11 ;

3K 339 45
                                    

"Kau ada jumpa Jungkook Dee?" Soal Taehyung kepada adiknya. Teringat semasa dia terjumpa akan mayat Hyemin yang sudah berlumuran darah di dalam semak.

Disitu juga Lucas meluahkan tangisannya. Dia menyesal kerana tidak mengambil peduli. Dia menyesal kerana tidak kisah. Sehingga nafas terakhir Hyemin , dia tidak pernah lagi menunjukkan kasih sayangnya.

"Lucas sedang berkabung sekarang. Aku harap tak ada siapa kacau dia" Jelas Taehyung kepada semua ahli EMF. Mereka juga terkejut ketika menjumpai mayat perempuan itu.

Tidak sangka begitu pantas Jeon Jungkook melakukan kerjanya.

Deu Rim diam tidak berkutik. Selepas Jungkook mengaku bahawa dia membunuh Hyemin semalam terus sahaja dia mematikan telefon.

Baginya Jungkook tidak matang. Terlalu terburu - buru. Sedangkan Hyemin tiada kena mengena dalam hal mereka namun wanita itu menjadi mangsa.

Tetapi jauh di sudut hati , dia gembira dengan berita ini.

Dia suka perempuan itu mati. Itu menunjukkan bahawa kesetiaan Jungkook hanya untuknya seorang.

Jungkook hanya cintakan dia seorang walaupun dia telah memiliki tubuh badan sesiapa pun. Tetapi tiada sesiapa yang akan memiliki hatinya.

"Hati dia milik aku. Seorang"

⚪️⚪️⚪️

Jungkook memandang lama telefon pintarnya. Menunggu balasan mesej daripada Deu Rim yang tidak kunjung tiba sejak semalam.

Walaupun kebenarannya masih disembunyikan.

Dia nekad. Misinya semalam hanyalah dua.

Hyemin mati dan Deu Rim menjadi miliknya kembali. Namun misinya yang kedua kelihatan gagal kerana Deu Rim masih tidak menjawab mesejnya.

"Mesti dia tengah berpura - pura menangisi pemergian Hyemin. Haih... pandai kau berpura pura"

"Aik , selama ni you takde pun nak hadap phone lama - lama. Ni dah kenapa obses sangat?" Tegur Yoojung yang sedang menghampirinya di dalam bilik.

"I hadap phone or not. Its not your problem baby"Jungkook memandang sinis kekasihnya. Kemudian menjeling.

"No Jung... its my problem! you think i'm stupid? Huh? Kau ingat aku tak tahu kau tengah cari budak perempuan tu? Kenapa? Kau dah bosan dengan aku?" Hambur Yoojung di hadapan wajah Jungkook. Tiada lagi panggilan you and i.

Memang dah lama dia nak bincangkan tentang hal ini. Tapi selalu Jungkook menolak.

"Ha'ah , aku dah bosan dengan kau. Perempuan jalang"

Dan balasannya , tamparan tangan kiri Yoojung terhinggap di wajahnya. Menggigil tangan Yoojung saat melayangkan tamparan. Jujur , dia sakit hati.

"Bertahun tahun kau tinggalkan dia. Sekarang baru kau nak cari dia? Lelaki jenis apa kau ni? Dan sekarang kau nak tinggalkan aku pula?"

Jungkook memegang pipinya yang masih hangat dengan tamparan Yoojung sebentar tadi. Wajah Yoojung direnung dalam.

"Aku tak pernah tinggalkan dia.. kau je yang perasan aku sayangkan kau. Walaupun sebenarnya tak ... haha" Jungkook ketawa sinis.

Yoojung mengepal penumbuk di tangannya. Sial , dia terasa amat sial ketika ini.

"Aku teringin nak tukarkan bunyi ketawa di mulut kau dengan bunyi tangisan. Aku teringin.."

"Dan cuma satu kejadian sahaja yang akan buat kau menangis nanti" Yoojung menjeling lelaki itu lalu berlalu meninggalkan biliknya.

Sumpah atas namanya sendiri , dia akan membunuh Kim Deu Rim.

[2019]GangstarismWo Geschichten leben. Entdecke jetzt