PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Cara Membalas Kebaikan Orang Lain
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ.
Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sesungguhnya ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sesungguhnya ia telah kufur (tidak mengenang budi).” (HR. Abu Daud No: 4179) Status: Hadis Hasan.
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya membalas kebaikan yang diberikan oleh orang lain.
2. Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain:
a. Membalas pemberian tersebut dengan sebaiknya
b. Memuji kebaikan atau pemberian orang tersebut
c. Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut
d. Mendoakan orang tersebut
Balaslah kebaikan serta pemberian orang lain dengan sebaiknya.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor10hb Januari 2019
04hb Jamadil Awal 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
