20 +

1.3K 134 8
                                    

"Ingat tujuan kita ke sini. Aku hanya nak dia mati macam dia buat pada Se Hwi dulu" Taehyung memasukkan peluru ke dalam pistolnya.

Dia memandang telefonnya sekilas. Langsung tiada panggilan daripada Taeyong mahu pun Yoojung yang berkomplot dengannya itu.

"12.59 pagi , masih tiada berita dari Taeyong.

1 pagi , pastikan dia mati"

Mark dan Taeil yang berada di dalam kereta terkejut besar dengan apa yang dikatakan Taehyung.

Tugas EMF adalah untuk menjalankan musuh yang diberi oleh pihak kerajaan atau pun Pejabat Perisikan Negara. Namun tugas mereka kali ini amat lari dengan apa yang sering mereka lakukan.

Lebih lebih lagi membunuh anggota EMF sendiri untuk memuaskan hati ketua kumpulan ini.

Taehyung membuka pintu kereta miliknya lalu berjalan mendekati pintu gudang yang sudah terbuka luas untuknya.

"Nampaknya Kim Taehyung datang dengan misi untuk membunuh Jeon Jungkook" Jungkook yang sedang duduk di atas kerusi hanya menanti kedatangan lelaki itu.

"Kau tahu kan yang aku masih berdendam dengan kau"

"Tentang Se Hwi ? Aku rasa dia dah hidup aman kat syurga sana. Lagi pun bukan salah aku dia bunuh diri , tapi dia yang perasan aku sukakan dia padahal...

aku anggap dia tak lebih dari seorang adik perempuan" Jungkook bangun dari kerusi yang didudukinya.

Pistol yang tersimpan di dalam poket seluarnya dikeluarkan lalu dicampak ke tepi.

"The best man will win"

"Kau ingat aku lembik?" Soal Taehyung sambil mengeluarkan pistolnya. Lalu dicampak ke tepi.

"Peraturannya mudah. Siapa hidup dia akan menang. Dan siapa mati dia akan kalah" Jungkook sudahpun mengepal penumbuknya.

Taehyung menanggalkan sweater hitam yang dipakai olehnya. Lalu sedia untuk menentang lelaki ini.

Maruah mereka dipertaruhkan disini.

+++

"Taeyong , kita dah tak ada masa lagi" Deu Rim sudah pun mula memberontak ketika nombor Lucas tidak dapat dihubungi.

"Dia tak angkat panggilan. Aku rasa sesuatu dah berlaku di sana..

mungkin Taehyung dah tahu segalanya dari awal" 

Taeyong meraup wajahnya. Jika dia tertangkap maka nyawa dia dalam bahaya.

Bukan sahaja dia ,

Malah nyawa Deu Rim turut akan menjadi taruhan.

"Tak ada cara lain" Deu Rim menarik laci pakaiannya. Sebuah pistol dikeluarkan dari laci tersebut.

"Kelakar kalau kau tak simpan benda yang sama"

"Pastilah ada. Tapi kau yakin ke kita akan lepas?" Taeyong masih ragu ragu.

"Kau tahu kan yang aku tak pernah tersasar?" Deu Rim tersenyum sinis lalu segera memasukkan peluru ke dalam pistol yang dipegangnya.

Mereka berdua dengan perlahan turun ke tangga. Kelihatan dua orang pengawal yang dilantik Taehyung untuk menghantar mereka sudah pun menanti di ruang tamu.

"Lama betul kemas baju.

Atau pun ada rancangan untuk larikan diri?" Tebak salah seorang pengawal tersebut. Bagasi Deu Rim sudah pun diletakkan ke dalam kereta.

"Ada nampak Lucas tak?" Soal Taeyong kepada pengawal tersebut.

"Kenapa pula Lucas nak terlibat di sini. Dia mestilah kena ikut kawan kawan dia di gudang" Pengawal tersebut sudah ragu - ragu dengan apa yang ditanya Taeyong.

"Oh maaf terlupa tapi tiket penerbangan masih ada dekat dia jadi macam mana kami nak berlepas ke sana tanpa tiket?" Taeyong menjeling kembali wajah Pengawal itu.

Lalu dengan segera pengawal itu menghubungi Lucas. Namun masih tidak berjawab.

Deu Rim mengerutkan dahinya. Dia seperti dengar sesuatu yang berbunyi di dalam stor di dapur.

"Aku nak minum air kejap" Deu Rim melangkah ke dapur untuk melunaskan rasa sangsinya.

Deu Rim dengan perlahan mendekati pintu stor yang tidak tertutup rapat.

Dengan pantas dia menolak pintu tersebut. Dan apa yang dilihat ialah Lucas yang sudah terbaring di atas lantai.

"Lucas!"

Mendengar jeritan Deu Rim dengan pantas Taeyong berlari ke dapur.

Dia melihat sahabatnya sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Pengawal yang menjaga mereka mengambil passport dan tiket penerbangan mereka yang tersimpan di poket baju Lucas.

"Nanti kita akan selesaikan hal ini. Sekarang Deu Rim dan Taeyong harus bertolak ke Barcelona dahulu"

+++

Jungkook sudah pun terbaring ke tanah dengan darah yang keluar di tepi bibirnya.

"Lembik , tapi jadi ketua Gangster"'

Kaki Taehyung menendang Jungkook yang sudah jatuh terlentang itu.

"Mungkin aku lemah sebab Deu Rim tiada di sini." Jungkook cuba melawan.

"Kau tak akan dapat dia. Dia akan jadi hak milik aku tak lama lagi"

"Aku dah agak dari mula yang sebenarnya kau ada perasaan dekat dia kan? Adik angkat konon" Jungkook meludah darah di bibirnya ke tanah.

"Dulu mungkin. Tapi sekarang aku hanya gunakan dia. Kesian ada adik angkat bodoh macamtu" Taehyung cuba memprovok Jungkook.

"Tak sia sia aku pernah sentuh dia sekali dulu. Kenapalah dia terperangkap dengan pil peransang yang aku masukkan dalam minuman dia malamtu..."

"Kau!" Jungkook menggenggam tangannya kuat. Sumpah dia akan membunuh lelaki ini.

"Patutlah kau sayang nak tinggalkan dia... Barang mantap" lalu dia ketawa sendirian.

Jungkook yang mendengar hanya mampu menahan amarahnya walaupun masih belum sahih apa yang dikatakan Taehyung itu.

Namun dia teramatlah merasa bahawa Taehyung ini bukan manusia.

Tapi dia adalah binatang yang bertopengkan manusia.

Dengan larian Jungkook menumbuk wajah Taehyung berkali kali. Membuat lelaki itu terjatuh buat kali pertama.

"Ini barulah Jungkook yang aku kenal!" Taehyung kembali bangun dengan senyuman.

Sebelum dia berkata apa apa. Jungkook sendiri sudah menumbuk wajah dan membelasah Taehyung atas kata katanya sebentar  tadi.

"Sumpah aku tak akan maafkan kau"
Mungkin kau akan berubah hati sewaktu melihat mayat Deu Rim sebentar nanti.

Dan pembunuhnya sendiri adalah kekasih kau...

Suprise..Jungkook"

Bersambung

Sumpah next eps last isk







[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now