sifat dengki dan tidak boleh mengawal marah yang ada pada seseorang menjadi penyebab putusnya hubungan ukhuwah dan silaturrahim.
Marilah bersifat RAHMAH dengan mengelakkan diri dari saling berdengki, suka marah-marah serta memutuskan hubungan ukhuwah.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor15hb November 2018
07hb Rabiul Awal 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
