1 ;

4.7K 509 78
                                    

20 April 2013

Kim Deu Rim

"Secret agent? Dee gila ?!" Terkeluar anak tekak Kim Taehyung saat adiknya menyatakan hasratnya untuk memasuki kumpulan ejen ayah mereka.

"Jangan  jadi gila Dee , Dee fikir nak jadi secret agent ni senang?"

"Dee tahu susah dan Dee perlukan latihan yang banyak untuk konsisten. Tapi Dee memang dah fikir masak - masak" Bersungguh- sungguh Deu Rim berkata.

Dia benar - benar mahukan pekerjaan ini.

"Dee dah gila? Dee tahu kan dalam EMF tak ada lagi ahli perempuan?" Kim Taehyung memegang kepalanya. Pening memikirkan masalah adiknya ini.

"Kalau macam tu , Dee boleh kan jadi ahli perempuan yang pertama?"

⚪️⚪️⚪️

"Misi kita kali ini , untuk dapatkan Eagle Eye"

Deu Rim hanya mampu berdiri di belakang pintu bilik perbincangan ahli - ahli EMF yang sedang mengadakan perbincangan tentang misi mereka yang seterusnya.

Dia benar - benar mahu menjadi salah seorang daripada mereka.

Namun dia dihalang keras oleh abang dan adik lelakinya. Dengan alasan demi keselamatannya terjamin.

"Kalau aku cakap aku akan lakukan , maka aku akan lakukan"

Dengan teliti Deu Rim mendengar strategi yang dibincang oleh ahli EMF.

Tanpa pengetahuan sesiapa , dia akan menjadi ahli EMF dalam menyelesaikan misi kali ini. Dia tekad.

⚪️⚪️⚪️

Sambil memakai sweater hitam dia mengikuti langkah seorang lelaki yang sedang memegang sebuah beg kecil berwarna hitam.

Dia tahu apa isi di dalamnya. Eagle Eye yang diperlukan oleh EMF. Ahli - ahli kumpulan EMF sudah ditumpaskan sebentar tadi dengan mudah.

Segala rancangan mereka sudah dapat dihidu oleh Puak musuh.

Kini , dia pula yang memainkan peranan. Walaupun dia seorang perempuan.

Dengan pantas dia menolak tubuh badan lelaki berbadan tegap itu dari belakang dengan kuat. Lalu sebuah tumbukan diberi di wajah lelaki itu.

Tidak mudah bagi Deu Rim melepaskan dirinya. Dia pula yang ditumbuk oleh lelaki tersebut sehingga terjungkam ke tanah. Mulutnya sudah pun mengeluarkan cecair merah.

Lelaki tersebut mengeluarkan sepucuk pistol lalu diacukan pistol itu ke arah Deu Rim.

Tersenyum sinis perempuan polos itu melihatnya. Dengan pantas dia menyepak tangan lelaki itu lalu mengangkat tubuhnya untuk naik di atas badan lelaki tersebut.

Kepalanya disiku kuat oleh Deu Rim yang berada di atas bahunya. Pistol segera dikeluarkan dari poket.

Kini giliran dia mengacukan pistol itu kepada lelaki itu. Dalam kiraan satu , dua dan tiga.

Dia memasukkan pucuk pistol ke dalam mulut musuhnya. Sambil tersenyum dia menekan picu pistol tersebut berkali - kali.

Bang

Akhirnya musuh tumbang dibawahnya. Dengan perlahan musuhnya tumbang menjejak tanah.

Darah yang memercik ke mukanya dilap menggunakan tangan.

Eagle Eye yang tercampak diambil pantas lalu dengan segera dia meninggalkan tempat kejadian.

"Saya buat semua ni kerana awak Jung.."

⚪️⚪️⚪️

"Bodoh , benda senang pun tak boleh buat" Taehyung menunjal kepala Wong Yukhei atau lebih dikenali sebagai Lucas kerana dalam misi ini dia sudah ditugaskan sebagai leader.

Namun sekarang mereka sudah kehilangan eagle eye yang dicari.

"Abang Taehyung..."

Taehyung menjeling sekilas anak buahnya itu lalu menoleh ke arah Deu Rim.

Hampir tercabut nyawanya melihat keadaan adiknya. Terbeliak matanya memandang wajah dan pakaian Deu Rim yang sudah dipenuhi dengan darah.

"Dee... kau buat apa ni ?!"

"Eagle Eye..."

Setelah dia menunjukkan beg berisi eagle eye tersebut kepada Kim Taehyung. Dia tersenyum manis seketika, namun selepas itu dia terbaring ke lantai.

Pengsan tidak menyedarkan diri.

Next; 20 April 2015

Jeon Jungkook

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now