14 ;

2.3K 254 18
                                    

Aku membuka perlahan kelopak mataku. Walaupun terasa berat namun aku gagahkan juga.

Aku kena cari Deu Rim. Dia dalam bahaya. Aku kena lindunginya sampai akhir nafas aku seperti mana janji aku kepadanya dulu.

"Argh!" Tiba - tiba telinga aku berdesing kuat. Mata yang baru aku buka semakin layu.

"Jung?"

Kelihatan wajah Yoojung berada di sebelah muka aku. Segera aku menoleh ke tepi , tidak mahu melihat muka perempuan itu.

"Mana Deu Rim aku?"

"Oh wow , soalan pertama yang bagus"

Yoojung menepuk tangannya. Matanya tajam melirik ke arah aku lalu dia menggulingkan anak matanya.

Aku yang melihat pun menyampah , inikan readers.

"You lupa? Deu Rim dah kena ambil dengan abang dia and then you kena langgar dengan kereta" Jelas Yoojung Dia berjalan membelakangi lelaki itu.

⚪️⚪️⚪️

"Mana kau tahu dia kena culik?" Soal Jungkook. Agak ragu - ragu dengan Yoojung.

"I know everything about her and you and her plan " Yoojung tersenyum sinis. Kukunya ditiup perlahan. Lagaknya kembali sama seperti mula - mula dia menjumpai Jungkook dulu.

"Plan ? Kau jangan nak reka cerita" Jungkook ketawa sinis saat mendengar perkataan plan keluar dari mulut Yoojung.

"You tak percaya? I tak kesah sebab i tahu semua pasal dia. Apa yang dia EMF nak lakukan pada you"

"Aku tak faham la sial. Kau terang elok sikit boleh?" Suara Jungkook sudah mulai tinggi.

"Kau tu yang bodoh! Tak pandai menilai orang! Kau dah tahu dia salah seorang ahli EMF , kau lagi serahkan diri kau kat dia" Panggilan manja yang dipanggil Yoojung kepada Jungkook sudah hilang ke mana. Geram dengan lelaki itu yang asyik membelahkan Deu Rim.

"Apa maksud kau?"

"Kau tak tahu ke? New mission EMF?" Soalan Jungkook dibalas soalan. Yoojung membetulkan sedikit kedudukannya. Wajah Jungkook ditatap.

"To kill you" Yoojung tersenyum sinis. Sebelum menyambung kata - katanya.

"And Deu Rim kesayangan kau, be a leader for the mission. Hm poor you baby"

Yoojung mencuit dagu Jungkook sebelum tersenyum sinis. Wajah Jungkook yang sedang buntu ditatap olehnya.

"Dia dah pun buat suprise untuk kau hmm. Sindiket kau yang terletak di Busan dah pun tumpas ke dalam tahanan polis semalam"

Jungkook memandang wajah Yoojung dengan reaksi yang amat terkejut.

Sindiket yang dijaga rapi olehnya sendiri telah tumpas ke tangan polis.

"Sial" desis lelaki itu.

⚪️⚪️⚪️

"Dee ... jangan kurung diri.. keluarlah" Pujuk Lucas. Pintu bilik gadis itu diketuk berkali - kali.

"Dee tak kesiankan kami ke? Kami semua risaukan Dee sekarang" Kini Taeyong pula yang bersuara. Johnny dan Mark yang berada di belakang mereka berdua hanya mampu mendiamkan diri.

Mereka risau dengan keadaan gadis itu selepas dipukul teruk oleh Kim Taehyung semalam. Mereka tahu itu bukan salah Deu Rim.

"Kami faham Dee sayangkan Jungkook.. kami faham Dee tak boleh kehilangan dia"

Deu Rim menjatuhkan tubuhnya di belakang pintu biliknya. Airmatanya berjujuran jatuh dari tubir matanya saat dia mendengar bait - bait pujukan lelaki - lelaki yang dianggap sebagai abangnya sendiri.

"Dee jangan sakitkan diri macamni .. kami yang risau"

Dia menundukkan wajahnya. Tangisannya dilepaskan di atas lututnya. Dia tidak mampu untuk menahan tangisannya.

Dulu Kim Taehyung yang berjanji untuk sentiasa melindunginya dan tidak akan menyakitinya. Namun sekarang dia yang mencederakan tubuh Deu Rim dengan tangannya sendiri.

Flashback ⚪️⚪️

"Dee, tolong jangan menangis lagi. Aku tak suka tengok kau dengan airmata" Taehyung memandang wajah gadis itu saat dia dikecewakan oleh Jungkook pagi tadi.

Deu Rim dapat menangkap lelaki itu bersama dengan Kim Yoojung di dalam makmal. Dimana tempat kegemarannya dengan Jungkook untuk berduaan dan bermesra.

Sakitnya hatinya melihat Jungkook bermesra namun bukan dengan dirinya. Dengan perempuan lain yang dikatakan selalu mendapat perhatian lelaki itu.

"Aku akan balas dendam kepada dia lepas apa yang dia buat pada kau. Dia dah kecewakan kau untuk kali kedua Dee" Taehyung menarik kepala gadis itu agar berbaring di bahunya.

"Kalau aku dapat jadi abang kau nanti. Aku janji Dee , aku takkan sesekali sakiti kau dengan apapun"

Taehyung mengelap airmata Deu Rim yang masih mengalir ke pipi.

Tanpa mereka sedar , Jungkook sedang melihat kejadian itu sambil mengecilkan matanya.

"Baguslah... bagus"

⚪️⚪️⚪️

"Dee , keluarlah. Kita bincang"

Taehyung mengetuk pintu bilik adiknya. Dia tahu salah dia kerana telah menyakiti adiknya itu dan memungkiri janjinya semasa ingin menjadikan gadis itu sebagai adik bukan kandungnya dulu.

"Dee , aku sayangkan kau.. aku sayangkan lebih dari segalanya. Aku tak nak kehilangan adik aku untuk kali kedua. Sebab tu aku marah kau bila kau dekat dengan lelaki bodoh tu"

Taehyung melutut di hadapan pintu bilik adiknya. Airmatanya pula yang jatuh saat ini. Dia menyesal kerana menyakiti gadis ini , gadis yang amat disayangi selepas ibu dan adik perempuannya sudah mati akibat Jungkook dulu.

"Aku tak nak dia musnahkan orang - orang yang aku sayang lagi Dee.."

Tersedu - sedu Taehyung menangis di hadapan pintu bilik adiknya. Namun langsung tiada respon diberi.

Taehyung kembali bangun , dia menoleh ke belakang untuk beredar.

Namun baru sahaja dia melangkah setapak untuk menapak pergi. Kedengaran pintu bilik adiknya terbuka dengan perlahan.

Segera Taehyung menoleh ke belakang kembali. Wajah Deu Rim yang menghiasi matanya dipandang dengan wajah yang ceria.

"Dee.... maafkan abang?"

Bersambung ...

Okay next episode amatlah saspen huhu

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now